Thursday, January 27, 2011

Tak mahu ke sekolah..!!!




Entri kali ini, aku ingin kongsikan sedikit buah fikiran yang lahir daripada minda bakal-bakal pendidik tentang satu permasalahan yang jarang berlaku, tetapi memberi impak yang negatif pada masa depan anak bangsa. Malas ke sekolah...tak minat nak belajar...semua perkara tersebut menjadi kebimbangan kepada setiap ibu bapa jika anak-anak mereka bersikap sedemikian. Oleh itu, sebagai guru, apakah peranan kita dalam memastikan anak bangsa menerima pendidikan yang mencukupi? Lalu, aku lontarkan permasalahan ini dalam sebuah group dalam laman sosial facebook...sama-sama lah kita mengambil manfaat..

Di sini aku sertakan beberapa komentar peribadi daripada bakal-bakal pendidik :

"pandangan sya, hal ini ada kaitan dirumah dan di sekolah..mungkin pelajar bermasaalh dari rumah lagi, tapi kalu masalh tu datang dari sekolah, guru2 kena kaji balik kenapa pelajar kurang minat tuk belajar"

"back to da roots...smua pihak prlu main prnan..smua pun tahu..cuma utk push-up plajar from innerside prlu...jadikan diri kta sprti pljr..apa yg di rasa..apa yg dihadapi..bgmna ksukaran dirinya...ingat bukan SYMPATHY tapi EMPATHY....:)"

"kita kena jadi seorang yg EMPTHY kepada pelajar..kita pun pernha menjadi seorang pelajar, dan searang kita bakal menjadi seorang pendidik..pengalaman yg ada tu kita gunakan sebaik mungkin tuk kita sama2 merasa jadi pelajar..adakalnya kita perlu menjadi seorang yang sama macam pelajar, dan menjadi seorang guru yg benar2 guru=)"

"setiap orang dilahirkan kedunia ini untuk saling melengkapi..ada polisnya, ada bombanya, ada gurunya, ada pemimpinnya..begitu juga bagi seorang guru..ada yg garangnya, ada yg penyayangnye, ada yng macam2 lagi...bagi kita n yg lain ada kesedaran sebegini adalah satu bonus buat kita semua..jadilah seorang guru yg ada bersifat EMPATHY..=)"

kalau di tanya 'berapa'...jawapannya pada angka yang sedikit atau banyak. tapi kalau ditanya siapa yang 'akan' menjadi guru yang bersifat emphaty? jawapannya adalah KITA..kita yang punya nilai SADAR pada asas PENDIDIK...:)

betul..kita generasi pendidik yang akan membawa anak bangsa ke mercu kejayaan..aminn..

betol tu an..yg ada kesedaran bukannya ramai..tapi yg sedikit itulah diperlukan untuk menjadi seroang guru yg terbaik...seperti kata ust azhar, walaupun bilangan tentera islam sedikit, tapi semangat juang yg tinggi membolehkan mereka menang di medan tempur...dan seorang sahabt menyamai 1000 tentera musuh..subhanAllah..tak inginkah kita menjadi seperti mereka????

Wednesday, January 26, 2011

My new hairclip



My new hairclip...aku amat teruja dan geram dengan aksesori rambut. Pantang nampak, pasti nak beli. Tapi tengok gak duit dalam wallet. Kalau ok, dua tiga aku angkut. hehehe...Selasa lepas aku berkesempatan ke Masjid India untuk membeli buku teks Bahasa Arab. Sambil-sambil jalan tu, aku terpandang sebuah stall yang menjual aksesori rambut. Wahhh...tak jadi nih kalau tak beli. Cantik2 belaka...akhirnya aku sekadar beli 2 hairclip yang comel lotte ni...biru untuk aku...dan satu lagi untuk my twin...



Tuesday, January 25, 2011

Ikhlas bersedekah



Bengang je dengan orang yang meminta derma ni...ya la...minta cara elok tak boleh ker...ini nak paksa-paksa orang bagi derma. Lepas tu, tentukan pulak berapa yang nak kena derma...RM10...tak pernah dibuat orang. Biasanya derma untuk badan-badan kebajikan atau nak bina sekolah agama dalam RM2 hingga RM5 je...dalam Islam pun tidak diajar untuk memaksa orang bersedekah dan tentukan nilainya...bergantung kepada individu tersebut berapa ringgit yang dia nak derma berdasarkan kepada kemampuannya...Pertama kali aku jumpa orang seperti ni...memaksa orang untuk menderma...

Ceritanya begini, lepas aku membayar harga buku teks di Pustaka Mukmin, Jalan TAR, ada seorang mak cik datang kepadaku. Mungkin dia nampak aku pegang duit baki sebab tu dia datang. Katanya derma tu untuk rumah anak-anak yatim yang dijaga oleh orang yang baru memeluk Islam...tapi masa tu aku hanya ada duit kecil RM1...yang lain semua not RM50...ya la...nak bagi seringgit dia buat tak tahu jer...then, aku kata : "saya tak der duit kecik mak cik. Seringgit ada la". Dia kata tak aper, dia ada duit kecik sambil menunjukkan begnya. Duit baki yang kat tangan aku tu duit kawan aku. Tak boleh la nak kasi.

Bila aku nampak macam dia paksa aku untuk derma, aku jadi takut. Ya la...macam-macam benda aku fikir...kang mak cik tu bawak lari duit RM50 aku...aku nak belanja apa hari-hari...dah la duit PTPTN belum masuk...itulah duit yang aku ada untuk belanja seharian dan untuk pulang ke kampung. Kemudian, aku kata kat mak cik tu : "nanti kalau saya nak derma, saya akan bank in dalam nombor akaun ni (sambil tunjuk nombor akaun bank rumah anak yatim berkenaan yang tertera dalam pamplet). Masuk kali kedua aku cakap macam tu, mak cik tu terus rampas pamplet daripada tangan aku dan berlalu macam tu ja...pelik aku...mungkin dia marah kat aku kot...

Memang Islam menyuruh umatnya untuk sedekah kerana ia bekalan kita di akhirat nanti. Seperti mana hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Apabila mati anak Adam. maka terputuslah amalanya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya". (HR Bukhari). Tetapi, tidak ada paksaan dalam Islam dari segi nilai atau jumlah yang kita perlu derma atau sedekah. Derma dan sedekahlah setakat yang kita mampu. Yang penting kita ikhlas dalam melaksanakan ibadah sedekah ini.

Monday, January 24, 2011

Teka-teki bahasa Arab




"Jom main teka-teki"..!!! Anda mesti pernah diajak oleh rakan untuk bermain teka-teki bukan? Terutama masa zaman sekolah dahulu. Aku masih ingat ketika zaman sekolah dahulu, selalu bermain teka-teki dengan rakan-rakan dalam bilik darjah. Memang happy dan enjoy sebab teki-teki membuatkan kita berfikir. Lagi seronok kalau kita dapat memberikan jawapan yang tepat.

Oleh itu, sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah, tidak salah menggunakan aktiviti teka-teki dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih fun dan murid-murid tidak akan mudah berasa bosan terutamanya pengajaran bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Arab. Apalagi, ayuh semua bakal-bakal pendidik, cari dan kumpul sebanyak mungkin teka-teki bahasa Arab supaya masa latihan mengajar dan apabila posting nanti ia boleh digunakan dalam p & p kita nanti.

Di sini ada beberapa teka-teki yang dikredit dari blog http://wanrusli.blogspot.com/

ما هو الشيء الذي له أربع أرجل ولا يسير؟

له خمس أصابع بلا عظم ولا لحم؟

ما هو الماء الذي لم يخرج من الأرض ولم ينزل من السماء؟

ما هو الشيء الذي يكتب ولا يقرأ؟

ما هو الشيء الذي لا يمسي إلا بالضرب؟

أين يقع البحر الذي لا يوجد به ماء؟

ما هو الشيء الذي تأكل منه مع أنه لا يؤكل؟


Selamat menjawab...!!!

jawapannya akan diberitahu kemudian..=)

Friday, January 21, 2011

Salahuddin al-Ayubi - part I




Selepas kelas Pendidikan Islam di Malaysia, di fakulti pendidikan, aku dan rakan-rakan yang lain telah menerima sehelai risalah yang dinamakan "Tinta Akhirat". Ia hasil usaha Unit Kerohanian Lajnah Pendidikan Islam dalam sama-sama mengutip saham akhirat sebagai bekalan. Oleh itu, di sini aku bukan ingin memberi ceramah yang membuatkan anda semua boring, tetapi sekadar perkongsian sedikit ilmu supaya kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya iaitu kisah Salahuddin al-Ayubi seorang pemimpin yang agung yang perlu kita contohi. Petikan ini diambil daripada; Saviors of Islamic Spirit, Abul Hassan ali Nadawi. Jom baca kisah Salahuddin al-Ayubi...

~ilustrasi pelukis; Salahuddin al-Ayubi~


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada sesiapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiyyah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914), seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang govenor yang memiliki kelebihan daripada orang lain, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi, ia menunjukkan akhlak yang mulia.


~peta negara Mesir~


Walaubagaimanapun, Allah SWT telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah SWT telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu, Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak dibawa ke tempat pembunuhan (Kadi Bahauddin,1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Bersambung....

Wednesday, January 19, 2011

Wafito



Isnin, 17 Januari 2011 :

"Hmmmm....Fiza, ang ada bau dak?", aku bertanya.
Fiza menjawab dengan muka hairan, "Ada..naper?"
"Sedapnya kalau makan wafer time tengok cerita", aku memasang angan-angan.
"Ang nak p beli ka?", Fiza bertanya.
"Kalau bas tak mai lagi boleh la kita p beli', Fiza menyambung.
"Jom!", aku mengajak Fiza dengan hati riang.

Aku dan Fiza pun bangun dari tempat duduk bus stop untuk menuju ke stall Daily Fresh. Baru saja nak melangkah, kami terlihat bas shuttle UM warna biru kuning, jalan 1. Maknanya bas tu menuju ke kolej kediaman aku. Ah...kempunan jawabnya tak dapat makan wafito kegemaran aku. Bukannya apa, tengah hari macam tu susah nak dapat bas. Lagipun takut tak sempat nak makan kat dewan makan. Aku pun melangkah kaki menaiki bas dengan perasaan hampa.

Rabu, 19 Januari 2011 :

Seperti biasa kelas Pengajaran Mikro Bahasa Arab tamat jam 12.30 tengah hari. Sedang berjalan menuju ke bus stop, Fiza mengajak aku ke suatu tempat.

"Ngah, jom kita p sana," tiba-tiba temanku, Fiza bersuara sambil jarinya menunjuk ke tempat yang dimaksudkannya.
"P mana?", aku bertanya kembali sebab tak faham apa yang dimaksudkan oleh temanku, Fiza.
"Kita p beli wafer kat Daily Fresh", dia menjawab.

Wahh...bukan main happy lagi aku waktu tu...dapat melepaskan kempunan aku hari isnin lepas. Nasib kami baik sebab bus shuttle jalan 1 belum datang. Aku pun order set Combo A, wafito classic dan teh ais limau. Kali ni aku cuba perisa blueberry + margarine. Yummmyyyy...!!! sedap tak terkata.

Monday, January 17, 2011

Kayak



Dah lama teringin nak naik kayak. Maklumlah, kali terakhir aku main masa aku tahun kedua. Sekarang dah tahun keempat aku kat UM. Apa lagi, kesempatan yang ada membuatkan aku terus teruja nak berkayak. Sekitar jam 5.30 petang, aku dan rakan-rakanku mula bertolak menuju ke Tasik Varsiti dengan menaiki Viva seorang kawanku sebab dah lewat kami berkumpul. Nak jogging sudah tentu tak sempat sebab program dijadualkan bermula jam 5.00 petang. Sampai saja kat tasik, kami terus ke tempat kayak untuk membuat pendaftaran. Aku naik yang couple. Tak berani naik yang single, takut jatuh. huhu...


- get ready girls -

Ni partner aku yang first time naik kayak. Pada mulanya, muka kawan aku ni agak cuak. Ye la..takut jatuh dalam tasik. hehe...


Akhirnya, naiklah kayak tanpa was-was. hehehe..

- peace -

CINTA - Part II

Seorang Muslim mencintai Rasulullah SAW kerana Baginda SAW, merupakan penyebab bagi dirinya mendapat hidayah menuju kebenaran dan terselamat daripada neraka. Seorang Muslim tidak akan memperoleh kemanisan iman sehingga ia menjadikan Allah dan RasulNya paling dicintai berbanding dengan selain kedua-duanya.

Antara doa Rasulullah SAW ialah : "Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang dapat menyampaikan daku kepada cintaMU, wahai Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku sendiri, keluarga dan air yang dingin."

Antara perkara yang memenuhi hati seorang Muslim ialah cinta kepada keluarga, isteri dan kenikmatan yang halal. Dijelaskan dalam hadis yang mulia, "Sebaik-baik orang antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan aku ialah orang yang terbaik terhadap keluargaku."

Seorang Muslim juga mengasihi sahabat-sahabat dan saudara-saudara seislamnya dengan perasaan yang tulus kerana Allah, berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling mencintai."

Seorang Muslim mencintai alam yang telah dicipta dan ditundukkkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya, semua yang ada dalam alam semesta ini dicintai oleh seorang Muslim. Tidak wujud pesimisme dalam akidah seorang Muslim terhadap makhluk sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang bodoh. Orang bodoh gemar melaknat keadaan gelap gelita dan memandang kegelapan dengan ketakutan, kebencian dan pesimisme. Bahkan kita sebaliknya mendapati bahawa Islam meninggikan seseorang Muslim sehingga tingkat yang tinggi. Ini bermakna, melihat alam semesta ini dan menjadikannya sebagai bukti bagi Pencipta langit dan bumi. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka". (Surah Ali Imran (3) : 191).

Sumber : Hamad Hassan Ruqait, Isu-isu semasa dari perspektif Islam.
Penterjemah : Prof. Dato' Dr. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff.

Sunday, January 16, 2011

Ulu Yam

Janji yang dibuat minggu lepas, hampir aku terlupa. Maklumlah, ada perkara yang lebih penting aku perlu fikir. Bila aku teringat semual janji tu, terus aku sms along. Confirmkan untuk berkelah pada hujung minggu ni. Then, selepas solat zohor, aku, along dan family maksu bertolak ke Ulu Yam. Ermmmm...bila sampai kat sana terus anak, cucu, cicit pacat menyambut kedatangan kami. Bukan main happy lagi diaorang. Darah aku pun tidak terkecuali dihisap oleh binatang yang tidak bertulang tu...












Thursday, January 13, 2011

CINTA - Part I


Adakah cinta mempunyai tempat dalam naungan iltizam dengan Islam? Adakah seorang Muslim diharuskan untuk menggunakan istilah cinta? Apakah perkara-perkara yang dicintai oleh seorang Muslim dan apakah pula yang dibencinya? Sesungguhnya kelembutan cinta memenuhi jiwa serta fikiran kebanyakkan manusia. Sebahagian orang menganggap bahawa istilah ini hanya khusus bagi seniman dan mereka yang gemar berkhayal. Cinta tidak memiliki tempat pada orang yang saleh dan taat. Sedangkan hakikat yang sebenarnya tidaklah sedemikian.
Seorang Muslim ialah orang yang paling banyak cintanya, paling teguh kasih sayangnya dan paling kuat perasaanya. Akan tetapi, perasaan cinta yang manakah yang memenuhi jiwa seorang Muslim? Apakah perkara yang paling dicintai oleh seorang Muslim dariapada lainnya?

Rasa cinta paling besar yang memenuhi hati seorang Muslim ialah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana kedua-duanya lebih dicintai daripada semua perkara sehingga juga cinta kepada dirinya sendiri disebabkan nikmat serta kebaikan yang diberikan kepadanya. Seorang Muslim mencintai Allah SWT kerana Dialah yang mengurniakan kehidupan bagi manusia dan Dialah sumber penciptaan dan perintah, penciptaan dan kurnian (bantuan), Allah SWT berfirman yang bermaksud : "(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Naml (27) : 88).

Bersambung...

Saturday, January 8, 2011

Chocolate Fair 2011

Sebut saja coklat, sesiapapun pasti teruja kerana ia dianggap satu simbolik cinta sang jejaka pada kekasih hatinya. Tiap kali sambutan birthday ke...ulang tahun perkahwinan ke...coklat dan bunga akan menjadi pilihan utama sebagai hadiah. Aku pun tahu sama ada ia satu mitos ataupun satu kebiasaan dalam hidup ni.


Bagi penggemar coklat, sudah pasti Chocolate Fair 2011 kali ni merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk meneroka pelbagai jenis coklat dan juga pelbagai bentuk yang menarik. Aku pun tidak melepaskan peluang. Alhamdulillah...pameran ni time aku kat KL. Dapat jugak cuci-cuci mata dengan coklat-coklat yang sungguh comel dan menarik. Seharian di bilik hostel sudah pasti membuatkan aku tidak betah. So, selepas solat maghrib, aku dan rakan-rakanku memulakan perjalan ke Mid Valley. Mujur masa aku pergi tak ramai sangat orang. Tak perlu nak bersesak-sesak...thanks my friend bawak kamera...=)






Wednesday, January 5, 2011

Santau angin

Zaman dah semakin canggih, tetapi terdapat segelintir manusia yang masih menggunakan perkara-perkara khurafat untuk menganiaya sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Antaranya melalui santau angin. Pelik sungguh, tidak takutkah mereka pada azab Allah SWT kepada sesiapa yang mensyrikanNya? Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana santau ini boleh memudaratkan diri sesiapa yang terkenanya. Di sini aku hendak kongsikan beberapa cara untuk menganal pasti santau angin yang mana aku perolehi daripada rancangan WHI beberapa bulan yang lalu.

Cara mengenalpasti santau angin :

  • orang yang terkena santau, nafasnya berbau.
  • orang yang terkena santau, ada masalah penyakit kulit.
  • Istihadah : haid itu paling cepat 1 hari 1 malam dan paling lewat 15 hari 15 malam. kemudian hari ke-16 (tidak pernah dia alami sebelum ini).
  • sakit tulang belakang.
  • sendi-sendi utama lemah.
  • berubah perwatakkan; +ve kepada -ve.
  • kuku menjadi biru.
  • kelopak mata hitam atau biru.
  • diselang seli dengan mimpi benda tajam, jatuh dari tempat tinggi, miang-miang buluh atau habuk-habuk kaca dan mimpi ngeri.
Anda semua juga boleh mengamalkan bacaan doa untuk mengelak daripada terkena santau iaitu ayat 23 surah Al-Furqan. Semoga kita semua di bawah lindunganNya. Amin..

23 tahun sudah berlalu

Tanggal 16 Ogos 1987/ 21 Zulhijjah 1407H, aku telah melihat dunia bersama-sama adik kembarku. Aku dilahirkan 10 minit lebih awal daripada adikku. Alhamdulillah, kami dilahirkan secara normal dan sihat walafiat dengan berat masing-masing 3 kg (aku) dan 2.85 kg (adikku). Pada detik itu, maka bermulalah episod kehidupan aku dengan kembarku.
Kami mula bersekolah tadika pada usia 6 tahun, kemudian sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun. Sepanjang persekolahan aku dan adikku belajar dalam bilik darjah yang sama. Memang tidak boleh dipisahkan. Maklumlah, kembar. Semua nak sama. Pergi ke sekolah bersama-sama, pulang dari sekolah, ulangkaji pelajaran; semuanya bersama-sama sehinggalah aku dan adikku di tahun ke-3 pengajian di UM. Bermula tahun pertama kami di universiti, kami mula berpisah kuliah sebab kami berlainan jurusan. Tetapi, kami tinggal di kolej kediaman yang sama pada tahun kedua dan lebih menggembirakan lagi, kami juga tinggal satu bilik selama 4 semester (pelajar bebas memilih bilik).
Kini, aku sendiri menjalani kehidupan di kampus tanpa ditemani adik kembarku. Pada awal semester, sukar juga bagiku untuk menyesuaikan diri. Sebelum ni, mana-mana aku pergi mesti adikku juga ikut. Dialah peneman dan dialah sahabatku. Disebabkan berlainan jurusan, adikku telah menamatkan pengajian lebih awal daripadaku. Alhamdulillah, sebulan kemudian, aku boleh menyesuaikan diri tanpanya di sisiku sehingga kini. Aku redha kerana suatu hari nanti kami terpaksa berpisah jua. Dia akan membina keluarga sendiri dan berkejaya, begitu juga aku. Selepas 23 tahun bersama, akhirnya kami akan membawa haluan masing-masing.

Nostalgia manik

~bekas telur~

Cuti semester selama hampir sebulan, sudah tentu tak berbaloi kalau buat part-time job. So, tv dan laptop sahaja menjadi peneman aku. Kadang-kadang majalah-majalah lama pun menjadi santapan buat mengisi masa lapang. Tetapi, ada satu lagi aktiviti baru aku sempena cuti semester yang lepas. Aku buat bekas telur dengan manik. My twin yang ajar. Senang je, satu hari boleh hasilkan lebih kurang 6 hingga 7 biji.
Bila aku belajar buat bekas telur tu, teringat masa aku di tingkatan 3. Masa tu bekas tisu manik dan beg memang popular. Rata-rata aku pergi akan ternampak wanita-wanita membawa beg manik sama ada kecil atau besar. Mak aku pun tidak ketinggalan belajar kraftangan daripada manik. Lepas tu, ada la 2 hingga 3 biji kotak tisu kat rumah yang mana sehingga sekarang masih elok lagi sebab manik ni tahan lasak. Tapi beberapa tahun kemudian, populariti kraftangan manik tu dah tenggelam. Orang dah tak berminat lagi nak buat. Aku pun tak tahu sebab apa. Mungkin bekalan manik dah kurang kot.

Sunday, January 2, 2011

Sanah Jadidah


Hai everybody..!! Selamat tahun baru 2011 dan mungkin tak terlambat lagi nak ucapkan Salam Tahun Baru Hijri 1432H. Hmmm...dalam mood tahun baru ni, apa azam korang? Aku dah tentu nak yang lebih baik daripada tahun lepas. Apa-apa pun banyakkan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT. Hanya Dia sahaja yang memberi kejayaan kepada kita semua.
Esok 3hb akan bermula kembali kuliah di semester baru ni. Dah tentu pelbagai program sedia tersusun dalam kelender sepanjang semester terakhir aku di UM. Semoga 2011 memberi seribu kenangan terindah buat kita semua.