Wednesday, January 21, 2015

Dia nangga kamek..

Assalaamualaikum...

Awal pagi tadi aku kena sit in kelas tahun 1 untuk matapelajaran Bahasa Cina. Cikgu dorang cuti sakit. Lepas habis kelas tasmik, aku pun terus masuk kelas tahun 1. 

Disebabkan aku tak pandai nak ajar bahasa Cina, jadi aku mintak diaorang siapkan mewarna lukisan. Tapi hanya beberapa orang je yang perlu buat. Murid lain aku suruh diaorang keluarkan buku teks bahasa Cina n baca sendiri.

Masa aku tengah bimbing budak mewarna, tetiba aku dengar suara orang menangis. Ahhhh..sudah! Kenapa plak ada budak menangis ni? Aku paling ke arah suara menangis tu. Aduh!! Windigabiah yang menangis. Haish! Buat jantung cikgu berdebar ja budak ni. Ya la. Nanti buat dia meraung, jenuh aku nak pujuk. Huhu. Dah la aku kalau bab pujuk memujuk ni lemah sket.

Aku pun pegi kat dia n tanya kenapa menangis. Dia tak leh nak cakap dah sebab tengah menangis teresa-esak. Aku tengok muka Elvis (budak lelaki yang duduk berdepan dengan Windigabiah) dah tegang masa tu. Huh..dah faham sangat. Ni tentu Si Elvis yang pukul. Aduhhh...pening cikgu.

Maka soal siasat pun bermula..

Cikgu : Kamu pukul Windi ka Elvis?
Elvis.  : Dia nangga kamek..
           *still tak mengaku secara terang-terangan..tapi cikgu dah faham sangat.
Cikgu : (pujuk Si Windi) Dah kamu jangan menangis. *sambil urut2 bahu dia.
Windi : *angguk2 je..

Fuh..lega. Nasib baik Si Windi tu tak meneruskan niat dia untuk menangis lagi. Haish. Susah jugak kalau ada budak yang kategori istimewa macam Elvis belajar dalam kelas perdana. Dia boleh membuat kacau dengan kawan2. Kadang2 cikgu pun tak dapat control dia tu. Lagi satu dia tu pantang kawan tenung muka dia, gerenti dia akan pukul. Dah banyak kali terjadi sejak minggu pertama sekolah dibuka.

Ekceli, aku n cikgu2 lain pun tak tau apa masalah Si Elvis tu. Kalau tengok memang dia kategori budak istimewa. Tapi datuk dia tak mau ikut perancangan mak ayah dia untuk masuk sekolah khas. Datuknya macam tak dapat terima yang cucunya kanak-kanak istimewa. Masih nak masuk sekolah biasa. Huhu.

Jadi, cikgu2 kat sekolah tak boleh buat apa kerana itu kehendak datuknya untuk hantar dia ke sekolah biasa. Tapi kesian la dengan budak yang macam tu sebab dia boleh ketinggalan dalam pelajaran kalau dia masih di sekolah biasa, bukan sekolah pendidikan khas. Cikgu pun serba salah nak bagi nasihat. Huhu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!