Thursday, September 27, 2012

[Entri bergambar] Anak murid cikgu@ustazah.

 murid PI : NUR sedang khusyuk membuat latihan


 Danny Tang & Nicholas yg cute!


 Danny Tan & Nur Fazureen...


Andrias, Ricky & Nicholas yg suka main dlm kelas...hermmmm!!

Wednesday, September 26, 2012

Itu...Cikgu Stand Up punya..!!!

Assalaamualaikum...hai guys!

Pagi td aku ada kelas LINUS jam 7.20 pg selama satu jam. Sebelum tu aku ada kelas bimbingan utk LINUS jugak. Lepas habis kelas awal pagi tu aku saja rehat2kan diri aku ni. Mana tak. Pagi2 terpaksa hadapi kerenah diaorang yang macam2 tu. hermmmm...

Sambil aku rehat2 tu, layan ngantuks budak2 LINUS aku masuk sorang demi sorang. Aku still relax2 lg. Nak bagi diaorang cool bah. Kalo terus belajar, nnti diaorg tunjuk fiil taknak belajar. Nak main. Ke sana sini ukur keluasan kelas tu. Pada masa yang sama aku ajak jgk dioarg borak2 dulu. Pada masa tu ternampak la sorang budak ni keluarkan pensil dan tunjuk kat kwn2 dia. Kununnya nak tayang pencil case dan pensil la. Tetiba ada sorg lagi budak jerit. Eh!!! Itu pensil cikgu. Aku tanya, cikgu apa. Diaorang kata, itu...itu...(budak tu telor nak ckp BM) pensil CIKGU STEM UP! Ha!!!!!!!! Ternganga aku u olls. Aku ulang tanya lg. Nak make sure betul ka apa yang aku dengar. Banyak kali gak aku tanya. Lastly aku dpt tangkap apa yang diaorg sebut. Rupa2nya..."Stand Up". Hehe..Pastu lak, diaorang siap bangun sambil kata "stand up, good morning teacher!!!" dengan penuh semangat wooo...

Diaorang ckp itu pensil CIKGU STAND UP. Ketawa aku dibuatnya. Ye la. Seingat aku mana ada cikgu nama mcm tu u olls. Aku pon amik la pensil tu dan belek membelek kat pensil tu. Maka terjumpa la sticker nama "CHONG"...Oh...rupa2nya CIKGU CHONG HUI NA. Memang patut la diaorang ckp Cikgu Stem Up. Cikgu tu ajar english dlm kelas diaorang...hehe. Macam2 la budak2 aku ni. Klo nakal tu, boleh pening cikgu. Skali kluar aksi mcm pg td, ketawa2 cikgu. So sweet!!!!

Monday, September 24, 2012

Ujian saringan LINUS 3

Assalaamualaikum...

Hai u olls...ni hao ma? Hehe. Aisemen..tetiba terkeluar bhs cina. Sori ek. Tak disengajakan.

Ok guyz...hari ni aku kena buat ujian saringan membaca utk budak2 kelas LINUS. Maksudnya kelas yg aku ajar tiap hari isnin,selasa dan rabu tu. Ada 7 org murid semuanya yg boleh dikatakan tersangatlah nakal dan aktif. Naik pening kpla  aku tau nak control diaorang semua ni. Sampai satu tahap aku rasa mcm nak pitam u olls.

Masuk je kelas aku buat spot check dulu. Kasi baju diaorang kemas2. Almaklumlah baru lps rehat. Baju serebeh sana sini. Kotor tu usah kira la. Itu satu kemestian kot. Aku kasi diaorg relax2 dulu. Pastu baru aku 'sental' otak diaorg dgn ilmu membaca dan mengeja. Hehe. Tapi hari ni aku tak ngajar diaorg mcm biasa sbb kena buat ujian saringan membaca (baru nak masuk tajuk *sigh)..hehe.

Empat org pertama yg aku test, alhamdulillah...melepasi konstruk 1 dan 2. Aku apa lagi. Puji melambung  diaorg tu. Bangga aku dgn budak2 4 org tu yg asalnya ABC pun lintang pukang,tp skrg dah boleh sebut sampai suku kata terbuka KV. Aku tersangat gumbira n senang hati oooo...Thn dpn mungkin 4 org ni dah tak masuk kategori LINUS tegar. Berbaloi jugak usaha aku selama ini. Hehe.

Tp pada masa yg sama ada jgk yg tak boleh nak kuasai suku kata. ABC pun masih kurang mahir. Banyak kali jugak aku ajar td. Berulang kali aku mintak diaorg sebut. Tp still lupa 1-2 huruf. Aiyakkk!!! Nampaknya aku kena usaha gigih lagi. Ajar berulang kali sampai diaorg dapat. Go..go..caiyok!!!

Thursday, September 20, 2012

Cikgu Masiha jadi raksasa!!!

Assalaamualaikum guyz...good morning!

Korang baca tajuk entri aku tak rasa gerun ke? Hahaha. Tak perlu gerun la kan. Walaupun aku tah bertukar jadi raksasa,tp still ayu comel2 gitu kan..haha. Boleh blah! Masuk bakul angkat sendiri.

Alkisahnya begini u all...setiap pg aku ada program anak angkat. Kelas bimbingan untuk budak2 linus. Tak ramai pon budaknya. Tp, kerenah tu terrrrrlalu banyak u all. Setiap hari mesti aku tension. Cam mana la nak buat diorang dengar ckp cikgu diaorang nih. Hermmmm....

Pagi tadi aku terpaksa bertempik lagi. Diaorang tak nak dengar arahan aku. Mintak bukak buku pun boleh ambil masa berminit-minit. Mana tak hangin. Aku bercakap, diaorang pun bercakap. Bersemabang. Ada saja cerita yg nak bgatu kawan2. Budak kumpulan 2 ni yg ada masalah cenggini. Kumpulan 1 alhamdulillah. Dengar kata. Seawal jam 7 pagi aku dah macam tu. Naik hangin btol. Adoii...lama2 macam ni boleh cepat tua maaa.. Muka pun cepat berkedut sebab tension!!!!

Penat tu tak usah kira la. Tiap2 hari balik sekolah, mata cepat kuyu je. Kadang2 tak perlu tggu balik umah, dalam kelas pun boleh meliuk lintuk kepala aku ni. Sampai satu tahap tu dah tak larat nak buka mata wooo...dahsyat betul kan. 

Penat layan kerenah budak2. Dah nama budak tahun 1, mesti nakal. Suka berlari-lari dalam kelas. Buat bising. Main itu. Main ini. Cikgu diaorang dah tak larat u all. Tapi, nak buat macam mana, tugas aku macam tu. Walaupun penat, walaupun terpaksa jadi raksasa, tugas tetap aku jalankan seperti biasa. Mendidik memerlukan kesabaran yang sgt tinggi klo situasi murid macam ni. Alhamdulillah, aku dapat control stress aku. Kalo tidak dah lama aku masuk hospital bahagia u all. Hahaha.

Sunday, September 16, 2012

Sesi cuci mencuci blog...hehe

Asslaamualaikum...

Hai guyz...petang ni aku adakan sesi cuci mencuci blog aku nih. Dah berhabuk aih...tuan blog malaih nak mengemas..haha. Bukannya apa you all. I ni asyik dgn fesbuk n instagram jer. So, blog I ni, I malaih la nak amik peduli. Aisemen...ber'i' la plak. Nak muntah!

Ok la. Belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kat u olls semua. Alhamdulillah aku bersyukur sgt sejak merdeka shggalah skrg ni, negara tercinta kita masih aman dan makmur. Kita memang bernasib baik klo nak dibandingkan dgn negara yg bergolak skrg ni. Kita rakyat Malaysia tersangatlah beruntung kan. Kan..

So, macam mana cuti 3 hari ni. Ada yg pergi mkn angin ke? Open house raya? Ke ada yg Berpicnic dgn family. Hepi u olls ye. Hehe. U olls bercuti sakan aih. Aku lak tak bercuti sakan. Huk..huk..aku terperap dlm umah je u...buat soalan exam untuk budak2. Di samping tu nak jg kulit muka spy tak sunburn. Hahaha. Bukan puteri lilin beb. Ni kes xde geng yg boleh ber'foya-foya' mcm zmn belajar dulu. Kitaorang dah tercampak jauh2 di bumi borneo ni. Bukan senang nak kumpul skali. Perlu naik belon bah. Dah tu tiket belon mahal lak. Adoooiii...alamatnya tggu cuti sekolah nanti la baru kitaorg berkumpul. Berfoya-foya sepuasnya! Yeah!!!


Monday, September 3, 2012

Prihatin jugak anak murid aku nih...!!!

Asslaamualaikum...hai guyzzz..

Hari ni aku betul2 tak der tenaga. Takder mood nak hepi2 sbb aku diserang selesema yg dahsyat. Ini kali pertama aku kena sepanjang aku di Sarawak. Uiiissshh..naik rimas aku dibuatnya.

Aku masuk ngajar pun tak bermaya je. Tak larat ooo...siap pesan sama student jgn bising, cikgu tak sihat. Kena bg warning la sbb budak2 aku terlalu rajin tawaf dlm kelas. Naik pening aku dok larang diaorg jgn bising. Maklumlah budak2 thn satu memang ingat nak main je.

Yang buat aku terharu tu, dlm 7 org student aku, ada sorang yg agak prihatin bila aku ckp cikgu tak sihat. Dalam tangan dok wat keje lain sempat lg tanya aku tak pergi hospital ka cikgu...wah, pandai anak murid gikgu ni. Dalam hati aku puji. Nakal2 diaorg pun, hati tetap baik. Ambil berat jgk pasal cikgu diaorg walaupun cikgu diaorg ni ada skit2 denda klo diaorg wat salah. Nakal dlm kelas.

Ada sorg lg plak, terus warning kwn2 dia jgn bising sbb cikgu tak sihat. Memang aku betul2 tak larat td. Aku just bg gambar utk diaorg warna. Sape warna paling cantik cikgu kasi hadiah gula2. Semangat memang semangat, tp ada jgk yg warna cincai2. Hermmm..ank murid ckgu semua. Tak pe lah wlaupun tak cantik. Yg penting ada kesungguhan. Semoga menjadi anak yg berguna nanti.