Saturday, November 10, 2012

Nak balik semenanjung dah...

Assalaamualaikum...

Hai guyz...pe kabor? Dah lama aku tak update entri. Malas betul!

Yeppppppeee!!! Korang nak tau, di saat ini, tika ini, aku dah kat airport Miri. Nak balik semenanjung. Maklumlah cuti sekolah dah bermula. Cekgu cekgi pun cuti jugak la. Hehe.

Tu la best jd cekgu. Cuti banyak. Tapi keje pun banyak jugak. Pagi sampai petang. Weekend pun ada datang sekolah jugak. Kelas tambahan. Itu cekgu yang ajar kelas exam je ler..huhu.

Flight aku ko 2.20 ptg. Jap g check in lugage. Weeeee...tak sabar nak sampai KL. Kawan2 aku sedang menunggu di sana. Kitaorang nak makan angin 2-3 hari di KL dulu. Baru balik kampung halaman masing2.

Sunday, October 21, 2012

Aku Insan Biasa

Assalaamualikum...

Hai guyz...skrg aku nak tnya korang...kdg2 pernah tak korang buat 'seseorang' tu terasa hati. Terasa dirinya ditipu? Serius! Korang mesti pernah jgk kan alami situasi mcm aku ni. Anyway, perkara yang dah berlaku tetap akan berlaku. Sebab aku dan korang adalah manusia lemah. Serba serbi kekurangan. Kadang2 tidak akan terlepas daripada melakukan apa saja kesilapan kan. Setuju?

Now, apa yang perlu aku ingatkan diri aku dan korang semua, setiap perkara yang berlaku, ambilah iktibar. Jadikan pengajaran dalam hidup kita. Apa yang kita rasa perlu ubah, kita ubah. Asalkan ia perubahan ke arah yang lebih baik. Hope kita akan menjadi manusia yang lebih baik pd masa akan datang. If kita buat salah kat orang atau orang terasa dengan perlakuan kita yang tak disengajakan tu, eloklah terus mintak maaf. Even benda tu melibatkan hal remeh temeh, apatah lg hal yang besar2 kan.

Sekian saja untuk kali ni. Babai!


Friday, October 19, 2012

Seminggu baru sampai

Asslaamualaikum...

Hai guyz..untuk pengetahuan korang, Marudi (tempat aku dipostingkan) tersangatlah jauh dari bandar. Nak kuar ke bandar amik masa satu jam lbh kalo ikut jln darat. Pakai belon 15 minit je dh sampai. Hehe. See! Jauh kan?

Dah pekan jauh dari bandar, maknanya kalo nak buat urusan pos mengepos ni pon akan amik masa yang lama jgk sama ada pakai pos ekspres atau pos laju. Serius! Kali ni dah 3 kali aku buat urusan pos mengepos ni. Bukan aku yang pos la, org yg pos brg kat aku. Almaklumlah, dah keje ni, pantang tgk barang yg menarik skit kat fesbuk, mesti mau angkat satu lor. Hahaha.

Anyway, yang penting barang yg aku order tu sampai walaupon amik masa seminggu nak sampai. Naik bukit, turun bukit. Menyeberangi sungai. Last skali baru sampai di pejabat pos Marudi. Haha. *just joke oke!


Entri boring

Assalaamualaikum..

Hai guyz..korang ada bc tajuk entri aku. Serius! Aku tengah boring sekarang. Sepatutnya aku sibuk kan macam cikgu2 yg lain. Hehe...gedix lak!

Ekcelli aku tengah tunggu nak masuk kelas. Lebih kurang lagi 10 minit lagi. Sekarang aku main2 fesbuk. Pastu teringin nak jenguk blog. Edit skit template. Kasi comel2 gitu. Hehe.

Emmmm...takder benda dah aku nak berleter kat sini. Minggu depan dah mula exam. Hope budak2 aku dapat jawab soklan yang aku buat tu. Amin...k babai!

Thursday, September 27, 2012

[Entri bergambar] Anak murid cikgu@ustazah.

 murid PI : NUR sedang khusyuk membuat latihan


 Danny Tang & Nicholas yg cute!


 Danny Tan & Nur Fazureen...


Andrias, Ricky & Nicholas yg suka main dlm kelas...hermmmm!!

Wednesday, September 26, 2012

Itu...Cikgu Stand Up punya..!!!

Assalaamualaikum...hai guys!

Pagi td aku ada kelas LINUS jam 7.20 pg selama satu jam. Sebelum tu aku ada kelas bimbingan utk LINUS jugak. Lepas habis kelas awal pagi tu aku saja rehat2kan diri aku ni. Mana tak. Pagi2 terpaksa hadapi kerenah diaorang yang macam2 tu. hermmmm...

Sambil aku rehat2 tu, layan ngantuks budak2 LINUS aku masuk sorang demi sorang. Aku still relax2 lg. Nak bagi diaorang cool bah. Kalo terus belajar, nnti diaorg tunjuk fiil taknak belajar. Nak main. Ke sana sini ukur keluasan kelas tu. Pada masa yang sama aku ajak jgk dioarg borak2 dulu. Pada masa tu ternampak la sorang budak ni keluarkan pensil dan tunjuk kat kwn2 dia. Kununnya nak tayang pencil case dan pensil la. Tetiba ada sorg lagi budak jerit. Eh!!! Itu pensil cikgu. Aku tanya, cikgu apa. Diaorang kata, itu...itu...(budak tu telor nak ckp BM) pensil CIKGU STEM UP! Ha!!!!!!!! Ternganga aku u olls. Aku ulang tanya lg. Nak make sure betul ka apa yang aku dengar. Banyak kali gak aku tanya. Lastly aku dpt tangkap apa yang diaorg sebut. Rupa2nya..."Stand Up". Hehe..Pastu lak, diaorang siap bangun sambil kata "stand up, good morning teacher!!!" dengan penuh semangat wooo...

Diaorang ckp itu pensil CIKGU STAND UP. Ketawa aku dibuatnya. Ye la. Seingat aku mana ada cikgu nama mcm tu u olls. Aku pon amik la pensil tu dan belek membelek kat pensil tu. Maka terjumpa la sticker nama "CHONG"...Oh...rupa2nya CIKGU CHONG HUI NA. Memang patut la diaorang ckp Cikgu Stem Up. Cikgu tu ajar english dlm kelas diaorang...hehe. Macam2 la budak2 aku ni. Klo nakal tu, boleh pening cikgu. Skali kluar aksi mcm pg td, ketawa2 cikgu. So sweet!!!!

Monday, September 24, 2012

Ujian saringan LINUS 3

Assalaamualaikum...

Hai u olls...ni hao ma? Hehe. Aisemen..tetiba terkeluar bhs cina. Sori ek. Tak disengajakan.

Ok guyz...hari ni aku kena buat ujian saringan membaca utk budak2 kelas LINUS. Maksudnya kelas yg aku ajar tiap hari isnin,selasa dan rabu tu. Ada 7 org murid semuanya yg boleh dikatakan tersangatlah nakal dan aktif. Naik pening kpla  aku tau nak control diaorang semua ni. Sampai satu tahap aku rasa mcm nak pitam u olls.

Masuk je kelas aku buat spot check dulu. Kasi baju diaorang kemas2. Almaklumlah baru lps rehat. Baju serebeh sana sini. Kotor tu usah kira la. Itu satu kemestian kot. Aku kasi diaorg relax2 dulu. Pastu baru aku 'sental' otak diaorg dgn ilmu membaca dan mengeja. Hehe. Tapi hari ni aku tak ngajar diaorg mcm biasa sbb kena buat ujian saringan membaca (baru nak masuk tajuk *sigh)..hehe.

Empat org pertama yg aku test, alhamdulillah...melepasi konstruk 1 dan 2. Aku apa lagi. Puji melambung  diaorg tu. Bangga aku dgn budak2 4 org tu yg asalnya ABC pun lintang pukang,tp skrg dah boleh sebut sampai suku kata terbuka KV. Aku tersangat gumbira n senang hati oooo...Thn dpn mungkin 4 org ni dah tak masuk kategori LINUS tegar. Berbaloi jugak usaha aku selama ini. Hehe.

Tp pada masa yg sama ada jgk yg tak boleh nak kuasai suku kata. ABC pun masih kurang mahir. Banyak kali jugak aku ajar td. Berulang kali aku mintak diaorg sebut. Tp still lupa 1-2 huruf. Aiyakkk!!! Nampaknya aku kena usaha gigih lagi. Ajar berulang kali sampai diaorg dapat. Go..go..caiyok!!!

Thursday, September 20, 2012

Cikgu Masiha jadi raksasa!!!

Assalaamualaikum guyz...good morning!

Korang baca tajuk entri aku tak rasa gerun ke? Hahaha. Tak perlu gerun la kan. Walaupun aku tah bertukar jadi raksasa,tp still ayu comel2 gitu kan..haha. Boleh blah! Masuk bakul angkat sendiri.

Alkisahnya begini u all...setiap pg aku ada program anak angkat. Kelas bimbingan untuk budak2 linus. Tak ramai pon budaknya. Tp, kerenah tu terrrrrlalu banyak u all. Setiap hari mesti aku tension. Cam mana la nak buat diorang dengar ckp cikgu diaorang nih. Hermmmm....

Pagi tadi aku terpaksa bertempik lagi. Diaorang tak nak dengar arahan aku. Mintak bukak buku pun boleh ambil masa berminit-minit. Mana tak hangin. Aku bercakap, diaorang pun bercakap. Bersemabang. Ada saja cerita yg nak bgatu kawan2. Budak kumpulan 2 ni yg ada masalah cenggini. Kumpulan 1 alhamdulillah. Dengar kata. Seawal jam 7 pagi aku dah macam tu. Naik hangin btol. Adoii...lama2 macam ni boleh cepat tua maaa.. Muka pun cepat berkedut sebab tension!!!!

Penat tu tak usah kira la. Tiap2 hari balik sekolah, mata cepat kuyu je. Kadang2 tak perlu tggu balik umah, dalam kelas pun boleh meliuk lintuk kepala aku ni. Sampai satu tahap tu dah tak larat nak buka mata wooo...dahsyat betul kan. 

Penat layan kerenah budak2. Dah nama budak tahun 1, mesti nakal. Suka berlari-lari dalam kelas. Buat bising. Main itu. Main ini. Cikgu diaorang dah tak larat u all. Tapi, nak buat macam mana, tugas aku macam tu. Walaupun penat, walaupun terpaksa jadi raksasa, tugas tetap aku jalankan seperti biasa. Mendidik memerlukan kesabaran yang sgt tinggi klo situasi murid macam ni. Alhamdulillah, aku dapat control stress aku. Kalo tidak dah lama aku masuk hospital bahagia u all. Hahaha.

Sunday, September 16, 2012

Sesi cuci mencuci blog...hehe

Asslaamualaikum...

Hai guyz...petang ni aku adakan sesi cuci mencuci blog aku nih. Dah berhabuk aih...tuan blog malaih nak mengemas..haha. Bukannya apa you all. I ni asyik dgn fesbuk n instagram jer. So, blog I ni, I malaih la nak amik peduli. Aisemen...ber'i' la plak. Nak muntah!

Ok la. Belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kat u olls semua. Alhamdulillah aku bersyukur sgt sejak merdeka shggalah skrg ni, negara tercinta kita masih aman dan makmur. Kita memang bernasib baik klo nak dibandingkan dgn negara yg bergolak skrg ni. Kita rakyat Malaysia tersangatlah beruntung kan. Kan..

So, macam mana cuti 3 hari ni. Ada yg pergi mkn angin ke? Open house raya? Ke ada yg Berpicnic dgn family. Hepi u olls ye. Hehe. U olls bercuti sakan aih. Aku lak tak bercuti sakan. Huk..huk..aku terperap dlm umah je u...buat soalan exam untuk budak2. Di samping tu nak jg kulit muka spy tak sunburn. Hahaha. Bukan puteri lilin beb. Ni kes xde geng yg boleh ber'foya-foya' mcm zmn belajar dulu. Kitaorang dah tercampak jauh2 di bumi borneo ni. Bukan senang nak kumpul skali. Perlu naik belon bah. Dah tu tiket belon mahal lak. Adoooiii...alamatnya tggu cuti sekolah nanti la baru kitaorg berkumpul. Berfoya-foya sepuasnya! Yeah!!!


Monday, September 3, 2012

Prihatin jugak anak murid aku nih...!!!

Asslaamualaikum...hai guyzzz..

Hari ni aku betul2 tak der tenaga. Takder mood nak hepi2 sbb aku diserang selesema yg dahsyat. Ini kali pertama aku kena sepanjang aku di Sarawak. Uiiissshh..naik rimas aku dibuatnya.

Aku masuk ngajar pun tak bermaya je. Tak larat ooo...siap pesan sama student jgn bising, cikgu tak sihat. Kena bg warning la sbb budak2 aku terlalu rajin tawaf dlm kelas. Naik pening aku dok larang diaorg jgn bising. Maklumlah budak2 thn satu memang ingat nak main je.

Yang buat aku terharu tu, dlm 7 org student aku, ada sorang yg agak prihatin bila aku ckp cikgu tak sihat. Dalam tangan dok wat keje lain sempat lg tanya aku tak pergi hospital ka cikgu...wah, pandai anak murid gikgu ni. Dalam hati aku puji. Nakal2 diaorg pun, hati tetap baik. Ambil berat jgk pasal cikgu diaorg walaupun cikgu diaorg ni ada skit2 denda klo diaorg wat salah. Nakal dlm kelas.

Ada sorg lg plak, terus warning kwn2 dia jgn bising sbb cikgu tak sihat. Memang aku betul2 tak larat td. Aku just bg gambar utk diaorg warna. Sape warna paling cantik cikgu kasi hadiah gula2. Semangat memang semangat, tp ada jgk yg warna cincai2. Hermmm..ank murid ckgu semua. Tak pe lah wlaupun tak cantik. Yg penting ada kesungguhan. Semoga menjadi anak yg berguna nanti.

Tuesday, August 7, 2012

Eeerrrrkkkkkk!!!

Assalaamualaikum and good morning guyz...

Sekarang ni dah jadi tabiat plak bila nak call mak, mesti kol 7 malam lebih minit-minit gitu. Maksudnya lepas berbuka+solat maghrib+baca quran la sebab time tu mak aku dah siap masak memasak. Jadi, bila aku call mak aku sempat jawab. Tak kalut-kalut kat dapur.

Pastu, dengar je suara mak aku bagi salam, "errrrrrrrrrrrkkkk". Haha. Tak senonoh betul punya anak. Mak aku gelak je. Bukannya apa, saja aku nak eksyen. Boleh la aku eksyen macam tu sebab kat Marudi berbuka awal. Jam 6.43 petang dah masuk maghrib. Itu yang best berpuasa kat sini. Puasa kejap je dah berbuka.

Then, hari lain pun sama jugak. Cuma kali ni intronya lain skit. Aku terus baca doa selepas makan. Haha. Mak aku cakap : "Ang memang la. Setiap kali talipon, mesti macam tu. Buat-buat kenyang".

Dah habis eksyen, baru aku tanya, mak masak apa. Ayah mana. Biskut raya dah buat ka. Bla...Bla...sampai la mak aku kena tamatkan perbualan. Ada je topik nak borak.

Friday, August 3, 2012

KPM bagi cuti raya

Assalaamualaikum....

Hai semua...sejak-sejak dah keje ni kan, dengar je perkataan cuti mesti sensitif ma...lagi la dah jauh di perantauan. Ada saja peluang, hati mesti tergedik-gedik nak balik kampung. Baru tadi aku dapat tahu, KPM dah keluarkan surat pekeliling bagi cuti pada hari jumaat 17hb 8 nanti. Pastu ganti pada hari sabtu 22hb 9. Wah...cikgu-cikgu sekolah dah bertepuk tangan gumbira dan senang hati kan. Dapat cuti awal satu hari. Boleh pulang kampung beraya awal sehari.

Tapi tidak bagi aku. Sebab dah beli tiket flight hari jumaat. So, kalo amik cuti pon, tak berbaloi. Bukannya boleh balik hari khamis. Kena jugak balik jumaat tu. Ermmm...Tapi, tak pe la. Yang penting balik kampung jugak. Dah lama di sini. Rindu mak ayah. Hanya telefon penyampai salam rindu. Love u mom & dad..~mood balik kg~

Thursday, August 2, 2012

Sekolah aku dekat dengan airport.

Assalaamualaikum...

Hai semua...pertama kali aku masuk mengajar di SJK Chung Hua, Marudi aku berasa lega sebab tak ada gangguan bising kenderaan-kenderaan yang lalu lalang berhampiran sekolah. Aman sikit masa mengajar. Tak sama masa aku praktikal dulu. Bangunan bilik darjah yang berdekatan jalan raya, mesti terganggu dengan bunyi bising kereta, bas, lori dan motor. Kena kuatkan suara lawan bunyi bising.

Walaupun tak ada gangguan bunyi motor, bas, lori dan kereta, tapi ada gangguan bunyi benda lain lak. Bunyi enjin MAS Wing! Tiap-tiap hari dapat dengar bunyi enjin MAS Wing sebab sekolah aku dekat dengan airport. Jadi, jarak MAS Wing dengan bumbung sekolah hanya beberapa cm je. Betul-betul hampir dengan bumbung sekolah. Dah setiap hari dengar, lama-lama aku dah biasa.


sumber google

Monday, July 30, 2012

Si kembar pun ada perbezaan tau...

Assalaamualaikum...

Hai semua...pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-10 umat Islam puasa. Kejap je masa berlalu. Lagi 2 minggu aku nak balik kampung. Horeeeeeeyyyy!!

Hati gumbira maaa...dapat jumpa mak, ayah, adik-adik, sepupu yang rapat dengan aku. Rindu mereka semua tau. Tahun ni aku kembali kepada mood anak perantau. Dulu masa aku belajar kat KL. Sekarang ni aku dah keje. Jauh di Sarawak bah...

Back to tajuk asal. Korang pernah dengar kan orang cakap si kembar ni semuanya nak sama. Kalo beza pun sikit-sikit je. Ya. Aku akui statement tu. Tapi ada jugak perkara yang berbeza. Contohnya aku dan kembar aku. Nak tau apa bezanya...

1. Buah tembikai merah :

Ha...kembar aku tak suka makan tembikai merah tau dan tak pernah makan daripada zaman kecik-kecik dulu sampai sekarang. Katanya tak sedap la. Nak muntah la. Geli la. Tapi, aku lain. Aku paling suka makan buah tembikai. Kadang-kadang bulan puasa pun aku boleh mengidam nak makan. Nampak? Beza bukan?

2. Air gas @ air bikabornat :

Kembar aku memang tak minum air bergas. Sebab mencucuk-cucuk lidah katanya. Aku ingat lagi pernah dulu kitaorang ikut pak su kitaorang pergi beraya. Masa zaman kanak-kanak dulu. Ada la sebuah rumah kawan pak su kitaorang ni, tuan rumah hidang air bergas. Tuan rumah pun hairan la tengok kembar aku tak minum. Pastu, dia ingat kembar aku tak minum perisa oren. So, dia tukar dengan perisa soda. Kembar aku tak minum jugak. Last sekali baru kembar aku bukak mulut cerita yang dia tak minum minuman bergas. Barulah tuan rumah tukar dengan air biasa. Masa tu, aku plak bantai je minum sebab lidah aku boleh terima minuman bergas. Cuma aku jarang-jarang minum sebab tak baik untuk kesihatan maaa...betul tak?

Sekarang korang dah tau kan apa bezanya aku dan kembar aku. Pasangan kembar lain yang kat luar sana tu, sama jugak ke dengan kitaorang. Ada perbezaan yang sangat ketara antara pasangan korang?

Wednesday, July 18, 2012

Kelas LINUS

Assalaamualaikum...

Hai guys...sekarang ni aku agak sibuk dengan tugas seharian. Mengajar. Kelas tambahan LINUS pagi dan petang. Latihan rumah sukan. Buat bahan bantu mengajar. Hias kelas pemulihan. Wahhh!!! banyak kan. huhu.

Kadang-kadang aku pun tak tahu nak dahulukan yang mana. Banyak benda aku nak buat. Alhamdulillah bukan aku sorang je. Aku dibantu oleh sorang lagi cikgu LINUS. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kan?

Aku harap sekarang dan masa-masa akan datang aku masih mampu bertahan, mampu mengekalkan semangat berkobar-kobar aku nak buat kelas LINUS tu jadi cantik, ceria dan menarik. Yeah!!

Friday, June 29, 2012

SJK (C) Chung Hua, Marudi..tempatku menabur bakti!

Assalaamualaikum semua....

Di sinilah tempatku menabur bakti..semoga aku diberi kekuatan dan ketabahan...alhamdulillah...rakan-rakan guru di sini semua baik-baik..sporting!



bilik darjah



gelanggang bola keraanjang/ tempat perhimpunan

sudut panitia



pusat sumber


pejabat/ bilik PK1, PK HEM & PKKK



bilik guru & bilik sains dari pandangan luar



bilik guru

Thursday, June 28, 2012

"Cikgu tak ada rambut ka?"

Assalaamualaikum...

Sedar tak sedar, dah tiga minggu aku kat sini. Pada mulanya, aku ingat nak balik je. Susah nak sesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Alhamdulillah. sekarang aku dah mula membiasakan diri dengan suasana tempat baru.

Ok guys...mengajar budak-budak sekolah rendah saaaaaaaaaaaangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Lagi-lagi la kelas pemulihan. Waaaaa....banyak penat maaaa. Dalam kelas berlari-larian. Main sana. Main sini. Sikit pun diaorang tak takut aku sebagai cikgu. huhu. Kering tekak tu perkara biasa sebab banyak bercakap.

Tugas aku sekarang bertambah lagi. Aku kena mengajar kelas tambahan untuk program LINUS (pemulihan). Hari isnin dan selasa setiap minggu bermula jam 2.30 - 4.00 petang. Penat memang penat. Tapi memikirkan tanggungjawab aku sebagai pendidik. Aku ikhlaskan hati. Yang penting diaorang boleh membaca dan boleh menulis. 

Minggu ni aku mula mengajar budak-budak LINUS kumpulan satu. Nakal tu perkara biasa la. Budak-budak kan. Pastu sikit tak takut dengan aku. Aish...hairan maaa. Pada masa tu jugak, ada la sorang murid aku ni. Perempuan. Manisha namanya. Tau dia tanya apa kat aku? "Cikgu tak ada rambut ka?" amboi...!!! suka hati cakap cikgu tak ada rambut ya...aku senyum je. Aku pun jawab..."cikgu ada rambut la". hahaha. Dia tanya aku macam tu sebab aku kan pakai tudung. Mungkin dia ingat cikgu Masiha tak ada rambut kot. Kena pakai tudung sebab nak tutup kepala aku yang botak. haha. Hai....macam-macam la budak-budak ni.  

Thursday, June 14, 2012

Pengalaman pertama di Marudi, Baram.


Assalaamualaikumwarahmatullahi wa barakaatuh...
Hai guyz...jujur aku cakap memang aku tak terbayang macam mana keadaan Pekan Marudi, Baram, Sarawak bila diberitahu oleh pegawai PPD Baram yang menjemput aku dan kawan-kawan yang lain di airport Miri. 
Ketibaan.
Aku sampai di airport Miri dalam pukul 10.40 pagi. Ketika itu cuaca berbeza sekali berbanding semasa aku berlepas dari KLIA, hujan masih renyai-renyai dengan catatan suhu ketika itu 26 darjah celcius. Ketibaan aku dan kawan-kawan yang lain disambut oleh wakil PPD Baram, iaitu Cikgu Zamahri. Orangnya baik dan peramah. Kami diberi sedikit penerangan tentang PPD Baram.
Aku dimaklumkan bahawa PPD Baram terletak di Marudi iaitu pusat pentadbiran daerah Baram. Perjalanan dari Miri ke Pekan Marudi mengambil masa selama 2 jam dengan menaiki pacuan empat roda melalui jalan darat. Bayaran cuma RM40 saja. Selain itu, boleh juga menggunakan laluan udara iaiti dengan menaiki MAS Wing yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari airport Miri. Tambangnya mahal skit, dalam sekitar RM60-RM100. Kalau nak rasa naik bot menyusuri Sungai Baram, boleh guna bot ke Kuala Baram. Pastu amik teksi ke bandar Miri.
Pengalaman pertama aku melalui jalan darat sangat mencabar emosi dan fizikal aku dan kawan-kawan yang lain. Aku merasakan itulah pengalaman yang paling ekstrim yang pernah aku lalui seumur hidup aku. Perasaan aku waktu usah cakapla...bercampur baur. Takut pun ada sebab jalan berbukit yang mempunyai cerun yang sangat curam. Kalau tersilap langkah, kereta yang aku naik tu boleh terbabas jatuh ke dalam gaung. Korang boleh bayangkan macam mana perasaan aku kan. Tapi, pada masa yang sama, aku rasa best jugak. Kenapa? Sebab macam naik roller coster korang tahu. Huhu. Memang BEST!
Jangan disangka tak der sungai. Aderrrr...dua batang sungai lagi korang tahu. Nak seberang sungai ni plak, aku dan penumpang lain perlu menaiki feri. Feri? Alaaaa...feri macam kat Penang tu. Cuma yang bezanya, feri di Baram takder bumbung. Yang ada cuma lantai saja untuk mengangkut kenderaan-kenderaan tersebut. Satu feri boleh memuatkan dua biji kereta pacuan 4x4.
Selepas melepasi sebatang sungai yang terakhir, iaitu Sungai Baram, akhirnya kami pun sampai di PPD Baram. Kawan-kawan aku semuanya dah mabuk, pening-pening sebab tak biasa dengan keadaan jalan yang teruk macam tu. Nasib baik aku ok2 je. Hehe.

Thursday, May 17, 2012

"TOK PEK".


Assalaamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh…
Meh sini kakak, abang, adik, pak cik, mak cik, uncle, untie semua. Aku nak story skit. Bukan nak mengumpat ye. Jangan salah faham pulak. Just nak kongsi satu kisah tentang jiran aku ni. Sama-sama kita ambil pengajaran ye.
Ceritanya begini. Satu hari, time matahari terpacak atas kepala, kiranya tengah hari gitu, jiran aku ni datang la rumah. Nak beli minyak angin. Sambil-sambil tu bukak la cerita itu, ini. Maklumlah, adat bertandang, tak berbual tak sah la kan. Lepas satu cerita, cerita lain pulak yang keluar. Ntah bila nak habis pun tak tahu la.
Dalam dok ber’gebang’ sakan tu, keluar la cerita pasal orang gelar dia “tok pek”. Sebab apa? Sebab kaki dia “cepek”. Itu mengikut loghat orang utara. Atau dalam bahasa buku pulak, “tempang”. Kiranya macam sesi luahan perasaan la. Dia kata setiap kali orang panggil dia macam tu, dia hanya diam je. Tapi jauh di sudut hati, orang tak tahu. Kadang-kadang terasa hati juga dia. Dah nama pun manusia kan, mesti ada hati dan perasaan. Tahu rasa tersinggung, malu, sedih.
Bagi aku la kan, mungkin ada orang rasa menggelar si polan itu, ini sebagai satu perkara biasa. Sekadar gurauan barangkali. Ya. Aku akui bergurau tak salah. Sebab gurau senda boleh menceriakan hidup kita. Betul? Tapi yang salahnya kalau gurauan tu boleh melukakan hati orang lain. Kalau nak gelar orang sekalipun, berilah gelaran yang baik-baik. Yang elok-elok. Yang manis-manis dan yang sedap didengar. Cuba kita mencontohi Rasulullah SAW. Baginda menggelarkan sahabat-sahabat Baginda dengan gelaran yang baik-baik je, antaranya Saidina Umar r.a. yang digelar al-Faruq. Saidina Abu Bakar r.a. yang diberi gelaran as-Siddiq. Begitu juga dengan isteri Baginda sendiri iaitu Saidatina ‘Aisyah r.a. yang digelar ‘Humaira’ (kemerah-merahan). Malah Rasulullah SAW sendiri digelar al-Amin kerana sifatnya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah.
Itulah akhlak Rasulullah SAW yang patut kita contohi. Beri gelaran yang baik-baik je kat orang. Jangan dok gelar orang pelik-pelik. Maksudnya pun bukan baik sangat. Bertambah dosa lagi ada la. Takut tak sempat nak mintak ampun kat si polan tu. Tak aman dalam kubur nanti. Nauzubillah


Sunday, May 13, 2012

Bakat terpendam.


Assalaamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh
Bakat terpendam. Anda pernah dengar bukan. Aku pun begitu. Kenapa dikatakan bakat terpendam. Sebab bakat yang kita ada secara semulajadi tidak diasah dan ditonjolkan. Kita pendam je. Betul tak?


Kenapa begitu ye? Ok. Anda ada bakat semulajadi yang anda tahu. Sedia maklum. Tapi anda tidak mengasah bakat anda tersebut.  Tak kira la apa pun sebabnya. Malas ke, malu ke, tak semangat ke, tak reti ke dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Kalau macam ni, sampai bila pun bakat anda tu tak berkembang kan. Malah, tidak akan membawa kebaikan pun dalam hidup anda.


Aku bagi contohnya ye. Anda ada bakat melukis. Tapi tak diasah dan dikembangkan, sudah pasti ia tidak membawa keuntungan dalam hidup anda. Sedangkan, dalam tv, internet, surat khabar, majalah dan sebagainya banyak dipaparkan kejayaan demi kejayaan individu-individu yang memanfaatkan bakat yang mereka ada. Mereka boleh berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka memanfaatkan dan mengolah bakat yang sedia ada dengan kreatif selain rajin berusaha. Kata-kata pujangga pun ada menyatakan “kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”.


Ingat. Kita wajib berhati-hati juga. Pastikan kita guna bakat kita dengan cara yang baik. Kalau bakat yang kita ada, tapi menyebabkan kita berbuat dosa, tidak ada gunanya jugak. Malah, memakan diri kita sendiri. Bakat atau kelebihan kita tu dah elok-elok datang daripada Allah SWT kepada kita. Anugerah Allah SWT untuk kita. Jangan la pulak kita buat ia jadi tak elok kan.


How? Make sure iman kita teguh ye. Itu yang penting supaya anugerah Allah SWT pada kita tidak akan sia-sia begitu sahaja. Malah, ia memberi kebaikan dan manfaat untuk diri kita sendiri serta orang lain. Wallahu a’lam

Thursday, January 5, 2012

The flowers

Salam semua...
lama kot dah tak buat entri baru dalam blog ni. hari ni baru ada chance nak tgk fb dan blog. belom terlambat lagi rasannya nak ucap Happy New Year 2012 buat anda semua. hehe.
Jom layan bunga-bunga yang cun ni...ting!