Tuesday, May 27, 2014

Cerita Annessa si budak cute.

Assalaamualaikum..

Kali ni entri pasal budak sekolah lagi. Rajin sungguh mengupdate pasal durang. Dahhhh..memang ler. Nama pun cikgu. Mesti ler citer pasal budak2. Kalau chef, citer bab masak-memasak. Kalau ibu2, citer bab rumah tangga n anak2. Kannnn..

Okeh! Sekarang nak citer pasal sorang budak ni. Cute sesangat tau. Bila dia senyum tu. Alahai...cayaaaaqqq aku! Kalau ada anak laki. Memang booked buat menantu la 20 taun lagi. Haha..


Nama budak ni sedap sangat, Annessa. Sesuai dengan orangnya. Lemah lembut n manis. Yang tak tahan tu bila aku panggil je nama dia terus senyum. Ya Allah..cute giler bila dia senyum ala2 sengih tu. Dia ada kakak di tahun 1. Sepesen je gaya. Baik n manis..
Kalau macam ni la, mau aku beranak ramai2..hehe. Pulak dah..masuk bab beranak2 la plak. Kawen pun belum.


Tadi kan..budak2 lain menyanyi sambil buat gaya. Aduhhh..dia pun sibuk nak jugak..
Berjoget-joget la kiri kanan...depan belakang..


Dah tu plak..dapat hadiah murid contoh kategori pra-sekolah lagi. Bukan main excited lagi dia dapat hadiah. Kaler pink plak tu..sesuai sangat dengan gegirl.

Bila aku tanya apa ni..sambil tunjuk barang yang ada dalam set hadiah tu. Dia cakap...welletttt. Euuuuuwwww..speaking uollz! Tapi pelat..haha. Bila aku tegur "wallet". Terus malu2 kucing gituuu...


Excited tak habis lagi masa ni. Tak duk diam dah atas kerusi. Jalan sana..sini. Tu siap tunjuk kat kawan dia. Banding2 hadiah memasing. Alahai..budak2. Macam2 gaya..

Sunday, May 25, 2014

Riang ria bersama kawan-kawan.

Assalaamualaikum..

Hurmmm..
Tak tau nak cakap apa..
Gembira..
Terharu..
Durang2 ni la yang sentiasa menceriakan hidup aku di sini..


Sentiasa ceria bersama..
Durang dah plan hari tu nak pakai baju sedondon..
Hasil belian online..
Aku la tukang deal dengan penjual tu..hehe


Masa ni ada buat jamuan makan sikit2..
Sempena perpisahan kawan aku a.k.a housemate..
Ustazah Asma'..pelatih j-QAF..
So, sekarang dia dah tamat ptaktikum..
Hilang lagi sorang ahli dalam family Chung Hua..


Time2 macam ni, aku la photographer rasmi durang..
Tak kira la apa2 majlis atau aktiviti..
Memang muka aku la tukang ambik gambaq..
Lepas tu upload fesbuk..
Nak buat macam mana..hobi~
Sebab tu durang sayang sangat kat aku..
Hehe..


Ada plak sesi suap menyuap..
Hahaha..
Eksyen je tu..
Bukan betul pun..


Nah!
Tukang ambik gambaq nak masuk gak sekali sekala..
Tak aci la depa ja masuk dalam gambaq..
Habih tu..aku??


Whatever..!!!
Yang penting orang sekeliling aku hepi..
Aku pun boleh tumpang sekaki..
Kannnn..

Thursday, May 22, 2014

Bila tiba hari "payday".

Assalaamualaikum..

Hari ni payday!!
Rasa macam baru minggu lepas payday..
Cepat betul masa berlalu..
Hehe!
Dan setiap kali payday...


Berderet-deret perkara yang perlu dibayar...
Huhuhu!
Duit yang berkepuk dalam akaun boleh susut sekelip mata je..
Sob..sob..sadis!!



Dengan adanya CIMB Clicks memudahkan aku nak bayar bil2 sekalian..
Apatah lagi "dicampak" nun jauh ke sebuah "pulau" yang terpencil..
Dan kalau online shopping pun senang gak..
Kuikuikui...
Klik2 je u ollz!!!
Lap u CIMB..muaks!!

Wednesday, May 21, 2014

Petang tadi punya cerita.

Assalaamualaikum...

Oh no!!
Bisingnya!!
Bingit telinga!!
Mericau betul mulut budak2 ni!!
Suara macam anak burung melalak time lapar...
Rasa macam nak pengsan cikgu!!


Pantang nampak macam cikgu snap gambar durang..
Terus kasi peace ye..
Hahaha..
Whatever!!
Yang penting durang cute2..


Nah! Ambik seketoi gambaq dengan depa..
Masa ni reti lak mulut tu dok diam...
Sigh!


Tudia!!!
Meriah kau!!
Ramai peminat tu!!
Pakat2 nak ambik gambar dengan budak2 ni..
Apa2 pun..say cheezeeee!!!

Saturday, May 17, 2014

Berhujung minggu di pedalaman Marudi.

Assalaamualaikum...

Petang tadi berkesempatan melawat kawan yang mengajar dalam kawasan pedalaman Marudi. Perjalanan mengambil masa 45 minit macam tu. Mana2 guru yang posting sekolah tu akan dapat elaun 10%.


Dalam perjalanan balik kitaorang singgah beberapa buah sekolah yang berhampiran untuk mengambil gambar. Kunun2nya nak buat bukti dah penah sampai kat sekolah tu. Hehe.



Sekolah tu memang semak sikit sebab dah tutup awal tahun ni kerana kekurangan murid. Apa yang aku tahu murid sekolah tu cuma seorang je. Cikgu plak memang setiap subjek sorang cikgu.


Hepi je buat peace kat situ kan. Hehe. Ni la sekolah yang kawan kepada housemate aku mengajar. Dia guru pelatih j-QAF macam housemate aku tu. Minggu depan last diaorang praktikum di sekolah. Sebab tu la tadi kitaorang pegi sana jenjalan. 


Sepanjang perjalanan tu akan jumpa sebuah sekolah aliran cina iaitu SJK (C) Hua Nam dan jugak SK Poyut. Tapi kitaorang tak berenti kat SK Poyut tu sebab takut lewat nak sampai pekan Marudi.


Ni la kawan2 aku yang bawak jenjalan tadi. Yang kakak dua orang depan tu dah senior sangat di Marudi. Ada yang dah 7 tahun mengajar di sini. Kalau takder diaorang jangan harap la aku nak sampai sana tu. Jujur aku katakan hidup di perantauan ni kawan2 la sebagai family. Kalau ada apa2, diaorang la jadi tempat rujukan. 

Friday, May 16, 2014

Happy Teacher's Day.

Assalaamualaikum..

Ni namanya keje syok sendiri. Hari guru, tapi guru yang meraikan diri sendiri. Kira ok la tu kan. Saja nak hepi2. Hehe.


Nah kek sebijik. Kecik je. Ada la dalam 18 hinggit. Cukup la untuk 10 orang makan. Lagipun tak suspek ramai cikgu yang datang sekolah petang tadi sebab biasanya hari jumaat memang tak ada cikgu yang datang buat keje kat sekolah.


Ha! Ini je la yang ada. Kebetulan guru besar ada masa ni. Jadi meriahlah sikit parti kecil-kecilan petang tadi. Huhu. 


Tengok! Berebut-rebut nak potong kek. Haha. Sesi bergambar tak gempak la kalau tak buat gimik potong kek tu. Ekceli masa aku n kawan2 sampai kat sekolah, GB ingat kitaorang nak celebrate birthday. Hehe. 


Dah potong kek tu..tunggu apa lagi. Bedal la!!! Haha.


Sempat la snap beberapa gambar sebagai kenangan. Huh! Menjadi jugak plan on the spot kitaorang. 


Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Semoga kita terus sukses dalam mendidik anak bangsa.

"Guru : Pencetus kreativiti, penjana inovasi".

Thursday, May 15, 2014

Roti nestum bersalut coklat.

Assalaamualaikum..

Aku ada satu resepi nak kongsi dengan korang semua. Senang n sedap. Aku dah try buat petang tadi. Boleh bagi 10 bintang kot.


Ekceli, kat rumah aku ada lebihan roti yang aku guna buat roti bercoklat goreng. Alaaa..yang macam aiskrim goreng tu. Tapi aku guna coklat cadburry sebagai inti. Jadi yang lebihan tu aku tak tau nak buat apa. Lepas jumpa resepi ni, aku terus buat. Kebetulan kat rumah dah ada nestum n coklat. Maka menjadilah ia..hahaha. 


Ok..korang boleh follow gambar kat atas tu. Senang je. Tengok sekali imbas dah boleh faham. Tunggu apa lagi..jom la try. Boleh jugak buat untuk raya nanti. Hehe. Selamat mencuba ye!!

* sumber : fesbuk!

Tuesday, May 13, 2014

Trip to Miri (part 2)

Assalaamualaikum..

Hari kedua, kitaorg travel ke Gua Niah yang merupakan gua batu kapur yang terbentuk berjuta tahun yang lalu. Aku tak tahu yang kawan2 aku nak pegi Gua Niah. Sebab tu dressing aku tak berapa sesuai. Hehe. Jadi, saper2 yang nak pegi mesti berpakaian sukan lengkap berkasut. Lebih selesa dan sesuai.


Kitaorang sampai sana lebih kurang jam 9.30 pg. Perjalanan mengambil masa sejam lebih dari Miri. Kitaorg ikut jalan Luak Bay. Boleh la menikmati pemandangan Laut Cina Selatan.


Nak masuk gua kena register dulu dan bayar sorang RM10 untuk orang dewasa.  Register nama tu wakil je yang tulis kalau pegi ramai2.


Masa ni kat jeti. Nak ke Gua Niah kena seberang sungai. Takder jambatan, so kena guna bot la. 


Tengok muka aku. Confident je. Jadi saper2 yang ada niat nak travel Gua Niah, jangan takut2 ye naik bot ni. Hehe.


Masa bot jalan tu, jakun jap aku. Maklumlah, sebelum ni tak penah naik. Kesian!


Lebih kurang sejam lebih perjalanan baru kitaorang sampai kat pintu gua. Subhanallah! Cantik sangat. Sejuk macam ada aircond dalam tu. 


Berbekalkan lampu suluh dan lampu yang ada kat hp aku ni, kitaorang meneruskan perjalanan lagi ke painting cave. Itupun mengambil masa hampir sejam. Kitaorang perlu daki berpuluh anak tangga nak ke dalam gua. Jalan nak masuk tu mencabar sikit. So, kena berhati-hati takut jatuh sebab licin kesan titisan air dari bahagian atas gua. 


Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya sampai ke penghujung. Penat tu memang la. Tapi kitaorang puas hati sangat. Kiranya kalau orang tanya tentang Gua Niah, syok la sikit cerita sebab dah sampai ke painted cave tu.


Ekceli, lukisan2 tu dah banyak kabur. Mungkin disebabkan oleh hakisan. Tapi ada la nampak sikit2 lukisan tu.


Lepas rehatkan badang jap, kitaorang gerak keluar dari gua. Masa tu cuaca macam nak hujan. Angin kuat dan ada bunyi guruh. Kitaorang cepat2 jalan takut tak sempat sampai ke gua. 


Masa patah balik tu sekali lagi kena ikut laluan yang licin dan perlu mendaki berpuluh anak tangga yang kedudukannya rapat2. Huh! Bukan saja lenguh kaki, habis urat saraf aku membengkak. Nasib baik ada disediakan kerusi untuk merehatkan diri yang kesakitan.



Masa sampai di pintu gua, hujan dah turun dengan lebat. Sekali lagi aku dan kawan2 dapat menyaksikan kekuasaan Allah. Air hujan turun dari lubang yang terdapat di atas bumbung gua. 


Apabila hujan dah reda sikit, kitaorang meneruskan perjalanan. Sampai kat luar jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Kiranya kitaorang ambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan keluar-masuk gua. Ekceli tak sampai 5 jam pun. Kawan aku yang pegi sebelum ni dia cakap 4 jam je. Jadi disebabkan hujan dan kitaorang terpaksa berhenti, tu yang jadi 5 jam.

Malam tu aku terpaksa beli salonpas pakai kat lutut. Urat dah kembang uollz! Berdenyut-denyut rasanya. Jalan pun tak betul dah. Hehe.

Friday, May 2, 2014

Indahnya persahabatan.

Assalaamualaikum..

Hai ollz! Tadi kat sekolah ada sesi bergambar cikgu cikgi untuk majalah sekolah sempena ulang tahun sekolah ke-88. Huh! Memang gamat habis. Dah tu plak ada cikgu siap request snap gambar diaorg. Maklumlah, aku kan suka ambil gambar. Memang patut pun diaorg mintak. 

Ni antara cikgu2 yang sempat aku snap pic diaorang. Janji diaorang hepi!


Ok..yang ni namanya Ting Sze Xuan. Orangnya cool n teliti. Suka badminton n kereta. Sekali tengok macam korean pun ada kan. Kadang2 kalau aku nak sakat dia, aku panggil dia Lee Young Dae sebab dia ni peminat pemain badminton dari Korea tu. Hehe. 

Yang ni plak namanya Tiong Chuang Suang. Orangnya baik n suka menolong. Dulu kan dia kurus je. Sejak geng dengan aku n kawan2 lain yang spesis kuat makan, maka dia pun dah nampak semakin berisi. Haha. Nasib la..


Yang manis bertudung biru ini ialah kawan aku merangkap housemate. Dialah peneman aku di sini. Lepas cuti sekolah bulan Jun dia dah tak ada sebab latiha perguruan dia dah habis. Sorang2 la aku lepas ni. Kesian..


Si amoi yang comel2 ni plak kawan aku. Namanya Anita. Baru je posting awal tahun ni. Orangnya peramah. Sesuai la dengan aku yang mulut pot pet ni. Hehe. Dalam bilik guru dia duduk sebelah meja aku. Sebab tu kami boleh jadi rapat.


Sebenarnya semua cikgu di sekolah aku baik2 n spoting. Kadang2 tu slumber je bergurau. Yang selalu disakat oleh diaorang aku la. Hehe. Bersyukur sangat kerana mempunyai kawan2 yang baik. Diaorang lah yang menceriakan hidup aku seharian. Mungkin itulah hikmahnya aku dipostingkan di sini. Allah nak bagi peluang aku menjalinkan hubungan silaturrahim dengan pelbagai bangsa n agama. Tak la terasa sangat rindu kat family di kampung sebab diaorang ni semua aku dah anggap macam family sendiri. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Thanks bieng my friends!