Tuesday, September 24, 2013

Resepi simple memasak charkueyteaw.

Asslaamualaikum...

Kali ni aku nak kongsikan satu resepi charkueyteaw yang sangat mudah n cepat...resepi daripada kawan kepada housemate aku...sekali sekala ubah selera apa salahnya kan..hehe. Kalo rasa malas nak kuar ke gerai, boleh masak sendiri. Rasa pon boleh tahan jugak. Tapi, tak la setanding yang kat gerai tu sbb tak der kicap charkueyteaw..

Sekarang, meh semak bahan2 dulu ok...

2 sudu besar cili boh.
1 biji telur.
4-5 ekor udang (utk satu hidangan@sorang makan).
Bawang putih n bawang merah utk menumis (bwg putih mesti banyk sikit drpd bwg merah)
Segenggam kueyteaw.
Taugeh, daun kucai, garam n gula sesedap rasa, kicap skit dan minyak utk menumis.
* kalo nak letak kerang pon boleh jugak. Tapi mesti rebus dulu la n kopek kulit...

Dah habis senarai barang, boleh ler masak...charkueyteaw ni kena masak skit2 baru sedap. Tak boleh masak banyak2 terus...nanti tak kaw...

Langkah 1 : Mula2 tumis bawang sehingga naik bau. Then, masukkan cili boh n gaul2



Langkah 2 : Masukkan air sesuka hati korang...biar mendidih sekejap.



Langkah 3 : Masukkan ler udang pat lima ekoq...masukkan kicap skit. pastu masak sekejap.



Langkah 4 : Masukkan kueyteaw...


....daun kucai n taugeh masukkan gak...



Langkah 5 : Pecah telur n kacau bagi telur hancur. 



Bila dah masak n puas hati rasa semua cukup, boleh la dihidangkan...selamat mencuba ok!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!