Monday, December 30, 2013

Banjir di Marudi

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Balik je Marudi (jumaat) terus kena banjir. Huhu. Nasib baik transport boleh lalu lagi. Kalau tak dah bermalam di Miri aku.

Tadi, sempat jugak la merasa banjir. Aku naik hilux cikgu sekolah. Kitaorang jalan2 shopping sambil tengok banjir. Haha.


Sampai kat kedai aku terpaksa langkah ke tempat pemandu n keluar terus langkah kat koridor kedai tu. Selamat la aku tak kena air sebab koridor tu tinggi.


Sempat lagi aku amik beberapa keping gambar buat kenangan. Hehe.




Monday, November 25, 2013

Tin susu paling legend.

Assalaamualaikum...

Dah seminggu tak update apa2 cerita kat blog ni kan. Maklumlah bercuti kat kampung memang banyak kekangan terutamanya coverage broadband. Sejak dulu lagi tenet kat umah tak berapa bagus sebab kampung aku ni agak pedalaman sikit. Cuma sekarang ni dah ada sikit kemajuan yang agak membanggakan jugak la. Dah ada highway uollz. Hehe.

Masa mula2 sampai umah hari tu kan, ternampak sesuatu yang paling legend kat umah. Jadi timbul idea nak share kat sini. Sekurang2nya nanti boleh la anak cucu aku baca. Hehe.

Mak aku ni bila masuk bab jaga barang memang tip top la. Dia akan jaga barang tu sebaik mungkin. Selagi boleh guna dia akan guna. Contohnya macam tin susu ni, mak aku simpan sampai sekarang tau.


Kalau uollz nak tau, ni la susu yang aku n kembar aku minum masa kecik2 dulu. Mak aku cakap masa tu kitaorang umur 4 tahun. Kiranya usia tin ni dah cecah 22 tahun. Sebab tu dah berkarat. Hehe.


Ada 6 bijik semua kat umah. Dulu2 mak aku buat tempat simpan muruku masa time nak raya. Sekarang ni plak mak aku simpan gula sekilo kat dalam tu. 


Setiap bulan memang ayah aku akan beli banyak2 gula kat kilang buat stok. Kalau beli kat koperasi kilang dapat la murah sikit berbanding kedai runcit.

Saturday, November 16, 2013

Jamuan akhir tahun dan sambutan birthday.

Assalaamualaikum...

Syukur alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di bumi semenanjung setelah menempuh perjalanan yang sangat jauh. Syukur jugak sebab flight tak delay tadi. Huhu. Sampai kat KL hujan renyai2 je. Huh! Rindu betul suasana KL. Teringat kenangan muda2 dulu. 

Okeh. Nak update cerita malam jumaat sebenarnya. Kitaorang cikgu2 ada buat jamuan akhir tahun bersama staff sokongan. Memang best sangat. Makan sampai tak sedor diri tu dah banyak lemak. Lepas tambah, tambah. Kihkih. Tapi bukan tambah nasi, tambah lauk je. Haish! Cek nak buat lagu mana, dah makanan kat restoran tu sedap2 belaka. Cek sumbat la selagi bulih. Hehe. *nampak! jejak ja kaki cek kat semenanjung teruih tukaq loghat utagha cek tuh*

Lepas makan kitaorang sambut birthday boys n birthday girls yang lahir dari bulan Julai hingga Disember. Happening sangat. Cheese kek tu pun sedap jugak.





In sha Allah, tahun depan jumpa lagi ye. Cek nak sambung makan2 kat semenanjung plak. Rindu kat makanan feberet cek. Tadi pon dah pekena kueyteaw tomyam. Hurm....sedap sampai hirup kuah licin. Hehe.

Thursday, November 14, 2013

Cikgu dapat mainan baby dolls hari ni.

Assalaamualaikum...

Masa kat kelas tadi kan tiba2 tiga orang budak datang. "Cikgu...ni untuk cikgu. Yang ni Cikgu Asma' dan yang ni Cikgu Agnes". 


Wah!!! Dapat mainan baby doll kertas ni. Sweet sangat tau. Terimbau sekejap memori zaman kanak2 dulu. Hehe.



Disebabkan cikgu diorang sangat2 terharu, maka amik gambar sekeping dua buat kenangan. Hehe. Terima kasih ye bagi cikgu hadiah ni. Sayang kamu!!!! Muaaaaahhhh!



Masuk bilik guru je terus bagi kat kawan aku sorang satu. Diaorang pun teruja macam aku jugak. Cikgu dah besar mana main baby dolls lagi. Tapi cikgu akan simpan baik2.


Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013.

Assalaamualaikum...

Okeh fine! Laju2 update cerita semalam sebab takut tak sempat. Haha. Hari ni ada perhimpunan dan jamuan. Pastu nak siapkan keja yang belum settle lagi. Esok dah nak balik semenanjung dah. 

Syukur2 alhamdulillah selesai jugak majlis anugerah semalam. Walaupun simple je tapi tetap meriah. Aku berasa lega dan hepi sangat bila tengok hasil bimbingan aku dan kawan aku untuk tarian tradisional Melayu. Memang tak ada pengalaman pun  nak ajar tarian  ni, tapi dapat buat setakat yang mampu itu dah memadai.



Ni tugas tetap aku kat sekolah kalau ada majlis yang melibatkan pegawai dari PPD sebagai tetamu VIP. Jadi emcee untuk bahasa Malaysia. 





Aku berkecimpung dalam dunia emcee ni selepas kena jadi bidang terjun untuk majlis penangguhan pesta MSSR yang lepas. Masa tu kawan aku yang selalu jadi emcee tak dapat hadir awal sebab dia ada sambutan Cap Goh Meh. Jadi, aku pun try n error la. Tapi tak sangka la aku ada bakat terpendam tu. Haha. Ramai cikgu2 sekolah puji suara aku kuat dan sebutan BM aku jelas. Ha...lepas tu memang tak ada chance nak elak la.







Alhamdulillah tahun ni dapat anugerah guru perkhidmatan cemerlang. Terima kasih kepada kawan2 yang mengundi. In sha Allah tahun depan giliran kawan2 pulak.


Selepas majlis selesai, kami bergambar dulu sebagai tanda kenangan.


Berkahirnya majlis anugerah maknanya sesi persekolahan 2013 akan melabuhkan tirainya. In sha Allah ada umur yang panjang tahun depan berjumpa lagi. Peace no war!

Tuesday, November 12, 2013

Cerita awal pagi tadi.

Assalaamualaikum...

Pagi tadi masa tengah tunggu nak masuk kelas, guru besar ada edarkan satu nombor kepada setiap orang guru. Jadi aku pun dapat jugak nombor tu.



Lepas tu, guru besar suruh berkumpul kat dewan serbaguna sekolah bersama murid2. Bila dah semua berkumpul, guru yang bertugas pon edarkan satu borang kosong kepada setiap murid ni.



Cikgu2 plak diarahkan untuk berbaris sambil berdiri macam ni kat depan dengan mengikut susunan nombor 1 hingga 20. 




Lepas semua cikgu berkumpul, murid2 pun diminta untuk tick tiga nama guru yang diaorang suka berdasarkan nombor yang dipegang. Ekceli, nombor2 tu nak memudahkan diaorang pilih sebab ada murid yang tak tahu nama penuh cikgu2. Pastu, ada jugak yang tak reti nak eja nama cikgu2 diaorang ni.  Maklumlah, nama panjang2 belaka. 

Biasanya murid yang tak tahu tu murid tahun satu la. Diaorang kebanyakkannya tak ingat nama cikgu. Suka2 hati je panggil Cikgu PJ (bagi cikgu yang ajar pj kelas diaorang) atau Cikgu Cina (cikgu yang ajar bahasa cina). Tapi nama aku diaorang ingat sebab senang sebut. Hehe. Tiga suku kata KV je "MA-SI-HA". Untung aku sebab masa lahir dulu mak aku letak nama pendek2 dan senang disebut.

Keputusan undian tu nanti akan dikira dan diumumkan masa majlis anugerah cemerlang malam khamis ni. Aku tak harap sangat pun menang. Tapi, kalau dapat tu dikira rezeki la. Hadiahnya barang tupperware tau.

Monday, November 11, 2013

Kelas tasmik di minggu terakhir persekolahan.

Assalaamualaikum...

Ni kelas tasmik murid tahun 1 dan 2 yang terakhir bagi sesi persekolahan 2013. In sha Allah tahun hadapan kita berjumpa lagi.


* Ahmad dan Danny tengah khusyuk baca iqra'.



* alhamdulillah Fathin dah baca Al-Quran.



* Dah habis baca semua.



* salam dulu sebelum masuk kelas.


Ekceli, kelas tasmik ni digabung antara tahun 1 dan 2 sebab bilangan murid Islam di sekolah aku tak ramai. Diaorang je kalau dicampur baru 5 orang. Alhamdulillah, diaorang semua ni senang nak bentuk dan ajar sebab masih kecik. Kalau murid yang dah besar tu susah sikit. Kadang2 boleh mencabar tahap kesabaran guru. Memang betullah kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kalau dah jadi buluh memang susah dah nak lentur. Semakin dilentur nanti, patah pula jadinya. 

Sunday, November 10, 2013

Grimm : cancel ke malam ni?

Assalaamualaikum...


Masa dulu cerita Grimm ni main pukul 12 malam. Masa aku bercuti kat kampung sempat tengok 2-3 episod sebab cerita ni seminggu sekali je keluar tv. Mula2 tengok terus terpikat sebab ceritanya best n suspen. Bila balik sini aku dah tak follow sebab pukul 12 tu dah lewat. Kiranya macam pukul 1 kat semenanjung. Lagipun esok tu nak kena bangun awal sebab subuh pukul 5 pagi. Pastu takut kat sekolah mengantuk plak. Nanti cikgu ke mana, anak murid pun ke mana. Hehe.

Tapi sekarang dah tukar ke pukul 10 n habis pukul 11. Kiranya tak lewat sangat la kan aku tido. Yang kali ni tak tahu la ulangan ke atau musim baru. Aku layan je. Lagipun ada episod yang aku tak penah tengok. 

Aku ni nampak je lemah lembut gitew. Tapi tersangat minat dengan cerita2 yang thriller n suspen macam ni. Sanggup follow tiap2 minggu tau. Sorang2 plak tu. Hehe. Tapi kekadang tu, ter"miss" jugak sebab letih sangat atau mata ni terlalu mengantuk.

Malam ni pun tunggu jugak. Tapi takder pun dari tadi. Ada MyGempak plak. Haish! Ni yang geram ni. Takper2...tunggu kejap lagi. Kalau takdak p tidoq okeh!

Friday, November 8, 2013

Jamuan pra-sekolah.

Assalaamualaikum...

Pagi tadi ada jamuan akhir tahun pra sekolah. Rezeki tak putus2 sejak kelmarin. Dapat makan free. Syukur alhamdulillah !

Aku sempat amik beberapa keping gambar je. Ok la tu kan. Cukuplah sekadar tanda kenang kenangan.Tapi gambar sendiri tak der sebab aku yang jadi photographer. Nak mintak tolong kawan pun, masing2 sibuk makan. Rasa macam mengganggu plak. So, ini je la yang mampu. Huhu.







Terima kasih kepada cikgu pra n ppm sebab bertungkus lumus menempah semua makanan ni. Memang sedap la. 

Thursday, November 7, 2013

Berat badan naik semasa cuti sekolah.

Assalaamualaikum...

Lagi seminggu nak cuti sekolah. Yeppppee! Cuti lama tu. Sebulan dua minggu. Jumaat minggu depan nak balik dah. Eee...tak sabor rasanya.

Okeh..berbalik pada tajuk entri kali ni. Bila cuti sekolah je mesti aku banyak makan. Bukan ala kadar, tapi banyak2 kadar makanan tu. Terutamanya makanan feberet aku. Tak pikir dah risiko lepas tu. Paham2 je la ye bila makan banyak ni apa akan terjadi. Hehe.

Aku ni memang hantu bihun sup. Bihun sup utara yang menjadi pilihan. Kan aku orang Kedah. Hehe. Apa yang best bihun sup ni? Meh sikit nak story. Bihun sup ni yang bestnya kat kuah tu. Dia guna daging n tulang. Memang sedap la nak dibandingkan dengan sup ayam. Pastu letak cabai tu banyak2 dalam kuah. Pergh! Tak toleh kiri kanan dah.


Ni ABC poojaan hati aku. Aku makan kat Pekan Rabu. Ada banyak2 gerai kat bawah tu. Wajib minum ni setiap kali p Aloq Staq. 


Yeah! Mocha in the car. Haha. Memang sodap sehingga menjilat straw uollz. Hehe.



Ni menu wajib aku tiap kali balik semenanjung. Dapat pekena satu atau dua pinggan dah ok. Dulu masa study kat UM, aku selalu makan kat Setapak KL. Memang charkueyteaw kat situ terbaekkk. Sapa2 yang dok area KL wajib pegi. Pelanggan pun tak penah putus. Sanggup diaorang berbaris panjang semata-mata nak makan charkueyteaw je. Kat situ guna sistem "first come first serve". Jadi, kita takkan sakit hati bila order lambat sampai atau orang yang sampai kemudian dapat dulu. Selain tu jugak, kita boleh order ikut saiz yang kita nak. Ada small, medium n large. Pilih nak yang mana. Saiz macam aku ni medium pun dah kenyang alhamdulillah. Hehe.


Lepas aku habis study, aku selalu pegi makan kat Ghani Charkueyteaw di Pekan Kuala Nerang plak. Setiap kali balik kampung mesti pegi. Selagi tak pegi makan, selagi tu la aku dok ajak family teman. 

Disebabkan aku tak control makan masa tu, jadi berat badan aku pun semakin bertambah. Setakat 1 kg tu memang tak kisah sangat. Ni 3 kg dalam sebulan korang tau. Tu la akibat makan ikut nafsu. Ish..ish. Korang jangan buat macam ni ye. Seksa jiwa raga tau nak singkirkan balik lemak 3 kg tu. Tak berjaya sampai sekarang. Huhu.

Harap2 cuti tahun ni aku dapat maintain berat aku. Walaupun tak dapat nak turunkan balik, tapi tak bertambah tu dah bersyukur sangat. Tapi risau gak ni sebab banyak kenduri kawen. Kalau kenduri kawen mesti ada banyak makanan kan. Dapat makan free plak tu. Saper yang tak nak.

Tuesday, November 5, 2013

Nasi lemak di pagi hari.

Assalaamualaikum...

Pagi2 lagi aku dah gigihkan diri pegi tamu tau demi mencari sesuap nasi. Seawal jam 6.30 pagi tu. Kau hader buat macam tu? Memang lojik la kan kol 6.30 tu. Sini matahari keluar awal. Gelap pun awal. Subuh pukul 5 n maghrib lak pukul 6.15 petang.

Kesnya sebab stok ikan n sayur dalam peti dah habis. Tu yang terpaksa berkorban jiwa raga keluar pagi2 walaupun hari cuti ni. Kalau tak beli sayur n ikan, alamatnya makan nasi putih yang suci murni tu je la. Sambil2 tu boleh la beli nasi lemak ke, kuih ke untuk sarapan ye dok. Hehe.

Haish...mukaddimahnya panjang bebenor. Yang nak ceritanya pasal nasi lemak je. Ekeleh...nasi lemak je pun. Tu pun nak kecoh2 kat sini ke. Sat..sat. Mai tengok sikit nasi lemak kat sini (Sarawak) macam mana. 


Ha!! Nampak..nampak...lain kan. Kena cerita gak kat sini buat tatapan anak, cucu, cicit aku nanti. Huahua. Masa mula2 aku sampai Sarawak tahun lepas, terkejut tau bila tengok nasi lemak macam ni. Rasa macam pelik je bungkus dengan plastik putih tu. Kat semenanjung kan lain. Plastik tu just bungkus bahagian dalam je. Kat luar bungkus plak dengan surat kabor. Ataupun dengan daun pisang n surat kabor je. Canggih sikit guna kertas licin warna koko tu kan.


Yang aku beli tadi ada sikit daun pisang selapis. Tapi kat luar tu tetap jugak bungkus dengan plastik. So, boleh nampak nasi, sambal n telur kat dalam tu. 

Cerita cerita jugak. Jangan lupa wish tahun baru ni. Okeh la...dikesempatan ini aku nak ucapkan salam maal hijrah 1435H. Sedor tak sedor dah masuk tahun baru dah kita ni ye. Semoga di tahun baru ni rezeki semakin bertambah2 n diberkati Allah. Amin~

**nota kaki : tamu tu means pasar ye. Atau omputeh kata market. Hehe.

Saturday, November 2, 2013

Rindu zaman study dulu.

Assalaamualaikum...

Masa study sibuk nak keja. Bila dah keja, sibuk plak nak balik zaman study dulu. *haish..aku ni kan tak bersyukur ke dengan kehidupan sekarang*. Bukan tak bersyukur, cuma rindu plak nak macam dulu2. Masa masih muda remaja lagi tu.


Masa bergelar student dulu, tanggungjawab tu tak banyak sangat berbanding sekarang ni. Setakat belajar sungguh2 n dapatkan result yang baik. Itu je walaupun kadang2 stress jugak. Tapi tu tak der hal la. 

Bila dah keja ni, tanggungjawab dah semakin berat. Mendidik bukan suatu perkara yang mudah. Hari2 kena hadap kerenah diaorang. Kalau tak control emosi silap hari bulan boleh dapat darah tinggi tau. Nauzubillah!

Lepas tu tak perlu nak pikir hutang. Bayar bil itu la..ini la. Tapi sekarang bila dah keja semua tu nak kena pikir. Belum kira lagi yang dah ada keluarga. Banyak benda nak kena bayar. Faham2 sendiri la ye. Huhu. Kalau bujang macam aku tak per sikit. Pikir bayar hutang ptptn, bayar bil2 yang ciput tu, bayar sewa umah n bagi duit belanja kat mak ayah je.


Dulu kan, tengah buat esaimen pun masih boleh amik gambar bagai. Muka pun ceria je. Berseri-seri lagi. Buat keja sambil santai2 bawah pokok. Tak der stress langsung.


Kalau nasib baik hari tu dapat makan free ler. Selamat duit poket untuk makan tengah hari. Student lagi kan masa tu. Mesti la kena berjimat cermat. Pastu, kena jugak rebut peluang yang ada. Kihkih!


Bila ada masa terluang, aku n kawan2 akan berkayak kat tasik varsiti. Alaa...tak pro mana pun. Kayak tu pun sat ke kanan, sat ke kiri. Main hentam je!


Masa ni kawan aku yang jadi partner. Kembar aku tengah tunggu nak konvo kat kampung. Kalau dia adapun, bukannya berani nak naik. Hehe.


Rasa macam nak habiskan duit sikit, kitaorang pegi main boling. Heaven tau masa ni. Siap gelakkan kawan2 bila bola masuk longkang. Haha! Eleh...macam la aku punya bola tak penah masuk longkang. Boleh kerat jari la...


Ehem..bila nak exam, duduk dalam bilik senyap2. Kena pulun study la masa study week tu sebab hari lain banyak main. Hehe. Masa ni la sibuk tukar2 soklan spot. Untung nasib naik la soalan tu. Kalau tak, pandai2 la kelentong.

Tapi tu dulu la. Masa aku masih study kat UM lagi. Banyak perkara yang happening berlaku daripada perkara2 yang sedih. Ada kawan2 nak lepak. Hujung minggu outing ramai2 kat mid valley. Malam2 plak bawak potluck maggie ke, biskut ke, air milo ke. Makan ramai2 sambil tengok movie. Tak pun sembang2 kosong. 

Kalau la ada doraemon..nak je mintak alat yang boleh balik ke zaman dulu2. Hehe.

Thursday, October 31, 2013

Kursus dalaman DSKP PJ tahun 4.

Assalaamualaikum...

Masa : petang tadi.
Lokasi kejadian : SJK (C) Chung Hua Marudi.
Aktiviti : Amali pendidikan jasmani.