Thursday, January 29, 2015

Cium ustazah...

Assalamualaikum..

Ni cerita petang tadi. Seperti biasa, aku akan suruh budak2 salam cium tangan semua masa nak balik. Jadi tadi, bapak Si Izzuddin dan Aniq dah sampai nak amik dorang balik.

Yang Si Aniq, adik tu dah berlari keluar tanpa salam dengan aku. Yang aku plak dah laung cakap tak salam ustazah lagi.

Sempat la si abang tu panggil adik dia...

Izzuddin : Aniqqqq...cium ustazah dulu!!!
Ustazah.: Hahahaha..Aniqqq..abang kamu suruh cium ustazah...bukan salam..

Si Aniq plak senyum malu2 kucing gitewww..alahaiii..macam2 la pe'el budak2 ni..kadang2 sungguh mencuit hati ustazah..hehe

Monday, January 26, 2015

Meggie kari teluq tiga suku tabuq daun bawang..

Assalaamualaikum..

Balik sekolah tadi tetiba lapaq lak. Nak makan nasi malas nak masak. Sebab nak tunggu masak tu lambat sangat. Mau sejam dok kung kang kung kang kat dapuq.

So, masak ja apa yang ada. Yang cepat siap n boleh terus makan. Mujuq ada maggie kari sebungkuih kat dapuq tu. Bolehla kalau nak mengenyangkan perut. Huhu.

Nak bagi nampak sedap lagi, buat teluq separuh masak dalam kuah. Bagi teluq kuning tu cayaq2 sikit. Haha. Pastu tabuq daun bawang bagi ada aroma wangi tu. Dan tidak dilupakan jugak, perah asam limau sikit. Sebab aku lebih suka ada rasa masin n masam. Huahua. 

Makanan hat simple pun boleh jadi sedap bila makan time perut lapaq kannn...


Friday, January 23, 2015

Warahmatullaahi wa barakaatuh..

Assalaamualaikum...

Selesai kelas tasmik pagi tadi, aku menulusuri lorong-lorong kelam untuk kembali ke bilik guru. Dalam perjalanan itu aku terserempak dengan beberapa orang murid. Mereka mengucapkan "selamat pagi cikgu" sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Sedang aku melihat seorang murid yang beragama Islam a.k.a anak murid aku, aku senyum dan menunggu dia memberi salam. Tetapi dia hanya tersenyum padaku. Kemudian, aku memberi ucapan salam kepada dia terlebih dahulu dengan niat untuk melatih dia memberi salam bukannya hanya senyum sambil menunduk hormat seperti murid2 bukan Islam yang lain..

Ustazah.  : Assalaamualaikum..(sambil tersenyum simpul)
Hadzeem : Warahmatullaahi wa barakaatuh...

Errrkkkk!!!! Apakah??? Takkan salah menerima ajaran daripadaku??? Aduh, nak kena ajar balik ni cara jawab salam. Hehe.

Thursday, January 22, 2015

Belon jadi "beyon"..

Assalaamualaikum...

Situasi pagi tadi semasa aku masuk kelas tahun 1. Cikgu telah menyekat seorang murid untuk bertanyakan buku yang diambil untuk dibaca. Cikgu dah ala2 gengster pun ada. Padahal nak nyakat budak2 je pun. Hehe.

Cikgu.     : Ini apa ni???
Ah Hong : Tak tau cikgu..(ekceli dia tak tahu nak sebut dalam BM. Budak cina kannn..)
Charles.  : Ini "beyon" (sambil tunjuk pada gambar yang aku maksudkan).
Cikgu.     : Belon la. Ataupun kapal terbang.

Charles hanya tersenyum simpul. Manakala, Ah Hong mengangguk tanda faham. Cikgu plak ketawa terkekek kekek mak iloi iloi. Hehe.

Wednesday, January 21, 2015

Dia nangga kamek..

Assalaamualaikum...

Awal pagi tadi aku kena sit in kelas tahun 1 untuk matapelajaran Bahasa Cina. Cikgu dorang cuti sakit. Lepas habis kelas tasmik, aku pun terus masuk kelas tahun 1. 

Disebabkan aku tak pandai nak ajar bahasa Cina, jadi aku mintak diaorang siapkan mewarna lukisan. Tapi hanya beberapa orang je yang perlu buat. Murid lain aku suruh diaorang keluarkan buku teks bahasa Cina n baca sendiri.

Masa aku tengah bimbing budak mewarna, tetiba aku dengar suara orang menangis. Ahhhh..sudah! Kenapa plak ada budak menangis ni? Aku paling ke arah suara menangis tu. Aduh!! Windigabiah yang menangis. Haish! Buat jantung cikgu berdebar ja budak ni. Ya la. Nanti buat dia meraung, jenuh aku nak pujuk. Huhu. Dah la aku kalau bab pujuk memujuk ni lemah sket.

Aku pun pegi kat dia n tanya kenapa menangis. Dia tak leh nak cakap dah sebab tengah menangis teresa-esak. Aku tengok muka Elvis (budak lelaki yang duduk berdepan dengan Windigabiah) dah tegang masa tu. Huh..dah faham sangat. Ni tentu Si Elvis yang pukul. Aduhhh...pening cikgu.

Maka soal siasat pun bermula..

Cikgu : Kamu pukul Windi ka Elvis?
Elvis.  : Dia nangga kamek..
           *still tak mengaku secara terang-terangan..tapi cikgu dah faham sangat.
Cikgu : (pujuk Si Windi) Dah kamu jangan menangis. *sambil urut2 bahu dia.
Windi : *angguk2 je..

Fuh..lega. Nasib baik Si Windi tu tak meneruskan niat dia untuk menangis lagi. Haish. Susah jugak kalau ada budak yang kategori istimewa macam Elvis belajar dalam kelas perdana. Dia boleh membuat kacau dengan kawan2. Kadang2 cikgu pun tak dapat control dia tu. Lagi satu dia tu pantang kawan tenung muka dia, gerenti dia akan pukul. Dah banyak kali terjadi sejak minggu pertama sekolah dibuka.

Ekceli, aku n cikgu2 lain pun tak tau apa masalah Si Elvis tu. Kalau tengok memang dia kategori budak istimewa. Tapi datuk dia tak mau ikut perancangan mak ayah dia untuk masuk sekolah khas. Datuknya macam tak dapat terima yang cucunya kanak-kanak istimewa. Masih nak masuk sekolah biasa. Huhu.

Jadi, cikgu2 kat sekolah tak boleh buat apa kerana itu kehendak datuknya untuk hantar dia ke sekolah biasa. Tapi kesian la dengan budak yang macam tu sebab dia boleh ketinggalan dalam pelajaran kalau dia masih di sekolah biasa, bukan sekolah pendidikan khas. Cikgu pun serba salah nak bagi nasihat. Huhu.

Sunday, January 18, 2015

Lembaran baharu 2015.

Assalaamualaikum...

Terasa cepat 2014 melabuhkan tirainya. Masa berlalu dengan begitu pantas sehingga tidak sedar ia meninggalkan 1001 kenangan. Pelbagai rencah kehidupan yang telah aku lalui. Pahit. Manis. Gembira. Sedih. Duka. Bahagia. Derita. Sengsara.

Allah. Bukan mudah untuk aku lalui semua itu sendirian. Ada ketikanya hampir membuatkan diri ku tewas. Tetapi setiap kali memikirkan itu adalah lumrah kehidupan, aku kembali bangkit membina kekuatan. 

Membina kembali semangat dalam diri yang hampir nipis. Alhamdulillah jika hambaNya bersabar, Dia akan memberi 1001 kemanisan. Itulah janji sang Pencipta.

Biarlah 2014 dengan ceritanya. Tinggalkanlah 2014 sebagai kenangan dalam hidup. Kenangan yang akan mematangkan diri setiap insan yang merasainya. Kerana, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak dapat ditelahi. Hanya berserah pada yang Esa.  

Harapan dan doa mengiringi lembaran 2015 agar akan bermulalah satu episod kehidupan yang baharu. Kehidupan yang lebih bahagia dan sempurna dengan kehadiran insan yang istimewa di sisi. Yang akan memimpin tanganku bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan. Bersama-sama merasai manisnya hidup andai keimanan itu sentiasa dipahatkan bersama kesabaran.