Tuesday, August 7, 2012

Eeerrrrkkkkkk!!!

Assalaamualaikum and good morning guyz...

Sekarang ni dah jadi tabiat plak bila nak call mak, mesti kol 7 malam lebih minit-minit gitu. Maksudnya lepas berbuka+solat maghrib+baca quran la sebab time tu mak aku dah siap masak memasak. Jadi, bila aku call mak aku sempat jawab. Tak kalut-kalut kat dapur.

Pastu, dengar je suara mak aku bagi salam, "errrrrrrrrrrrkkkk". Haha. Tak senonoh betul punya anak. Mak aku gelak je. Bukannya apa, saja aku nak eksyen. Boleh la aku eksyen macam tu sebab kat Marudi berbuka awal. Jam 6.43 petang dah masuk maghrib. Itu yang best berpuasa kat sini. Puasa kejap je dah berbuka.

Then, hari lain pun sama jugak. Cuma kali ni intronya lain skit. Aku terus baca doa selepas makan. Haha. Mak aku cakap : "Ang memang la. Setiap kali talipon, mesti macam tu. Buat-buat kenyang".

Dah habis eksyen, baru aku tanya, mak masak apa. Ayah mana. Biskut raya dah buat ka. Bla...Bla...sampai la mak aku kena tamatkan perbualan. Ada je topik nak borak.

Friday, August 3, 2012

KPM bagi cuti raya

Assalaamualaikum....

Hai semua...sejak-sejak dah keje ni kan, dengar je perkataan cuti mesti sensitif ma...lagi la dah jauh di perantauan. Ada saja peluang, hati mesti tergedik-gedik nak balik kampung. Baru tadi aku dapat tahu, KPM dah keluarkan surat pekeliling bagi cuti pada hari jumaat 17hb 8 nanti. Pastu ganti pada hari sabtu 22hb 9. Wah...cikgu-cikgu sekolah dah bertepuk tangan gumbira dan senang hati kan. Dapat cuti awal satu hari. Boleh pulang kampung beraya awal sehari.

Tapi tidak bagi aku. Sebab dah beli tiket flight hari jumaat. So, kalo amik cuti pon, tak berbaloi. Bukannya boleh balik hari khamis. Kena jugak balik jumaat tu. Ermmm...Tapi, tak pe la. Yang penting balik kampung jugak. Dah lama di sini. Rindu mak ayah. Hanya telefon penyampai salam rindu. Love u mom & dad..~mood balik kg~

Thursday, August 2, 2012

Sekolah aku dekat dengan airport.

Assalaamualaikum...

Hai semua...pertama kali aku masuk mengajar di SJK Chung Hua, Marudi aku berasa lega sebab tak ada gangguan bising kenderaan-kenderaan yang lalu lalang berhampiran sekolah. Aman sikit masa mengajar. Tak sama masa aku praktikal dulu. Bangunan bilik darjah yang berdekatan jalan raya, mesti terganggu dengan bunyi bising kereta, bas, lori dan motor. Kena kuatkan suara lawan bunyi bising.

Walaupun tak ada gangguan bunyi motor, bas, lori dan kereta, tapi ada gangguan bunyi benda lain lak. Bunyi enjin MAS Wing! Tiap-tiap hari dapat dengar bunyi enjin MAS Wing sebab sekolah aku dekat dengan airport. Jadi, jarak MAS Wing dengan bumbung sekolah hanya beberapa cm je. Betul-betul hampir dengan bumbung sekolah. Dah setiap hari dengar, lama-lama aku dah biasa.


sumber google