Monday, July 30, 2012

Si kembar pun ada perbezaan tau...

Assalaamualaikum...

Hai semua...pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-10 umat Islam puasa. Kejap je masa berlalu. Lagi 2 minggu aku nak balik kampung. Horeeeeeeyyyy!!

Hati gumbira maaa...dapat jumpa mak, ayah, adik-adik, sepupu yang rapat dengan aku. Rindu mereka semua tau. Tahun ni aku kembali kepada mood anak perantau. Dulu masa aku belajar kat KL. Sekarang ni aku dah keje. Jauh di Sarawak bah...

Back to tajuk asal. Korang pernah dengar kan orang cakap si kembar ni semuanya nak sama. Kalo beza pun sikit-sikit je. Ya. Aku akui statement tu. Tapi ada jugak perkara yang berbeza. Contohnya aku dan kembar aku. Nak tau apa bezanya...

1. Buah tembikai merah :

Ha...kembar aku tak suka makan tembikai merah tau dan tak pernah makan daripada zaman kecik-kecik dulu sampai sekarang. Katanya tak sedap la. Nak muntah la. Geli la. Tapi, aku lain. Aku paling suka makan buah tembikai. Kadang-kadang bulan puasa pun aku boleh mengidam nak makan. Nampak? Beza bukan?

2. Air gas @ air bikabornat :

Kembar aku memang tak minum air bergas. Sebab mencucuk-cucuk lidah katanya. Aku ingat lagi pernah dulu kitaorang ikut pak su kitaorang pergi beraya. Masa zaman kanak-kanak dulu. Ada la sebuah rumah kawan pak su kitaorang ni, tuan rumah hidang air bergas. Tuan rumah pun hairan la tengok kembar aku tak minum. Pastu, dia ingat kembar aku tak minum perisa oren. So, dia tukar dengan perisa soda. Kembar aku tak minum jugak. Last sekali baru kembar aku bukak mulut cerita yang dia tak minum minuman bergas. Barulah tuan rumah tukar dengan air biasa. Masa tu, aku plak bantai je minum sebab lidah aku boleh terima minuman bergas. Cuma aku jarang-jarang minum sebab tak baik untuk kesihatan maaa...betul tak?

Sekarang korang dah tau kan apa bezanya aku dan kembar aku. Pasangan kembar lain yang kat luar sana tu, sama jugak ke dengan kitaorang. Ada perbezaan yang sangat ketara antara pasangan korang?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!