Monday, April 22, 2013

Kem Bestari Solat.

Assalaamualaikum...

Alhamdulillah hari sabtu lepas dah selesai Kem Bestari Solat atau singkatannya KBS buat kali pertama untuk tahun ni dan yang paling hepi apabila anak murid aku bagi feedback yang baik. Diaorang sangat enjoy dengan program ni.

Ekceli, ini adalah KBS pada kali pertama bagi sekolah aku. Jadi, aku dan ustazah j-QAF mengambil keputusan untuk bergabung dengan sekolah kebangsaan yang berhampiran bagi mendapat pengalaman dalam melaksanakan program ini. Lagipun murid Islam di sekolah aku tak ramai, hanya 11 orang saja. Jadi, mudah untuk bergabung. In sha Allah untuk KBS kali ke-2, ke-3 dan ke-4 aku akan jalankan sendiri di sekolah.

Walaupun macam-macam dugaan, aku sangat bersyukur sebab program ini telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah kerana masih ada murid aku yang mahu untuk belajar solat. Bagi yang tak hadir tu, aku sentiasa doakan supaya diaorang dibukakan hati oleh Allah untuk mempelajari Islam. Selagi aku di sini, aku takkan berputus asa dan akan terus berusaha untuk mendidik mereka. Semoga Allah memberi kekuatan pada aku. Amin...











No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!