Thursday, April 2, 2015

Kerabu udang in the house...

Assalaamualaikum...


Malam ni malas nak masak menu yang berat2. Kalau boleh nak sesimple yang mungkin. Lagi cepat siap lagi bagus. Hehe. 

Pikir punya pikir maka timbul idea nak buat kerabu udang. Biasanya orang makan kerabu sotong kan. Tapi kali ni aku nak ubah sikit. Try guna udang plak. Tapi masih tak guna belacan dalam menu ni sebab aku alergik ngan belacan. Huhu.

Jom cek bahan...

10 ekor udang -dibuang kulit dan direbus sebentar
Air rebusan udang
2 ulas bawang merah -dihiris
4 biji cili padi -dihiris
Halia sebesar syiling 50 sen -dihiris
4 biji limau kasturi -diambil jus
Sedikit gula dan garam
*kalau nak buh belacan sikit pun boleh

Cara-caranya :

Satukan bawang, cili, halia, jus limau, gula, garam n sedikit air rebusan udang. Gaul sehingga sebati semua bahan.
Susun udang di dalam pinggan. Kemudian, tabur bahan2 yang digaul tadi.
Siap sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!