Thursday, June 23, 2011

Tin minuman bukan hanya untuk recycle!!!

Assalaamualaikum...salam adik, kakak dan abang sekalian. Syukur masih bernyawa sekarang. Dan syukur jugak sebab berjaya mengharungi minggu kedua mengajar kat sekolah. Minggu ni tiba2 terasa masa cepat berlalu. Tapi nerves still ada tiap kali nak datang sekolah and sebelum masuk kelas. Bila dah lepas ngajar, nerves ntah melayang ke mana...terasa lega...macam sekarang. Sebab tu ada masa nak merapu-rapu kat blog ni. hehehe -,- sekali lagi diingatkan. Tiada paksaan daripada mana2 pihak untuk membaca entri dalam blog ni. Sebab tu blog aku tak ramai yang follow (ayat merendah diri..hehe).

Balik kepada tajuk entri. Aku nak cakap kat sini yang tin minuman buka sajer dibuat untuk isi air jer. Banyak kegunaannya. Antaranya, boleh buat tabung, boleh buat pasu bunga. Macam mana tu? Apa susah, amik pisau, kerat tin tu separuh. Pastu tanam pokok-pokok hiasan.

*tersangat lah mencabar nak susun tin2 ni

Selain tu, petang-petang klo korang boring, boleh amik banyak2 tin tu...and then susun elok2, buat main tuju tin. hahaha...best apa. Aku masa kecik2 dulu, ni lah game yang aku selalu main. Kumpul kawan ramai2, pastu main. Wahh..!!! bukan main riuh lagi kitaorang main. Tapi, sebelum maghrib, kitaorang dah berenti main. Balik umah nak siap2 solat maghrib and pegi ngaji Quran lak. Nak mampus klo balik lambat!! Mau kena berleter ngan mak aku...dah la hati aku ni jenis yang sensatif. Cepat terasa. Kena marah pon dah boleh cair air mata aku. Disebabkan kebaikkan mak aku la, aku tak pernah kena pukul. Cubit pun tak pernah. Hukhuk..tetiba teringat mak kat kampung...Mak! I luv U forever!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!