Tuesday, September 30, 2014

Cerita pasal hobi lama.

Assalaamualaikum..

Ntah la sejak dua menjak ni kan, pantang betul tengok novel yang tersusun cantik atas rak. Tak kira la kat Popular ka atau Pustaka Union (Aloq Staq). Hati mesti tergedik- gedik nak beli jugak. Menyampah betul dengan hati aii ni.

Ekceli, dah lama aku tak beli novel. Masa study dulu pun baca hat kawan punya. Hehe.

Sekarang ni aku tengok melambak novel yang tajuk catchy2 ni. Mungkin sebab zaman dah berubah kot atau tu salah satu teknik pemasaran ataupun kebanyakkan pembaca di kalangan remaja yang lebih gemar novel yang santai. Tapi, tak bermakna novel yang tajuk jiwang2 ni tak der. Ader je aku tengok. Terpulang pada diri masing2 nak pilih mana satu. 


Dalam dok rambang mata tu, opkos la aku akan cari dulu novel yang aku dok aim lama dah. Macam 13 Jam A380 tu. Dah lama baca kat blog Evelyn Rose. Hati ni terpikat plak dengan jalan cerita n watak2 kat dalam tu. Jadi, peluang ke Aloq Staq masa cuti sekolah hari tu tak ku sia2kan. Hehe.

Masa mula2 masuk Popular habis semua rak aku cari tapi still tak jumpa gak novel tu. Haruslah frust weh. Maklumlah, memang aku dah lama tahan sabar nak beli n baca sampai habis cerita tu. 

Jadi, nak mengubat kekecewaan hati, aku kena beli gak satu novel lain. Tekad dah. Then, aku p kat rak best seller n nampak la novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart. Kebetulan penulis tu femes n aku kenal masa study UM dulu. Dia ketua floor kat kolej kediaman kinabalu merangkap coursemate kepada roomate aku. Memang kenal sangat. Orangnya kecik je n sweet2 gitewww.

Walaupun dah dapat satu novel, tapi hati ni tak tenang tau sebab tak dapat 13 Jam A380 tu. Jadi, aku
cuba nasib p Pustaka Union plak. Sama aras je dengan Popular. Andddddd...tak sangka novel 13 Jam ada. Huahua. Promoter kat situ yang tolong carikan. Dah dia tanya aku cari apa. Aku jawab la cari 13 Jam. Dia sepantas kilat terus ambilkan untuk aku. Terharu weh! Memang berjodoh betul. Terus tak pikir panjang. Pegi kaunter n bayar!


Disebabkan aku tertinggal novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart kat rumah, jadi aku mula rasa boring dok sini. Tak der bende nak buat. Masa ni mula la frust sebab tertinggal novel tu. Haish! 

Nak dijadikan cerita, kawan2 aku plan turun Miri weekend hari tu. Sorang ada urusan n sorang lagi saja2 nak pegi jenjalan. Aku apa lagi. Syok bak hanggg! Sebab boleh pesan kat dorang belikan aku novel. Hehe.

Masa dorang kat Popular, Miri, dorang whatsapp kat aku gambar2 novel yang ader. Susah jugak nak pilih masa tu. Rambang mata kot. Rasa nak beli semua ja. Haha. Tapi kan, tahan..tahan..tahan nafsu. Tak nak terlalu boros berbelanja kat novel je. Jadi, beli 2 buah pun dah cukup. Sekarang ni aku dah tak boring lagi kat sini. 

Saturday, September 27, 2014

Kem Bestari Solat kali ketiga.

Assalaamualaikum..

Alhamdulillah wa syukurillah. Dah selesai pun kem bestari solat kali ketiga tengah hari tadi. 


Masa ni baru nak start. Lepas baca doa belajar, ustazah tahan depa jangan duduk lagi. Ambik gambaq dulu. Hehe. 


Memang payah nak control depa2 ni seorang diri. Sebelum ni ada kawan aku sama2 jadi fasi. Tapi dia dah tamat praktikal. Jadi kali ni aku kena buat sorang2. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kat aku nak handle program macam ni. Aku buat apa yang termampu. Yang penting dapat ajar depa wudhuk n solat.


Disebabkan aku sorang ja, jadi guna LCD tu lebih praktikal. Walaupun silibus tak sama, tapi aku samakan semua kelas. Yang penting depa belajaq hat basic2 n mampu amalkan setiap hari.


Ajaq solat pun ambik masa yang lama. Puas ustazah marah2 baru buat betul2. Yang nakal tu memang main2 la tadi sampai ustazah kena ajaq sambil pegang rotan. Hehe.


Ada  lapan orang ja. Lagi 3 orang tak hadir. Ustazah pun tak tau sebab pa depa tak mai. Tak pa..isnin ni siap la depa. Ustazah akan ambil tindakan!

Friday, September 26, 2014

Dah lama tak hapdet blog..

Assalaamualaikum..

Nampaknya dah lama aku tak hapdet blog..
Bukannya tak der masa..tp tak der apa2 yang nak share kat sini..
Balik cuti hari tu pun tak der apa2 yang best aku buat..
Lepak2 kat umah..jemput abang aku n antar adik aku balik asrama..
Masa tu negeri2 bahagian utara tanah air tengah musim hujan..
Hari kedua..ketiga..keempat..memang layan hujan ja la kat umah..
Huahua..

Masa tu jugak mak aku kurang sihat..
Dia pening2..
Sampai ja umah petang sabtu, rehat 30 minit n terus bawak mak aku p klinik..
Amik ubat..alhamdulillah doktor cakap dia tak der masalah kesihatan pun..

Jadi aku terpaksa cancel plan nak p jalan2 cari makan..
Bukan main semangat lagi sebelum cuti plan nak kelah kat tasik darulaman..
Last2 tak jadi..huhu
In sha Allah lain kali..
Tunggu adik bongsu aku habis SPM dulu..

Wednesday, September 10, 2014

Menghitung hari..

Assalaamualaikum..

Hello September!!!!


Yehaaa!!! Lagi 2 hari nak school holiday...
Cikgu dah tak sabaq nak balik kampung dah ni..hehe..
Nak balik jumpa mak ayah..family..nak p jalan2..makan2..
Hari2 cikgu dok tengok planner...
Lepas tu "berzikir"...cepat la hari Jumaat..hehe

Bila orang tanya.."cuti seminggu pun balik?"..
Ya la..
Ada aku keysahhh!! Haha..
Yang penting dapat balik jumpa mak ayah..
Selagi status aku "bujang", masa ni la peluang aku nak balik kampung sekerap yang mungkin..
Nanti bila dah jadi isteri orang, masa tu dah terhad..
Dah tak boleh balik the whole school holiday kan..