Friday, February 28, 2014

Fire drill.

Assalaamualaikum...

Huh! Penat sungguh hari ni. Pagi pegi sekolah, petang pun pegi sekolah jugak sampai malam baru balik rumah. Maklumlah sekarang ni musim sukan.

Ok kembali kepada tajuk entri. Ekceli, pagi tadi sekolah aku ada buat fire drill. Panggil bomba datang bagi ceramah tentang kebakaran. Memang excited sangat sebab tahun lepas takder plak bomba datang. Kali ni siap bawak keta bomba lagi. Hehe. Pastu dengan muka tak malunya mulalah aku menepek kat tepi keta bomba tu. Hehe.


Ni semua gambar sekitar peristiwa pagi tadi. Yang kelakarnya tu kan, ada sorang budak ni jerit "cepat!!cepat!! Polis datang!!". Haha..tergelak aku bila kawan aku cerita. Ekceli budak tu tak tau beza antara polis n bomba sebab dia tu mix chinese n papu new guinea. Dia hanya tahu bahasa Cina n bahasa papua tu je. Bahasa Malaysia dia tak tahu langsung. Memang patut la dia panggil bomba tu polis. Hehe.


Semua dah berkumpul...bergegas-gegas kami semua ke tempat perhimpunan.


Kebetulan cuaca pagi tu panas lak. Kesian mutid2. Cikgu2 plak sedap je dok kat tempat teduh. Hehe.


Kemudian, ketua balai bomba Marudi bagi ceramah sikit tentang tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran.


Hope lepas ni jika ada kebakaran, tahulah apa yang perlu dilakukan. Jangan sampai ada yang rentung, tetkorban dah la. Nauzubillah!

Wednesday, February 19, 2014

Sit in pra-sekolah kali pertama 2014.

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Kelmarin kena masuk pra sekolah satu waktu. Hari ni pun sama jugak. Cikgu diaorang amik sick leave. Bukannya aku disuruh, tapi diri sendiri yang mintak nak sit in. Hehe. Excited kot nak jumpa diaorang yang comel2 tu.


Budak2 pra tahun ni ada baik sikit. Kurang nakal sebab majoriti budak baru. Baik je bila aku suruh beratur nak cuci tangan. Tak buat kacau. Masa main, main sama2. Tak berebut2 mainan. 


Alang2 tu aku pun amik la gambar dengan diaorang. Nasib baik diaorang tak menolak. Spoting je buat peace. Hehe. Tapi ada jugak yang masih malu2. Biasa la tu. Masih belum biasa dengan cikgu lain selain cikgu diaorang.


Budak ni kan, kawan2 dah habis makan. Tapi dia belum lagi. Siap minta untie tambah bihun goreng lagi. Hehe. Takper..makan sampai kenyang ok!


Dalam ramai2 tu ada sorang budak yang aku sangat suka. Sebab dia ada sepasang telinga yang capang. Bagi aku ia sangat unik. Bertambah2 lagi la kecomelan dia tu. Lepas aku upload kat fesbuk, ada kawan aku komen muka dia macam pelakon Mia Sara tu. Korang tengok sendiri la sama ke tak.


Ada iras2 kan dengan pelakon tu. Tapi nama budak ni Daphane. Bila bercakap tu kan, alahai...lemah lembutnya. Cair aku nak amik buat menantu. Haha.

Sunday, February 9, 2014

Ngabang Gong Xi Fa Cai

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Ni cerita malam sabtu baru2 ni. Sekarang baru teringat nak update. Haha. Dah tua rupanya aku ni. Banyak perkara mudah lupa.

Malam tu last kitaorang jalan2 raya. Pegi rumah cikgu2 sekolah. Semuanya 5 buah rumah. Banyak kan. Sampai mengah aku sebab perut penuh. Hehe.

Tahun ni paling banyak kitaorang jalan2. Malam rabu kitaorang pegi rumah pengerusi lembaga pengurusan sekolah. Malam tu pun 5 buah jugak. Malam jumaat PK HEM sekolah buat open house dan malam sabtu baru pegi rumah cikgu2 lain. Memang best la. Ni pengalaman kedua aku merasai sambutan CNY bersama kawan2 yang berbangsa Cina.






Happening sangat masa tu. Semua spoting2 belaka. Semoga hubungan kita semua akan berkekalan selamanya.