Sunday, May 12, 2013

Saya sayang mak saya.

Asslaamualaikum...



Hari ini tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, masing-masing mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Bukan hanya setahun sekali. Sebagai orang Islam kita wajib taat kepada ibu kita selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Jasa seorang ibu sangat besar dan tidak terhitung. Sejak mengandungkan kita sehinggalah di usia sekarang, ibu tidak pernah merungut kepenatan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Alhamdulillah, sejak dilahirkan sehingga kini, insan yang aku panggil emak itu masih ada disisiku. Allah masih memberi peluang kepadaku untuk mencurahkan bakti dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kerana emak, aku telah berjaya sampai ke tahap ini. Doa beliau sentiasa mengiringi aku ke mana saja aku pergi. 

Entah kenapa tadi, ketika aku mengalunkan ayat suci al-Quran, tiba-tiba hati menjadi sebak terkenangkan emak di kampung sehingga aku tidak mampu untuk menahan air mata daripada jatuh berlinangan. Itulah ujian dalam kehidupan aku kini. Jauh di perantauan sering mengundang rasa rindu yang kadang-kadang tidak tertanggung. Sesekali aku tewas jua. Namun, ditekadkan hati, dipujuk hati ini supaya bersabar. Diyakinkan hati bahawa Allah sentiasa melindungi emak di mana pun beliau berada. Sebagai seorang anak, hanya kiriman doa sebagai pengubat hati semoga emak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Terima kasih emak!

~ pstttttt...agak-agak mak aku pangkah apa hah 05 Mei lepas? Hehe..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!