Monday, April 6, 2015

Meatball cheese meleleh...

Assalaamualaikum...


Siang tadi tetiba nafsu nak sangat makan meatball dengan cheese. Mungkin tekak orang puasa sama kot. Pantang nampak makanan terus tergoda kannnn...

Tak kisah la macam mana pun. Yang penting dapat puaskan napsu aiiii ni. Huahua. Lepas sekolah tadi terus p beli barang nak masak meatball cheese tu. Adehhhh...gigih kau jalan jauh2 semata-mata nak beli bahan tu je. Panas2 plak tu. Hehe.

Petang lepas solat asar terus start buat. Mak aiiiii...punya la susah nak bukak penutup sos prego ni sebenornya. Maklumlah, 1st time guna dalam masakan. Aiiii ni kan bab2 makanan mat saleh memang tak selera sangat. Ntah kenapa baru hari ni je teringin nak makan. Mengada kannnn!!!!

Ekceli, aku tak tahu pun bahan khusus nak masak meatball cheese ni. Agak2 je macam buat pizza tu. Hentam saja labu. Hehe. Nahhhh...sekali bila dah masak, menjadi pun. Kemain hepi u ollzzzz. Sedap plak. Rugi kalau korang tak try buat.

Ni aku kongsi resepi hentam kromo aku tu. Boleh la sekali sekala nak fefeeling meatball ikea. Nak pegi ikea jauh lerrrr. Aiii kat sarawak. Ikea kat Damansara sana. Huhu.

Bahan-bahan :

8 ketul meatball
2 sudu besar pes sos prego
1 biji tomato dipotong dadu
2 slice cheese
Mentega/planta

Cara membuatnya :

Sapu sedikit mentega/planta pada aluminium foil.
Susun meatball. Then, tuang sos prego, tabur tomato n susun chesee di atasnya.
Bungkus bahan-bahan tadi. Kemudian, bakar di atas kuali/non-stick pan. Bakar dalam oven pun boleh.
Masak selama 15-30 minit. Then, sedia untuk dihidang.

Pesanan penaja :

Kalau guna kuali ke, non-stick pan ke..better tutup dengan tudung periuk ye supaya cepat masak bahan kat dalam tu. Ngeee...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!