Thursday, October 31, 2013

Kursus dalaman DSKP PJ tahun 4.

Assalaamualaikum...

Masa : petang tadi.
Lokasi kejadian : SJK (C) Chung Hua Marudi.
Aktiviti : Amali pendidikan jasmani. 







Wednesday, October 30, 2013

Masiha-Masita dulu & sekarang.

Assalaamualaikum...

Dah lama tak buat entri tentang aku n kembar kan. Lama sungguh. Tak der ilham sebenarnya. Pastu tak der masa lak. Time cuti asyik pegi jalan2 ja. Tambah lak line tenet kat umah slow macam siput. Huhu. Bila balik Sarawak, nak buat entri, gambar plak dah pindah masuk laptop. Sengal!

Okeh...masa kecik2 dulu kan n sampai tahun ke-3 kat UM...kitaorang sentiasa bersama. Tak penah berpisah. Macam belangkas. Ke mana Masiha pegi, di situ ada Masita. 


Tapi sekarang kitaorang dah tak duduk sekali. Sejak aku tahun ke-4 kat UM lagi. Mula2 memang aku tak biasa. Rasa sunyi sangat sebab tak ada kawan nak sembang2 n gosip. Pegi kafe ke, kedai ke, semua sorang2. Huhu. 

Sejak dari saat itu la aku mula terima hakikat yang kitaorang tak selamanya bersama. Sampai masa kitaorang kena berpisah jugak. Sebulan jugak la aku amik masa untuk biasakan diri sorang2. Masa tu kan telefon je sebagai penghubung.

Then, tahun 2011 kembar aku dapat keje di Melaka. Lagi terpisah jauh. Masa study dulu ok lagi. Bila cuti semester masih dapat jumpa bila aku balik kampung. Sekarang ni susah la. Kalau dia balik kampung pun cuti setakat 4-5 hari je. Kemudian, 2012 dia kawen n terus menetap di Melaka. 

Dulu2 orang masih sedar aku n kembar adalah pasangan kembar. Ada persamaan jugak dari segi rupa paras. Sekarang tak der dah sebab kembar aku dah chubby n pakai spek. Ramai yang tegur dah lain. Dah tak sama. Hehe.

* gambar raya ke-7 tahun ni...tiap2 tahun raya baju sama corak, warna lain2.

Walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, tapi kitaorang still contact lagi tau. Kalau tak call, kitaorang imsg je. Tapi banyak imsg la sebab boleh jimat kredit. Haha. *apa-kelass-dah-keje-masih-guna-prepaid-kan!!!

Banyak benifit guna imsg ni. Selain boleh chat, kitaorang boleh jugak send2 gambar. Contohnya, send gambar baju, tudung, jubah n macam2 lagi la. Isunya nak beli ke tak benda2 tu. Pastu kitaorang akan share pendapat. Kalau masing2 dah sokong antara satu sama lain, terus pm inbox toke kedai uollz. Hehe. Parah!!!!

Monday, October 28, 2013

Nur'ain Nabihah mengaji a..ba..ta..!

Assalaamualaikum....

Budak comey lotey ni namanya Nur'ain Nabihah. Sepupu yang paling bongsu dalam family aku. Setiap kali dia balik bercuti kat kampung, mesti kena buli dengan kakak sepupu2 yang dah besar2 ni. Siyesli...suka sangat kacau dia tau. Haha. Macam2 kitaorang buat. Cubit pipi, cium sampai dia nangis, peluk kuat2, dukung sampai dia meronta-ronta. Maklumlah..orang dah boleh berjalan. Mana layan dukung2 ni.

Pastu kan, budak tecik ni ada hobi jugak tau. Dia suka simpan pinggan mangkuk, baju2..kalo dia mai umah aku, memang kena jaga la pinggan2 kaca yang atas rak tu. Kalau tak, selamat jalan la...huhu.

Sekali tengok gaya macam budak lelaki pun ada. Lasaknya...mak oi..kalah budak laki. Dia suka panjat kerusi. Dapat naik tu kira power la. Orang larang, dia sengih je. Memang tak makan saman pun. Pernah suatu hari tu dia nak panjat tangga beranda umah. Umi dia tangkap masa dia nak naik tu. So, berguling-guling la atas lantai. Tak kira dah lantai tu kotor ke tak. Yang penting dapat tunjuk ketidakpuasan hati tu. Huahuahua!!!

Dua hari lepas aku ternampak kakak dia upload gambar ni kat fesbuk. Aduhhh....comey sesangat!!! Geram nak gomol2 dia. Masa ni dia sibuk2 nak mengaji iqra'. Siap marah kakak dia yang tak mengaji tu. Tp, tak tahu la apa yang dia cakap sebab teylor. Haha.

Ehemmm..sebelum mengaji lebih elok baca doa dulu ye...



* a...ba..ta..

* eh..Nabihah baca cilap ek ummi...hehe

* okeh..cori ye ummi..

* titew dah habis ngaji...ecok lak cambung...

Saturday, October 26, 2013

Suka kacau budak-budak.

Assalaamualaikum...

Tak tahu kenapa, suka kacau budak2 expecially budak pra n tahun 1. Mungkin sebab diaorang ni cute2 kot. Rasa nak picit2 pipi la, tarik2 tocang rambut (tarik manja2 je..bukan betul2) n macam2 lagi la. Paling best kalo dapat sakat dioarang. Hehe...pembuli betul cikgu diaorang ni kan. Nasib la budak2 oi...



Tengok tu...pantang cakap nak amik gambar. Terus je posing..alahaiiii...cute sangattt! Paling suka sakat budak yang kecik toet dalam gambar tu. Namanya Mariska. Cute betul!! Suara plak kecik macam anak burung je. Hehe. 

Friday, October 25, 2013

Gambar persatuan, kelab dan rumah sukan.

Assalaamualaikum...

Hari ni sambung lagi sesi bergambar. Turn persatuan, kelab n rumah sukan plak. Disebabkan aku pemilik rasmi blog ini, maka dengan rasa jahatnya mengumumkan mana2 gambar yang tak ada aku kat dalam tu tak boleh masuk. Wahahahaha..!!!


Gambar atas tu Kelab Seni Visual sekolah. Seni sangatttt ke aku ni? wakakakaaa..

Then, bergambar bersama murid2 tahun 6 plak. Tahun ni diaorang dah grad...


Ni plak bersama staf sokongan sekolah...


Eh...silap! Yang tu belum ready lagi la....*sori la ye aku letak gambar kamu2 semua yang dok gelak..sengih..melatah n ntah apa2 lagi tuh..*

Ok..yang ni baru betulll...


Lastly, rumah sukan..guru penasihat rumah sukan merah. Ecece...control cumil tu yang tak tahan...


Okeh dah habis...sambung next year plak. Itupun kalo aku masih di sini la. *jangan-dok-berangan-dapat-transfer-la...* Tak salah kan berangan. Kan berangan tu pun macam niat jugak. Mana tau ada rezeki..hehe.

Wednesday, October 23, 2013

Sesi bergambar.

Assalaamualaikum...

Hari ni sekolah ada sesi bergambar. Cikgu2 dah kena pesan kelmarin supaya memakai baju unit beruniform. Walaupun kat sekolah ada Pengakap n BSMM je, tapi aku hentam semberono pakai uniform Puteri Islam. Dah tu je yang sesuai dengan imej aku. Tak kira la campur2 pun. Yang penting pakai uniform kan. Hik..hik...

Testing...testing...pastikan kamera ok dulu!


* muka budak baik je kan..huahua


* puteri2 kayangan...wakakaka!

Haip! cikgu cameraman dah panggil tu. Sesedap rasa je dok posing kat situ. Cepat!!!!!! 

Beberapa minit kemudian...tadaaaa!!!


Dah siap satu sesi pada hari ni. Dalam versi unit beruniform. Jumaat ni sambung lagik. Versi baju batik plak. Nantikan kemunculan kitaorang ye. Hehe..

Tuesday, October 22, 2013

Pameran seni SJK(C) Chung Hua, Marudi.

Assalaamualaikum...

Tadi ada majlis perasmian pameran seni sekolah. Gimik perasmian kali ni lain daripada yang lain. Tak pernah dibuat orang kot. Ni semua idea cikgu seni sekolah aku. Setiap orang yang melawat pameran tu mesti kena kiss kat kertas macam ni...

 
Paling lawak bila turn cikgu2 lelaki kiss. Gelak sampai nak tergiling-guling. Tapi tak guling sungguh la. Nak mampus!!!! Pastu cikgu2 kena pakai gincu yang disediakan..hikhik. Nasib la...








Memang spoting2 la cikgu2 sekolah aku...

 
Sebagai tanda sokongan, aku pun tidak terkecuali...kenangan tuuuu~


Hujung2 tahun macam ni, memang sekolah banyak program. Boleh dikatakan setiap minggu ada. Minggu depan ujian plak. Minggu lepas tu cikgu2 akan busy dengan latihan budak2 untuk majlis anugerah cemerlang sekolah. Aku pun termasuk gak sebab kena latih budak2 tarian melayu. Haaaa...kau hader?

Bagi aku walaupun itu bukan kepakaran aku malah jauh menyimpang dari tugas aku sebagai guru agama, tapi tanggungjawab yang diberi oleh ketua mesti dilaksanakan dengan baik. Mungkin ada sebahagian yang tidak dapat menerima apabila diberi tugas macam ni, bagi aku ia merupakan pengalaman yang berharga dalam hidup. Apa2pun sentiasa fikir positif. Terima dengan hati yang terbuka. In sha Allah Dia akan permudahkan urusan kita.

Monday, October 21, 2013

Kem Bestari Solat.

Assalaamualaikum...

Asyik2 cerita pasai budak2 sekolah. Kali ni pun sama jugak. Huhu. Nak buat macam mana, dah aku mengajar kat sekolah. So, cerita dalam blog ni banyak berkisarkan kehidupan aku sebagai pendidik. Korang layan je la ye..! Hikhik...

Okeh uollz..sabtu lepas panitia Pendidikan Islam sekolah aku telah mengadakan Kem Bestari Solat atau singkatannya KBS. Ia merupakan KBS yang terakhir untuk tahun ni n buat pertama kalinya diadakan di sekolah aku sendiri. KBS yang sebelum ni aku join sekolah lain sebab tak penah ada pengalaman. Bila dah ada pengalaman baru senang nak buat sendiri.

Disebabkan murid yang beragama Islam tak ramai n ustzah2 pun ada dua orang je, jadi kawan aku cadangkan untuk bergabung dengan sekoah lain. Jumlah sepatutnya ialah seramai 21 orang tapi tolak 2 orang tak hadir n 3 orang terpaksa balik sebab ada saudara meninggal, jadi yang tinggal hanya 16 orang je.





Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak dilaksanakan walaupun agak simple. Majlis penyampaian sijil pun buat kecil-kecilan je. Aku sendiri yang jadi mc..then, jemput kawan2 aku yang mana ada sebagai penyampai sijil. Sebelum balik balik kitaorang bergambar dulu sebagai tanda kenangan. Tak sah kan kalo habis program tak der sesi gambar2 ni.


Saturday, October 19, 2013

Sit in pre-school

Assalaamualaikum...

Hari rabu lepas aku kena sit in kelas pra sebab cikgu diaorang pegi kursus tiga hari di Miri. Jadi, aku masuk ganti untuk satu waktu je. Nasib baik diaorang tak nakal sangat hari tu. Kalau tidak fenat cikgu..


Masa ni time diaorang makan. Sebelum makan, diaorang akan basuh tangan dulu. Pastu duduk kat tempat masing2. Bila semua dah duduk, baru baca doa ikut agama diaorang secara beramai-ramai. Suasana sunyi sepi bila masing2 khusyuk menikmati biskut n air milo yang disediakan oleh PPM (pembantu pengurusan murid). Tapi...lepas je makan, gamat balik kelas tu.




Main tak hengat donnia!!

Wednesday, October 16, 2013

Raya haji di perantauan.

Assalaamualaikum.

Tahun ni tahun kedua aku beraya di perantauan. Walaupun, berjauhan dengan family, tapi tak la berasa sayu sangat sebab ada kawan2. 

 

Seperti biasa, aku n kawan2 gotong-royong siapkan beberapa juadah pada malam raya tu. Antaranya,  sate, nasi impit, kuah kacang n nasi dagang...


Pagi raya plak pukul 5.30 aku dah bangun. Lepas solat subuh terus kemas2 n siapkan sarapan. Dah settle semua baru aku n kawan2 siap2 pegi semayang raya kat masjid. Kitaorang pegi jalan kaki  sebab masjid dekat  je dengan umah. Lima minit boleh sampai. 

Mula2 sampai di masjid, aku hairan la sebab takbir tak dengar kuat. Dorang tak guna mickrofon.
Pastu, saf jemaah wanita cuma 2 baris. Tak sama macam di kampung aku atau kampung korang. Berduyun-duyun orang datang semayang raya kat masjid. Jemaah reramai. Tak kira la lelaki ke perempuan. Semua nak berjemaah di masjid. 


Balik dari masjid, kitaorang siap2 nak pegi surau plak untuk tengok orang sembelih lembu. Kat sini dorang panggil sapi tau. Aku mula2 dengar pun tak paham. Last skali baru terpikir sapi tu lembu la. Hehehe. 

Sebelum makan tu, amik gambar dulu..



Pastu baru p tengok lembu2 yang nak kena sembelih tu...


     * merenung nasib diri...

Dah habis sembelih dorang potong lembu tu kepada beberapa bahagian. Lepas tu baru dorang lapah kulit. Kat semenanjung lapah dulu baru potong kecik2.


Sementara tunggu agihan daging korban, aku n kawan aku pegi beraya di rumah seorang kenalan. Kebetulan rumah dia dekat surau. So, rajin la skit nak jalan.

     * tuan rumah kiri sekali tu.

Lepas solat zohor, Kitaorang pegi beraya ke rumah cikgu2 kat sini. Kebanyakkan rumah yang kitaorang pegi ialah rumah cikgu2 dari semenanjung. Ada yang dari Kedah, Kelantan n jugak Pahang. Kitaorang pegi berkonvoi 3 bijik kereta. Sedar tak sedar, 6 buah rumah kitaorang pegi. Tak heran la kalo lepas raya berat aku naik. Hehe.



Last sekali kitaorang pegi beraya di rumah PPM (pembantu pengurusan murid) sekolah aku. Daripada pagi lagi dia sms jemput ke umah dia. Petang baru sempat u ollz..memang fenattt sangat.!


Sampai kat rumah pon dah 5.30 petang. Bergegas solat asar. Malam pulak memang mengantuk awal la. Tengok tv pun sampai tertido. Huhu. Dassat...dassat....(sambil geleng2 kepala).