Tuesday, October 22, 2013

Pameran seni SJK(C) Chung Hua, Marudi.

Assalaamualaikum...

Tadi ada majlis perasmian pameran seni sekolah. Gimik perasmian kali ni lain daripada yang lain. Tak pernah dibuat orang kot. Ni semua idea cikgu seni sekolah aku. Setiap orang yang melawat pameran tu mesti kena kiss kat kertas macam ni...

 
Paling lawak bila turn cikgu2 lelaki kiss. Gelak sampai nak tergiling-guling. Tapi tak guling sungguh la. Nak mampus!!!! Pastu cikgu2 kena pakai gincu yang disediakan..hikhik. Nasib la...








Memang spoting2 la cikgu2 sekolah aku...

 
Sebagai tanda sokongan, aku pun tidak terkecuali...kenangan tuuuu~


Hujung2 tahun macam ni, memang sekolah banyak program. Boleh dikatakan setiap minggu ada. Minggu depan ujian plak. Minggu lepas tu cikgu2 akan busy dengan latihan budak2 untuk majlis anugerah cemerlang sekolah. Aku pun termasuk gak sebab kena latih budak2 tarian melayu. Haaaa...kau hader?

Bagi aku walaupun itu bukan kepakaran aku malah jauh menyimpang dari tugas aku sebagai guru agama, tapi tanggungjawab yang diberi oleh ketua mesti dilaksanakan dengan baik. Mungkin ada sebahagian yang tidak dapat menerima apabila diberi tugas macam ni, bagi aku ia merupakan pengalaman yang berharga dalam hidup. Apa2pun sentiasa fikir positif. Terima dengan hati yang terbuka. In sha Allah Dia akan permudahkan urusan kita.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!