Monday, April 29, 2013

Kemas pusat sumber sekolah.

Asslaamualaikum...

Hari ni sepetang aku bersama guru dan beberapa pengawas PSS bertungkus lumus mengemas pusat sumber sekolah buat pertama kalinya untuk tahun 2013. Ini semua adalah permintaan khas daripada guru besar sempena hari terbuka sekolah yang akan diadakan pada hari rabu ni.

Ekceli, dah lama "big bos" suruh hias apa yang patut, tapi hari ni baru ada masa terluang untuk buat semua tu. Jadi, kami hanya buat sekadar yang mampu. Kemas buku-buku dan susun semula di rak mengikut nombor siri. Walaupun tak ada transformasi yang gempak gitu, sekurang-kurangnya sedap sikit mata memandang kan. Hehe.

Anyway, yang nampak transformasinya di sini adalah papan kenyataan atau notice board. Tukar background yang black2 tu dengan kertas warna glowing2 gitu. Pastu tambah sikit bunga-bungaan bergantungan yang berwarna pink. Itupun, aku guna bunga yang dibeli masa awal tahun hari tu. Konon-kononya nak hias kelas tahun 1. Tapi tak jadi sebab tak ada tempat nak gantung bunga tu.

Itulah usaha kami setakat hari ni. Belum siap sepenuhnya lagi. In sha Allah akan disambung kemudian hari. Apa-apa hal, jom layan gambar PSS sekolah aku yang tak seberapa ni..=)







Saturday, April 27, 2013

Feri Sungai Baram.

Asslaamualaikum...

Perjalanan dari Miri-Marudi atau Marudi-Miri mengambil masa lebih kurang satu jam lebih dengan menggunakan jalan darat. Aku perlu menempuhi jalan berbukit bukau. Walaupun agak mencabar, tapi bagi aku ia satu pengalaman yang susah nak dapat bila balik ke semenanjung. Orang perempuan seperti aku mana ada ikut aktiviti mencabar ni. So, inilah peluang yang sesuai bagi aku. Pada mulanya, memang aku berasa sukar jugak. Lama kelamaan alhamdulillah, ok. Dah menjadi satu kebiasaan pula. Sepanjang aku kat sini, kalau nak ke airport atau balik Marudi, tak pernah aku naik MAS Wing tau. *nampak tak jiwaku begitu kental. Hehe

Selain tu, aku perlu menyeberangi dua batang sungai iaitu Sungai Arang dan Sungai Baram. Kereta-kereta atau motosikal diangkut dengan menggunakan sebuah feri untuk menyeberangi sungai tersebut. Bukan kat Penang je ada feri tau, Marudi pun ada. Tapi tak la sebesar feri kat Penang tu. Tambang pulak kalo tak silap aku RM15 sebuah kereta. Itu yang aku nampak masa driver 4x4 yang aku naik tu bayar kat pengendali feri.

Ok la...Tak perlu kot aku bercerita panjang. Tengok je gambar kat bawah ni. Kalau nak jelas, silalah zoom ye. =)

Wednesday, April 24, 2013

Ujian bertulis LINUS.

Asslaamualaikum...

Ujian lisan LINUS tahun satu baru saja habis. Sambung ujian bertulis pula. Ujian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kalau diaorang lulus semua konstrak yang dinilai, maknanya diaorang bukan kategori LINUS atau pemulihan.

Antara 4 orang anak murid aku, hanya seorang saja yang telah lulus semua konstrak bagi ujian lisan (membaca) dan ujian bertulis. Tiga orang lagi hanya lulus beberapa konstrak saja. Ini bermakna diaorang masih lemah membaca dan menulis perkataan Bahasa Malaysia. Hope, Allah mempermudahkan aku untuk mengajar diaorang yang masih lemah tu. Amin...



Monday, April 22, 2013

Kem Bestari Solat.

Assalaamualaikum...

Alhamdulillah hari sabtu lepas dah selesai Kem Bestari Solat atau singkatannya KBS buat kali pertama untuk tahun ni dan yang paling hepi apabila anak murid aku bagi feedback yang baik. Diaorang sangat enjoy dengan program ni.

Ekceli, ini adalah KBS pada kali pertama bagi sekolah aku. Jadi, aku dan ustazah j-QAF mengambil keputusan untuk bergabung dengan sekolah kebangsaan yang berhampiran bagi mendapat pengalaman dalam melaksanakan program ini. Lagipun murid Islam di sekolah aku tak ramai, hanya 11 orang saja. Jadi, mudah untuk bergabung. In sha Allah untuk KBS kali ke-2, ke-3 dan ke-4 aku akan jalankan sendiri di sekolah.

Walaupun macam-macam dugaan, aku sangat bersyukur sebab program ini telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah kerana masih ada murid aku yang mahu untuk belajar solat. Bagi yang tak hadir tu, aku sentiasa doakan supaya diaorang dibukakan hati oleh Allah untuk mempelajari Islam. Selagi aku di sini, aku takkan berputus asa dan akan terus berusaha untuk mendidik mereka. Semoga Allah memberi kekuatan pada aku. Amin...











Friday, April 19, 2013

Anak didikku.

Asslaamualaikum...

Selain subjek Pendidikan Islam, aku jugak diamanahkan untuk mengajar Bahasa Malaysia tahun 1. Anak murid aku tak ramai. Semuanya empat orang saja. Tiga perempuan dan seorang lelaki.

Mengajar BM ni pada mulanya susah jugak sebab bukan bidang pengkhususan aku semasa di universiti dulu. Tapi, alhamdulillah lama kelamaan aku boleh melakukannya dengan baik.

Semasa mengajar pulak, sangat-sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang suara aku meninggi jugak. Memang nakal-nakal diaorang ni. Dah nama pon budak-budak kan. Sabar je la. Jerawat pon dah banyak naik kat muka. Stress!

Paling aku tak tahan bila masing-masing mula bukak cerita. Penat aku nak melayan. Ada-ada saja yang nak diceritakan dengan aku. Sampai tahap aku cakap "dah..kita belajar pula". Hehe. Tapi aku hepi sebab tengok muka diaorang yang ceria tu. Comel-comel je. Alhamdulillah, setakat ni semua dengar kata cikgu.

Thursday, April 18, 2013

Amali solat murid tahun 1.

Assalaamualaikum...

Sudah 3 hari aku dan ustazah j-QAF buat amali wuduk dan solat. Kami guna sedikit masa khatam al-Quran. Amali solat ini adalah sebagai persedian untuk Kem Bestari Solat hari sabtu nanti. Macam-macam ragam dan cabaran nak ajar murid-murid di sini solat. Kalau amali wuduk, setakat ni alhamdulillah. Yang amali solat tu susah sikit. Kena banyak bersabar.

Sepanjang 3 hari (isnin, selasa dan rabu), aku sangat berpuas hati dengan amali solat murid tahun 1. Sebab diaorang ni dengar kata dan tak banyak kerenah. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Suruh solat, ikut saja. Lega sikit hati ustazah-ustazah nak mengajar.

Yang masalahnya apabila mengajar murid-murid yang dah besar. Aduh...banyak kerenahnya. Suruh buat amali solat tak mahu. Kalau amali wuduk ok la. Diaorang masih boleh ikut. Tapi, bila tiba amali solat, suruh berdiri mengadap kiblat, ada yang mahu dan ada yang tak mahu. Buat don't know je. Kena suruh jugak sebab ini untuk kebaikkan diaorang. Biasanya murid perempuan ok. Dengar kata. Murid lelaki tu susah sikit. Ikut mood. Masa amali solat tu, memang mood tak baik la sebab kena paksa solat. Tu bukan solat betul-betul, cuma amali sahaja dah tarik muka. Hati ni dah sakit dah. Tahan je sabar. Ajar jugak seperti biasa. Memang dia ikut, tapi cincai-cincai je.

Tu la cabaran mendidik di sini. Kalau tak ada asas agama dan nak belajar tak apa la. Ni malas dan tak mahu pula. Proses tarbiah tu lambat sikit. Tapi tak pe la kan. Mungkin kena ambil masa barangkali. Lama-lama diaorang akan terbiasa. Aku hanya mampu berdoa je moga-moga Allah lembutkan hati diaorang yang tak mahu dan malas tu. Amin...

Jom layan gambar-gambar anak murid aku yang kiut-miut ni...=)









Monday, April 15, 2013

Harga tiket dah naik.

Assalaamualaikum...

Nak balik kampung cuti sekolah bulan lima nanti tapi tiket belum booked. Kerap jugak aku online Air Asia atau MAS Airlines. Mana tahu tetiba ada promosi. Boleh la berjimat sikit.

Tetapi nampaknya, nasib tidak menyebelahi aku lagi kali ni. Still tak ada promosi bahkan semakin hari semakin naik la pulak. Bulan-bulan lepas sekitar RM4++ dan RM5++. Malam ni dah jadi RM6++. Huhu.

Bukan tak nak beli awal-awal. Bulan-bulan lepas lari bajet sikit sebab banyak perkara yang memerlukan duit. Beli barang dan keperluan rumah, bayar deposit rumah sewa dan jugak sewa rumah. Bulan mac lepas housemate aku pindah keluar. Jadi, aku kena beli periuk, tong gas, dapur gas, peti ais dan kelengkapan lain lagi.

In sha Allah..rezeki nak balik tu ada. Cuma aku perlu bersabar ja. Harga mahal sikit tak apa la. Yang penting dapat jumpa mak ayah kan.

Isnin datang lagi.

Asslaamualaikum...

Seperti biasa, aku bangun awal pagi untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Ada sedikit kemalasan di situ. "Alangkah nikmatnya kalau lepas solat subuh tidur balik"..hati berbisik plus hasutan syaitan.

Aku segera menepis! Ada tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan. Jom ke sekolah!

Saturday, April 13, 2013

Entri kedua hari ni...jamuan birthday kawan.

Assalaamualaikum...

Selepas balik daripada latihan sukan, kawan yang aku pinjam motor tu ajak pegi rumah kawan sorang lagi. Ada buat makan-makan. Sebelum pergi tu masak bihun goreng dulu. Dah siap baru pergi ke rumah kawan lagi sorang.

Sampai je kat rumah kawan sorang lagi tu, diorang tengah bekwoh (gotong-royong) menyiapkan nasi kerabu pulak. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Hehe. Alhamdulillah rezeki di hari minggu.

Jom layan gambar..









Semangat kesukanan di hari minggu.

Asslaamualaikum...

Pagi tadi ada latihan sukan rumah merah dan ungu. Aku antara guru penasihat rumah sukan merah. Jam 7 pagi dah mula. Alhamdulillah cuaca elok je. Harapan aku musnah sama sekali. Diharap awal-awal pagi hujan, tetapi yang berlaku sebaliknya. Huhu..*tak baik...tak baik...

Walau apapun, diteruskan juga semangat. Sekitar jam 6.45 pagi ( di sini dah cerah) aku mula melangkah menuju ke rumah kawan. Pinjam motor. Buat merempit ke stadium. Sampai-sampai je, orang dah ramai. Ingat aku je yang lambat, rupanya ada lagi orang yang lambat datang daripada aku. Hehe. Lega...

Latihan berlangsung selama sejam lebih sampai jam 8.40 pagi. Cuaca terik sekali. Nasib baik lepas tu latihan tamat. Apa lagi...terus cabut..hehe.

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku snap tadi.










Wednesday, April 10, 2013

Eh...kembar rupanya!

Asslaamualaikum...

Dulu-dulu mungkin sekali imbas orang dah perasan yang kami kembar seiras. Sekarang, sekali imbas dan berkali-kali imbas pun, orang tak tahu yang kami kembar.

Monday, April 8, 2013

Realiti sebenar seorang guru

Assalaamualaikum...

Rata-rata org cakap keja cikgu ni senang. Keja sampai tengah hari. Pastu dah boleh balik rumah. Orang lain yang keja ofis, ptg baru balik rumah. Ya betul. Memang tengah hari dah balik. Macam aku 12.40 tgh hari dah balik rumah. Mandi, solat, makan dan rehat. Tapi, lepas tu pegi semula ke sekolah. Kelas tambahan, aktiviti gerko (setiap petang rabu), siapkan keja yang terbengkalai dll. See!

Pasal tugas guru plak, org cakap keja cikgu senang. Mengajar ja lah. Ya betul tu. mengajar tu dah tanggungjawab dan tugas yang paling utama sebagai guru. Sebenarnya, kerja2 lain pon cikgu kena buat jugak. Rekod kehadiran murid, jumlahkan kehadiran dan setiap hujung bulan kira peratusan kehadiran murid ke sekolah (bagi guru kelas). Semak buku pelajar, jalankan PBS. Sediakan eviden dan soalan2 ujian. Marking paper exam yang bertimbun-timbun. Dah dapat result, key in dalam sistem SPPBS dan SAPS. Buat analisis pencapaian murid, kenal pasti masalah murid yang tidak mencapai sasaran. Then, cari jalan penyelesaian. See!

Sebelum mengajar, setiap cikgu mesti buat rancangan pengajaran harian terlebih dahulu. Tulis kat buku yang sudah disediakan. Setiap hari. Tulis tangan ok. Bukan taip komputer. Kalo taip tak apa la. Boleh copy, paste and edit. Lenguh tangan usah kira la. Lagi2 kalo sehari perlu ajar 3-4 kelas. Setiap kelas satu RPH. See!

Bila ada aktiviti ko-kurikulum, cikgu2 bertungkus lumus memastikan aktiviti tersebut berjalan lancar. Sukan tahunan, majlis bla..bla..latih murid untuk pertandingan, perkhemahan etc. Tu semua memerlukan komitmen yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. See!

Alaaaa...cikgu best la. Dapat cuti lama2. Cuti? Cikgu pegi kursus plak. Kadang2 hari cuti pon ada cikgu yang pegi sekolah. Siapkan keja yang tak pernah habis. Weekend plak ada kelas tambahan, latihan rumah sukan, meeting dll. See!

Ha..tu baru sebahagian je! Lain jawatan, lain tugasnya. Itulah realiti sebenar seorang guru. Bukan macam cikgu zaman dulu-dulu. Banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Mengeluh? Mesti la. Tapi, diikhlaskan jua hati sebab semua itu adalah tanggungjawab. Yang penting, kena pandai urus masa sebaiknya. In sha Allah semua akan ok!

Psssstt : apa pun pekerjaan kita, ikhlaskan hati. Mestilah lillahi ta'ala. Baru kita akan rasa enjoy dgn tugas kita...peace! :)

Sunday, April 7, 2013

Peti ais kesayanganku

Assalaamualaikum...

Ekceli peti ais ni dah lama beli..bulan lps lagi. Aku beli sbb keperluan yang sangat penting untuk menyimpan bahan2 memasak aku..ayam, ikan, sotong, udang daging, sayur etc...

Disebabkan aku sorang je yg guna dan angan2 tak lama lagi dpt transfer balik semenanjung, maka aku buat keputusan beli peti ais yg kecil molek ni. Harganya pon boleh tahan, hanya RM3++. Ok la tu kan. Kecil2 pun asalkan boleh simpan bahan2 yg memerlukan tempat sejuk.





Friday, April 5, 2013

Dah dapat jadual ujian PKSR 1

Masuk bilik guru tadi tetiba nampak notis ni atas meja. Wah...!!! Awal betul jadual PKSR 1 keluar. Nampaknya cikgu-cikgu dah kena ready utk ujian tu nnti.



Thursday, April 4, 2013

Entri pertama 2013

Assalaamualaikum...hai semua!

Lembaran tahun 2013, telah menyaksikan blog ini tak ada sebarang enteri sampai la masuk bulan april. Ceritanya begini...aku dah jarang2 online guna pc. Selama ni aku online guna tablet sebab lagi pantas n bila2 masa aku boleh online. Bila aku nak post entri, gambar plak takleh nak upload. Jadi, keseronokkan meng"update" blog tu dah tak ada. Tak best la kan klo enteri yg hanya tulisan je tak ada gambar.

Tapi, sekarang aku dah jumpa software "blogger" untuk di"install"kan kat tablet aku ni. Hepi weh!!! Baru td terpikir nak cari dalam stor tablet aku ni...sigh~ Awat la...aku tak pikiaq dari dulu lagi...ngeee~

Untuk pengetahuan korang, software blogger dlm tablet aku ni tersangatlah best sbb aku boleh update blog dgn pantas n cepat. Anytime, anywhere aku berada, boleh update atau upload apa saja yg aku nak. So, klo korang nak cuba boleh la search kat appstore (bagi pengguna apple). Taip je "blogger" then install la...klo tablet lain tu cuba2 sendiri la ye..hehe. Selamat mencuba!

Psssttt : ntah2 korang dah lama tau...aku ja yg ketinggalan zaman..hehe.