Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434H.

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Dan tahun ini juga merupakan Ramadhan kedua aku di Sarawak. Aduh! Rindu suasana berpuasa bersama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat handai semasa study di UM dulu. Sungguh-sungguh rindu. 

Ketika itu, nikmat Ramadhan terasa sangat apabila sama-sama iftar jamaie di masjid dan jugak di kolej kediaman. Kemudian menunaikan solat sunat terawih bersama. Allah! Rindu! Betullah kata orang bahawa perkara lalu adalah kenangan.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan dan men'top up'kan amalan-amalan mulia di bulan yang penuh barakah ini. Tanamkan azam bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan berterusan sampai bila-bila, bukannya di bulan Ramadhan sahaja. Amin..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!