Sunday, March 1, 2015

Sepetang bersama anak2 didikku...

Assalaamualaikum...

Tinggal seorang diri di perantauan memang boring. Aku tak nafikan kadang2 rasa alangkah bestnya kalau aku dapat posting dekat dengan family atau sudah berumah tangga. Tapi apakan daya, rezeki aku di sini di bumi kenyalang. Bab jodoh pulak in sha Allah coming soon. Hehe. Perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan hambaNya.


Apabila tinggal berjauhan dengan family, orang2 sekeliling memainkan peranan yang sangat penting. Antaranya ialah anak2 didikku. Mereka adalah antara insan2 yang menyerikan kehidupan aku di sini. Dengan kehadiran mereka, sekurang2nya kerinduan aku pada kampung halaman dan family akan berkurangan sedikit. Tak la rumah rasa sunyi ja kan.

Alang2 dorang datang rumah aku lepak2 lepas habis Kem Bestari Solat, petang kelmarin aku ajak dorang pegi minum n makan2 kat cafe yang ada di pekan Marudi. Bukan main teruja n hepi lagi budak2 tu. Maklumlah dapat makan free n dapat jalan2. Hehe.


Tengah tunggu order. Ustazah snap sekeping dua gambaq buat kenangan. 


Sekali dapat makan memang tak pandang dah kiri kanan. Makan sampai licin semua. Ustazah makan sikit2 ja. Tengok dorang semangat makan pun dah kenyang. Aku tanya lagi, mau tambah? Masing2 pakat geleng kepala. Mau tak kenyang air segelas besar plak tu. Hehe.


 Lepas perut kenyang, aku ajak dorang jalan2 kat taman permainan. Tak jauh pun dari rumah sewa aku. Pekan Marudi tak besar mana. Jalan kaki pun boleh sampai ke tempat kita nak pegi. 


Masa ni kitaorang naik buaian sama2. Bukan main laju lagi dorang hayun. Ustazah plak pening pala. Maklumlah, benda2 macam ni dah lama aku tinggal. Hehe. Masa kecik2 dulu ja suka naik buaian. Kadang2 kalau pegi rumah orang yang ada buaian pun aku bantai ja naik. Nasib baik tuan rumah spoting.

Buaian macam ni la kitaorang naik. Best la plak..

* sumber google.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!