Thursday, September 26, 2013

Mi Hailam simple lagi lazatttt!!!

Malam semalam masak mi hailam plak. Resepi pon sangat2 simple n senang nak buat. Idea ni timbul masa aku n housemate tengah dok tulis lesson plan...sambil sembang2 pasal nak makan apa malam nanti, tiba2 tersebut mi hailam. Dah tersebut tu maknanya kena masak la kan. Kang mengidam plak. Hehe. Housemate aku pun terus sms kawan dia tanya resepi. Kebetulan baru lepas hujan plak..pergh!! Superb3!!!

Bahan2 semua dah ada dalam peti...

Mi kuning (2 orang makan).
Bawang putih n merah untuk menumis. *aku suka tumbuk bawang2 tu..
Sedikit minyak masak.
2 sudu besar cili boh.
2 sudu besar sos tiram.
Sedikit kicap.
10 ekor udang.
1 biji telur.
Sedikit hirisan ayam.*lebih kurang segenggam macam tu.
Sayur sawi n lobah merah (dipotong).
Garam n gula secukupnya. Jangan lupa air ye...

Langkah 1 : Tumis bawang sehingga naik bau.



Langkah 2 : Masukkan cili boh n goreng sehingga garing skit.



Langkah 3 : Masukkan air n sedikit kicap. Pastu masukkan skali sos tiram ok.




Langkah 4 : Biar kuah mendidih sekejap. Pastu baru masukkan lobak n batang sawi.


Langkah 5 : Masukkan isi ayam. Masak sekejap. Pastu masukkan udang.


Langkah 6 : Bila dah semua bahan2 tadi masak, masukkan daun sawi tu. Kacau sekejap.



 Langkah 7 : Masukkan telur n kacau2 telur tu skit. Last skali baru masukkan mi. Lepas mendidih sekejap tu, tutup api n sedia untuk makan.


Tadaaaaa!!! Sedia untuk dingapppppp! Ekceli, housemate aku yang masak. Aku just pembantu je..hehe.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!