Sunday, October 30, 2011

Terkurung.

Assalaamualaikum...

Hai guys...malam ni aku bersiaran lagi. wah..wah...ala-ala pengacara tv gitu. yup! sebab masa ni aku nak kongsi citer ni gak. aku TERKURUNG kau. dalam bilik sendiri. tak tahan dah nak tunggu esok-esok nak buat entri ni ha!

Ceritanya bermula begini...dalam pukul 2 petang lebih gitu..aku dah siap amik air semayang nak solat zohor. so, bila aku masuk bilik, aku terus tutup pintu. aku dah tahu yang tombol pintu tu dah rosak tapi kali ni aku TERTEKAN pintu kuat. tak sengaja nak buat begitu kau. huhu. so, terkuncilah ia. macam mana ntah, hari ni aku careless. mungkin benda nak jadi kot. aku tak jangka akan berlakunya adegan terkurung nih...

Lepas tu, aku dengan relaxnya, mintak tolong mak aku bukakan dari luar. sebelum-sebelum ni boleh je. tapi petang td tak boleh kau tahu. haissshhhh!! tu la katanya benda nak jadi kan. macam-macam. then, mak aku pun hulur la skru driver (ntah betul ke tidak ejaannya) tuk aku rongkah dari dalam bilik. wah!! makanya aku ala-ala pomen gitu, mulalah aku kerjakan pintu jahanam tu. yang hairannya...tak boleh jugak tu. fening...!!

Lama-lama aku dah fade-up kau tahu. mengelabah aku tak leh bukak-bukak jugak. ah!! biar la. baik aku tidur je. nak turunkan tahap kegelabahan aku la katakan. melingkar lagi! beberapa minit lepas tu, aku pun dah lali nak tidur, baru adik lelaki aku balik. dia yang tolong bukakan pintu tu. nasib baik berjaya. kalu tidak, duduk la aku dalam bilik tu sampai tunggu pertolongan dari langit. hehe. 

Sarapan nasi lemak.

Assalaamualaikum dan selamat pagi...

Kau pagi2 lagi aku dah post entri. semangat terlebih kau aku hari ni. ni kes tak nak tido lepas subuh. orang kata rezeki tak masuk. kan...kan...

Baik-baik! direct kepada tajuk entri. ha kau..!aku pagi ni harap-harap dapat la aku sarapan dengan nasi lemak sebab aku ada dengar mak aku request kat ayah aku pegi beli nasi lemak. sedap weh..!!! aku kalo ada nasi lemak ni pon dah cukup. benda lain tak makan dah. dah jadi feveret aku pagi-pagi.

Walaupun orang kata sarapan pagi dengan makanan berat seperti nasi lemak, menggemukkan badan. hahaha. aku dah tak kisah. suka punya pasal, aku bantai je. penah aku sarapan kat kedai sebab tak sempat nak makan kat rumah, sampai dua bungkus. adik-adik aku order roti canai. walaupun roti canai tu sedap berasap-asap, tapi aku tetap setia pada nasi lemak. hehe~

Friday, October 28, 2011

Aku ada lagi sorang kembar.

Assalaamualaikum pembaca2 sekalian...
selamat berhujung minggu aku ucapkan. ha..kali ni aku nak introduce kat korang kan, yg aku ada lagi sorang pasangan kembar. percaya tak? percaya tak? jom tengok gambar nih...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



betul kan? betul kan?
kembar lain mak lain ayah...hehe
kebetulan baju kitaorang sama...
kira kembar la ye...
KEMBAR BAJU!
hehe~

Konvokesyen dan belajar memandu.

Assalaamualaikum...

Alhamdulillah...akhirnya aku dah selamat bergraduasi tanggal 5hb yg lepas. maknanya aku dah tak perlu tunggu bus nak ke kuliah. tak perlu buat assingment. tak perlu exam. tak perlu itu dan ini.

perasaan aku memanglah happy sebab segala penat lelah selama 6 tahun, dah dapat hasilnya. tapi, yg pasti sekarang, perasaan happy tu dah tak der. aku dah rasa boring. BOSAN! terperap dalam rumah. mujur jugak ada adik broadband aku ni. so, boleh jugak aku godek2 blog org. skodeng kot2 dapat idea memasak. boleh cuba resepi baru.

Sementara aku tengah free tahap kritikal ni, aku ada apply lesen memandu. boleh jugak isi masa lapang dan juga untuk persediaan masa depan aku. masa kat institut memandu tu, kadang2 otak gila2 aku terpikir jugak. kalau buat bisnes institut memandu, sah2 takkan bankrup kan sebab semua orang WAJIB ada lesen memandu dan bila terserempak ngan JPJ, tak payah nak bagi signal buat u-turn. dan yg paling penting, tak der rasa malu dah akibat tak reti drive kete. hehe.

So, bulan november ni, aku target habis semua sampai lulus test JPJ. doa2 supaya aku dapat cikgu2 yg hensem2. baru semangat nak belajar driving~ *tahap gedik*

Sunday, September 25, 2011

Masak lemak udang dengan rebung...dan kisah ikan pekasam..!!

Asalaamualaikum ollz...
Pagi tadi awal-awal lagi aku dah kuar umah. nak pegi test komputer untuk dapatkan lesen belajar memandu. dalam pukul 8.40 pagi (ikut jam aku) baru bertolak pegi tempat test tu. area star prade je. alhamdulillah...sekali jawab je aku lulus. hehe. 

Then, lepas tu aku jalan kaki sorang-sorang tunggu bas kat bus stop pekan rabu. nak balik umah la. masa tu awal lagi. banyak kedai yang belom bukak. dalam beberapa minit gitu, baru aku teringat yang kawan aku pesan ikan pekasam dan perencah nasi daging. tanpa melengahkan masa, aku pun pegi la tanya akak kat pekan rabu tu. tanya punya tanya. Yes! dah jumpa. aku terus beli. tapi, masa tu jugak aku tertoleh ke arah bus stop. aisshhh!!! macam kenal je bas yang berhenti tu. rupa-rupanya...wa!!!! bas yang aku nak naik balik umah la. terlepas!!! nasib baik aku ni jenis orang yang kesabaran tahap tinggi. dok la tunggu bas lain datang plak. hampir sejam kot. sampai je umah dalam area 2.00p.m. gitu, mak aku bagitau, "rebung mak dah hiris, udang ada dalam peti ais, nyoq (kelapa) mak dah belah, p buat masak lemak". itulah yang boleh jadi kes lunch lambat sebab kena masak dulu. huhu. 

Masak lemak ni aku guna rebung yang amik dari pokok tau. bukan rebung masam. inilah kelebihan duk kat kampung. boleh makan rebung fresh. weeeee~

Masak lemak udang dengan rebung.
Sumber : resepi bantai je...sendiri punya..hehe.



Bahan-bahan :

1/2 kati udang
*Rebung (dihiris macam nak buat gulai tu)
(*agak-agak la banyak mana yang korang nak...hehe)
3 cawan santan pekat
*3 labu bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 3 tangkai cili padi 
(*dikisar)
2 cm asam keping
1 batang serai (dititik)
Sedikit serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pon boleh)
Sedikit garam
Sedikit gula (tak nak letak pon tak pe..)

Cara membuat :

  1. Masukkan santan, bahan dikisar, rebung, asam keping, serai. kacau sebati.
  2. Perasakan dengan garam. saya masukkan sikit gula. kemudian, kacau kuah tadi sehingga mendidih sedikit.
  3. Masukkan udang dan biarkan beberapa minit. Kuah perlu sentiasa dikacau supaya tak berkaki.
  4. Siap untuk dihidang! hehe.

Friday, September 23, 2011

Kek coklat kukus...kali pertama cuba...tidak mengecewakan!!!

Kek Coklat Kukus.
Sumber : ntah...dah tak ingat blog sape...=)))



Bahan utama :

1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin (dicairkan) /minyak masak (saya guna minyak masak sebab marjerin tak der)
1/2 cwn susu pekat manis.

Campur semua bahan di atas dan masak hingga sebati. Kemudian, tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan tepung :

1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama.

Bahan telur :

3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur + ovallete + esen vanila sehingga benar-benar kembang.
  2. Kemudian, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
  4. Panaskan periuk kukus.
  5. Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu barulah dituangkan ke dalam loyang.
  6. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah dimasukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
  7. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.


Bahan Topping:

3/4 cwn serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis (saya letak lebih)
1/2 sudu makan shortening
3/4 cwn air panas

  • Masak dan kacau hingga koko sebati sehingga nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil.
  • Kemudian, tuang la atas kek tu. Siap!<

Thursday, September 22, 2011

Menabung amalan mulia..!!

Assalaamualaikum dan salam sejahtera...
korang dah lunch belum? aku kat sini dah lapor. belum makan. asyik dengan internet jer. aishhh...pengaruh tak baik ni. lalai. lalai. 

Dah! dah! stop main tenet tu!! tibai sat g! hehe. tapi, sat dulu noh. nak post entri yang ntah apa-apa ni dulu eh. boleh la. boleh la. aih...mengada-ngada lak. cepat skit!!!

Ok! back to niat asal. sebelum tu, nak tanya. cute kan benda dalam gambar tu? (melalut lagi ) ok! ok! sebenarnye nak citer kat sini, aku ada tabung tau. kiut miut lagi. dalam tabung ni aku simpan duit syiling. dah berat dah. berat! berat! almaklumlah. duit syiling. setiap kali aku bayar kat kaunter shopping mall ke, kedai runcit ke, pasti aku TAK AKAN GUNA DUIT SYILING! sebab apa? sebab aku nak masukkan dalam tabung rumah aku ni la. HAHA~

Pagi tadi si tecik (my cousin) pegang tabung kiut aku nih. siap goncang-goncang lagi. aku buat-buat marah la sebab takut duit syiling tu berterabur kuar dari buntut tabung yang dah standby nak jerlus. aku dengan muka eksyen terus kata (kat cousin aku) : "Haaa...banyakkan duit syiling kak ngah?" cousin aku jawab : "ha...banyakkkkk!!!" aku kata lagi : "tu la...iwan kalo dapat duit, terus p kedai. beli keropok, coklat. kak ngah simpan. bila banyak nanti, boleh la beli macam-macam". hehe. teruja muka cousin aku tu.

Sebenarnya, kita ni bila ada duit lebih sikit, ringan-ringankanlah tangan untuk menabung. bukannya apa, masa depan kita tak tahu. mana tau, kot-kot duit tu boleh guna untuk belanja kawin ke, buat bayar yuran ke,  dan yang paling penting bantu mak ayah pegi buat haji. lagi bagus kan. kan! kan! kalo tak, tak der la istilah "MENABUNG AMALAN MULIA". setuju???

 welcome-welcome syiling...

lubang tu syiling 50 sen tak muat. terpaksa masukkan ikut buntut dia..(^-*)

Monday, September 19, 2011

Anak jiran sebelah rumah...kembar tak seiras..

Assalaamualaikum allz...
gambar budak kembar dua orang ni susah bebenor nak amik. asyik lari je...bukan setakat nak amik gambor susah, nak dekati diaorang pun susah gak. pantang aku pegi dekat. gerenti diaorang lari balik umah. alahai...dik oi...akak ni nampak macam monster ke??? hehe.

Kalo korang tak caya, cetengok gambar2 kat bawah ni. bergoyang je sebab diaorang asyik gerak2. malu2. pakat sembunyi kat belakang masing2...aishhhh!! 

 Zulaikha sembunyi belakang Adib...

tetibe Adib plak malu2 kucing gitu...hehe

Thursday, August 25, 2011

Hari tanpa biskut raya

Salam guyz...
termasuk kelmarin, dah 5 hari aku buat biskut raya. aku tolong bakar je. hehe. yang buat adunan mak aku. seriously aku tak penah buat adunan sebab aku kurang minat biskut. kalau kek, memang akulah rajanya. hehe.

hari 1st tu takpe la sebab ader adik aku tolong. hari-hari seterusnya, aku buat sendiri. paling lambat siap plus malas tahap gaban masa aku buat biskut makmur. nak buat sebijik-sebijik tu, alahai...boring kot. kalau biskut yang tekap acuan tu, takper la. paling best and paling senang plus cepat siap. jadi, aku tak cepat boring. tahun ni aku dah habis study. so, bulan ramadhan ni, aku dapat puasa penuh kat umah. apa lagi. kena buat keje la kan. anak dara tak boleh malas-malas. nanti mak mentua tak in love ngan kita. hehe. ish...melalut je aku ni. apa plak masuk citer mak mentua ni ye.

hari ni pagi-pagi lagi aku dah bahagia sangat. tanpa buat biskut raya a.k.a koi raya orang utara cakap. hehe. ada masa nak update blog. sian dia. dah bersawang kot. bercerita tentang biskut raya ni, korang macam mane plak. dah berapa jenis buat? ke tunjuk-tunjuk kat bazar je. hehe. aku dah 5 jenis. hebat kan. hebat kan. hahaha (gelak bangga). tapi tadi my mom cakap nak buat satu jenis lagi. tengok la esok macam mana. harap-harap biskut tekan acuan je ye..

Tuesday, August 16, 2011

Lagu ciptaan my students...so sweet..!!

Salam semua...
Dah lama hajat di hati nak share lirik lagu ni dengan korang semua. cuma masa je yang tak izinkan. hehe. actually, this song khas untuk aku daripada my students. diaorang yang gubah lagu ni untuk aku. sweet kan. diaorang memang berbakat. terharu aku..!! apa-apa pun, sama-samalah kita hayati lagu ni...*sob..sob.


Ketika berjauhan masih ku rasa,
Hangat kasihmu ustazah,
Betapa ku rindu redup wajahmu,
Hadir mengajarku...

Terbayang ketenangan,
Yang ustazah selalu pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan...

c/o

Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali ustazah tinggalkan,
Diriku sendirian,
Ketika ku tidaklah mengerti,
Kau mengajar penuh pengertian,
Di saat diriku kejahilan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan...

Oh...oh...oh...

Terpancar kebanggaan dalam senyumanmu,
Melihat ku berjaya,
Tak dapat ku bayangkan dirimu ustazah,
Tanpa ustazah di sisi...

Dengan kata azimat,
Ustazah nyalakan semangat,
Diiringi doa,
Ustazah iringkan...

(ulang c/o)#


Kreatif kan diorang ni...aku pon tak sangka diaorang boleh gubah lagu macam ni...sebab dalam kelas diaorang biasa je. alahai... ni yang buat aku makin rindu kat diaorang.

Thursday, August 11, 2011

Ni la bila ada anak kembar!!

Salam allz...
Hehe...dah lama aku menyepi. blog pon dah suram je aku tengok. ni dah tentu sebab aku lambat bayar bil. hehe. terlebih limit harinye. so, kena block maaa...tunggu duit dari along, lambat sangat. busy katanya. tapi, takper. sekarang dah settle. hehe. siap kasi lebih lagi. buat belanja aku katanya. alahai...baik sungguh along aku. =)

Tu cerita tentang abang aku. sekarang aku nak story sikit pasai mak aku. hehe. takdak apa-apa yang menarik pun. cuma aku nak kabor, hari tu dia tersilap panggil aku dengan gelaran adik kembar aku. macam tu la kot, parents-parents yang ada anak kembar. kadang-kadang boleh tersilap jugak. yang mak aku ni pulak, main bantai ja panggil anak-anak kembar dia. yang penting bersahut. mak aku sendiri pun kadang-kadang susah nak cam yang mana aku dan yang mana adik aku. hehe.

Aku pun bila dah mak tersilap macam tu, ada jugak buat tak tahu je. ye la. bukan nama kita kan. hehe. tu time aku nak usik-usik mak aku je. bukan nak jadi anak tak hormat mak bapak ye.

Monday, July 25, 2011

Kenangan...

Nape ntah. hati ni teringat je my student kat sekolah. hari ni aku tak masuk ngajar diaorang. sebab tugas aku dah tamat di situ. sedih jugak. tiap-tiap weekday rutin aku, pergi sekolah dan balik sekolah. tapi hari ni tak macam minggu lepas dan minggu-minggu sebelum ni. aku jauh dari situ. dan akan menghabiskan cuti panjang aku di kampung. emmm...mesti keboringan lepas ni. takder keje nak buat.

Sebagai ubat rindu aku kat diaorang, aku suruh diaorang komen tentang pengajaran aku supaya bila-bila aku free aku boleh baca komen diaorang. aku boleh senyum sorang-sorang. tapi tak bermaksud aku tak betul ye..!!! hehe

4 ikhlas yg sempoi...


4 siddiq yang cool...


dari student yang aku tak ajar. tapi dia banyak tolong kitaorang semua...

Tak kempunan dah!!!

Hai. salam semua. dah lama aku tak update blog. maklumlah...busy je aku ni. sampai tak der masa nak jenguk blog.

Ni cerita pasai ngidam-mengidam. yala...sebelom ni aku tengok je durian berderet-deret tepi jalan. nak beli rasa macam membazir je sebab aku boleh dapat makan free. hehe. tapi, kena banyak sabor skit. kena tunggu habis praktikal, baru boleh makan. tak perlu bayor. hehe. jahat tak aku??

Betul maaa...aku cakap. lepas habis je praktikal jumaat lepas, aku dapat makan durian free. banyak lak tu. memang rezeki aku. bersyukur sangat. aku memang fanatik durian. sarapan pun makan durian. hebat tak aku. nasib baik badan tak panas. kalau tidak haru biru jugak aku. ngee~~


durian ni memang bantai habis...

Tuesday, July 12, 2011

Comelkan si kembar ni???

Hai. selamat petang semua. emmmm...dalam keadaan selesama macam ni, masih ada mood lagi nak post entri. hehe. kalau nak wat keje, gerenti tak larat ni. dah la tadi balik sekolah lewat. teman kawan aku latihan rumah sukan. nak balik sendiri tak der lesen motor. apatah lagi kereta. apa-apa tak der. so, kena la stay kat sekolah sampai petang.

Stop! sikit-sikit sudah aku membebel. straight to the point je. tujuan aku post entri ni sebab nak tunjuk kat kauorang semua yang aku ada jumpa lagi geng kembar kat sekolah tempat aku praktikal. yang paling kanan and yang paling kiri tu la. serius! tersangatlah kiut miut. dua-dua ada lesung pipit.

Ni baru kembar dua. belum lagi aku jumpa kembar tiga. aku ada dengar citer je dari student aku. kalau jumpa, serius aku akan snap gambar ngan diaorang. persoalannya, aku ada peluang ke..??

kiri namanya Hazim dan kanan namanya Harraz

Adik-adik ustazah!!!

Hai. salam semua. tak silap aku ni entri yang paling banyak gambar dalam blog aku. kauorang layan je eh. ni semua gambar-gambar anak murid aku yang sempoi-sempoi belaka. dah macam adik aku sendiri. diaorang la tempat aku berlatih mengajar. rasa sedih lak bila dah hujung-hujung minggu ni. tak lama lagi aku akan habis praktikal. huhu. sayu T_T

Monday, July 11, 2011

Tak pernah boring macam ni!!!

Hai. salam isnin. kauorang buat ape tu? aku macam biasa la. pegi sekolah. ngajar! pagi tadi kelas bahasa Arab tingkatan dua. alhamdulillah. berjalan seperti yang dirancang.

Yang best skali, aku ajak diaorang main tembak-tembak. hehe. teringat zaman kecik-kecik dulu. tapi kali ni bukan main perang-perang tau. aku suruh diaorang tembak nombor soalan yang aku tulis kat whiteboard je. memang kelakar sebab ada yang sekali tembak, dah melekat. dan ada yang berkali-kali tembak pon tak lekat jugak peluru tu kat whiteboard. aish!!! macam-macam gaya anak-anak murid aku. apa yang penting diaorang fun. berjaya jugak aku serapkan fun in learning.

Itu cerita kelas tingkatan dua. ni tingkatan empat plak. boring betul aku masuk kelas tu. bukan bermaksud aku tak suka diaorang. cuma, kali ni aku masuk tak ngajar sebab diaorang ada ujian lisan al-Quran. aku tak tahu nak buat apa. duduk je kat meja guru tu. tak pernah aku boring tahap macam tu skali. sampai menguap-nguap aku jadinya. rasa macam nak tido-tido je kat meja guru tu. tapi, tak elok plak kan kalau anak murid tengok. emmmmm..sabor je la. huhu. tengah hari nanti ada lagi kelas kat tingkatan empat. kelas lain plak. ntah macam mana lak aku jap lagi. dah la 1 jam. aish!!!

Sunday, July 10, 2011

Makan-makan kat sekolah.

Hai. salam weekend kepada kamu semua. gambar-gambar ni dah lama aku peram dalam laptop comel aku. hari ni baru ada masa nak upload kat blog yang tak seberapa ni.

Hari khamis minggu lepas, aku and kawan-kawan ada buat makan-makan. aku masak mee kuah and kawan aku masak puding jagung. wah! riuh-rendah kami makan. hehe. jemput jugak cikgu-cikgu yang kat situ. tak boleh nak jemput semua cikgu sekolah. tak cukup. bajet tak banyak. apa-apa pun memang best. yang penting, semua makanan habis. tak membazir.

kak ju & teacher


guru-guru yang banyak beri tunjuk ajar


berbincang masalah negara

Friday, July 8, 2011

Anak muridku juga kembar!!

Salam adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dll lagi. dah lama kot tak update blog. kena burn maaa...sebab lewat bayar bil. hehe. biasa la kan.

Ni nak story sikit tentang si kembar. kamu tengok je gambar kat bawah ni. anak-anak murid aku pun kembar jugak. macam aku. hehe. bangga weh dapat jumpa si kembar lagi dan dapat tambah kenalan si kembar. anak murid yang aku ngajar yang tengah-tengah tu. sorang lagi kelas lain. aku tak ngajar dia. diaorang ni tak sama kelas. so, mula-mula aku ngajar, memang tak tahu menahu langsung yang ada si kembar dalam kelas.

Nak dijadikan cerita, masa ada program qiamullail kat sekolah, si kembar yang kelas aku tegur aku. salam cium tangan aku. ye la. aku kan mu'allim (guru). lepas tu aku pon bual-bual ngan diaorang. aku tanya diaorang orang ni adik-beradik ke sebab muka serupa. pastu aku tanya lagi, kembar ke? pastu diaorang jawab a ah. aku apa lagi. cakap la pulak aku pun kembar. hehe.

Tapi masa tu aku tak sempat nak bergambar ngan diaorang. nak buat kenangan. then, masa larian 1 Murid 1 Sukan, baru aku ada peluang. comel-comelkan anak murid aku. hehe.


Tuesday, June 28, 2011

Mural kat sekolah

Banyak sungguh lori!!!

Dah lama aku hairan ngan lori-lori kat tempat aku praktikal ni. banyak sungguh!!! lagi la kalau time pagi-pagi nak pegi sekolah and time balik dari sekolah. bersusun-susun. aku pun jadi 'seriau' bila menyelit kat traffic light atau time jamd. terasa macam nak termasuk bawah lori je. bayangkan la. ngeri wooo!!

Pastu yang hangat sangat tu, bukan reti nak bawa slow-slow. kemain laju lagi. pernah satu hari tu, aku berenti kat traffic light merah. jalan sebelah kiri aku memang boleh jalan terus kalo tak der keter ke, lori ke, motor ke untuk belok ke kiri. tiba-tiba datang satu lori tangki minyak, dia corner tu bukan main laju. break skit jer. macam F1 dah aku tengok. uissshhh...aku pun tak paham ngan driver-driver lori ni. nak cepat je. bukan nak pikir nyawa dan keselamatan orang lain yang naik kenderaan kecik macam aku ni. sabor je la!!!

Monday, June 27, 2011

Kena amik nama!!

Pagi tadi nak menginjak tengah hari. aku and kawan-kawan didatangi seorang ustaz yang ngajar kat sekolah kitaorang praktikal. ustaz tu menanyakan nama kitaorang. hairan kitaorang semua. tapi dalam hati dah agak yang dia nak kasi tugasan kat kitaorang.

Habis nama kitaorang dia catit. tanya punya tanya. soal punya soal, dia just cakap nak berkenalan je. ye ke?

Lepas tu dia 'blah' pegi kat cikgu-cikgu lain. cikgu yang ngajar tetap kat sekolah ni la. pastu dia datang balik. baru la dia nak gtau nape dia amik nama kitaorang. rupa-rupanya dia nak kasi kejer kat kitaorang. dia suruh kitaorang cari idea untuk sukaneka nanti. siap dilantik uruskan bahagian teknikal. sorang kena jadi setiausaha. so, lepas ni kena usaha betul-betul. hehe. pikir apa aktiviti nak buat masa sukan nanti ye.

Pagi isnin yang nerves!!

Hai semua. isnin menjengah lagi. semua orang pasti sudah malas-malas nak ke sekolah, ofis, kuliah dan sebagainya. sebab masing-masing masih tak puas cuti sabtu dan ahad. kan bagus kalau keje 2 hari dan cuti 5 hari. terbalikkan pulak. mesti gegak gempita rumah bersorak keriangan. tak caya? try buat. hehehe. *moral tak baik nih. sila jangan ikut.

Pagi-pagi lagi dah merungut. alangkah bestnya kalo isnin cuti lagi. alangkah bestnya dapat tido pagi-pagi cenggini. dah la hujan renyai-renyai (kat tempat aku la). dan macam-macam lagi la. aku? bukan macam tu. aku semangat je nak bangun pagi-pagi datang sekolah (masuk bakul angkat sendiri =D). sebab apa kauorang nak tahu?

Sebab bila isnin muncul, maknanya tinggal beberapa minggu saje lagi aku nak tamatkan praktikal aku. hehe. tak sabar-sabar wooo. tiap-tiap weekdays aku nerves. nerves nak di'observe'. contohnya tadi. guru pembimbing nak masuk. nak obsereve. nak terus bagi markah. waaaa!!! nerves weh mula-mula. lepas masuk kelas dan mula ngajar, nerves tu hilang. hehe. buat macam dia tak der. ngajar seperti biasa. alhamulillah. anak-anak murid aku baik-baik. harap-harap ustazah bagi A lah yer.

Saturday, June 25, 2011

Tak perlu kata apa-apa!!!

me and my roomate a.k.a housemate

Kebosanan melanda diri!!!

Jumpa weekend lagi. kali ni memang BOSAN! BOSAN! tak tau nak buat apa. hari-hari asyik buat rancangan pengajaran nak ngajar nanti. hari isnin guru pembimbing nak observe. rabu lak pensyarah nak datang. observe jugak.

Tiap-tiap hari ngadap laptop, buku teks and kertas-kertas putih. huh! bosan! housemate aku dua orang lagi tuh balik umah diaorang. tinggal aku and roomate aku tu. kami berdua je. nak kuar beli barang masak, malas lagi. sebab dah kenyang bekfes tadi. BOSAN!

Kauorang mesti kuar jalan-jalan kan. mesti best! pegi window shopping kat Mid Valley. aku? masa tu dah lama berlalu. masa aku still kat UM lagi. dekat. so, tak der masalah nak pegi. boring je, siap-siaP and kuar. jalan-jalan ke. main bowling ke. makan-makan ke. huhu. sekali lagi BOSAN!!!

Thursday, June 23, 2011

Tin minuman bukan hanya untuk recycle!!!

Assalaamualaikum...salam adik, kakak dan abang sekalian. Syukur masih bernyawa sekarang. Dan syukur jugak sebab berjaya mengharungi minggu kedua mengajar kat sekolah. Minggu ni tiba2 terasa masa cepat berlalu. Tapi nerves still ada tiap kali nak datang sekolah and sebelum masuk kelas. Bila dah lepas ngajar, nerves ntah melayang ke mana...terasa lega...macam sekarang. Sebab tu ada masa nak merapu-rapu kat blog ni. hehehe -,- sekali lagi diingatkan. Tiada paksaan daripada mana2 pihak untuk membaca entri dalam blog ni. Sebab tu blog aku tak ramai yang follow (ayat merendah diri..hehe).

Balik kepada tajuk entri. Aku nak cakap kat sini yang tin minuman buka sajer dibuat untuk isi air jer. Banyak kegunaannya. Antaranya, boleh buat tabung, boleh buat pasu bunga. Macam mana tu? Apa susah, amik pisau, kerat tin tu separuh. Pastu tanam pokok-pokok hiasan.

Monday, June 20, 2011

Qiamullail kat sekolah.

1st time join aktiviti kat sekolah. Nasib baik satu malam je...esok pagi (sabtu) dah balik rumah. Klo sampai ahad, penat aku and the geng nak siap2 bahan mengajar tuk hari isnin.

Pagi2 lagi dah nak kena bangun...kol 3.30 pagi wooo!! masa ni korang pon belom bangun lagi kan..hehe. Mengantuk tu tak payah nak ceritakan la...korang2 pon leh bayangkan time korang2 sekolah dulu. Bangun awal pagi...lepas tu dah tak tido. Lepas balik je dari sekolah, dalam kol 10 macam tu la, aku terus tido. Mata ni yang amat berat nak celik. Dok bayang bantal Incridible Man (betul ke aku eja macam ni...???hehe) aku je...hehe. Dah tengah hari macam tu, barulah ada energy nak bangun.



view belakang

sempat lagi noh!!!

Thursday, June 16, 2011

Rindu saat ini!!!

Baru sebulan lebih 'berpisah' dengan alam belajar, tetiba sangat rindu dengan saat2 itu. *sob! sob! Sumpah! zaman belajar adalah zaman yang paling best. Macam2 aktiviti bleh buat. Kuliah, program2, assingment, outing Mid Valley, main bowling, shopping kt Masjid India..dan macam2 lagi la. Masa ni la ramai sangat kawan. Mana2 aktiviti, semua beri komitmen yang sangat tinggi. Semua spoting2!!! Rinduuuuu kammmmooooo semuaaaa!!!!


februari 2008 - Hari Keusahawanan.


mac 2008

Tengah hari dah!

Tengah hari dah! belom lunch lagi sebab i still kat sekolah. Must prepair tuk teaching hari isnin nanti. Walaupun perut dah lapor biler nengok makan-makanan kat bawah nih, disabarkan jugak hati dan perasaan...=))


Wednesday, June 15, 2011

Ngantuk..!!

Mengantuk giler. Sebab dah tengah hari cenggini, mata mudah ja layu. Sebelum masuk kelas tadi, menguap tak hingat dunia. Kalau sorong bantal, dah lama 'goal'...hehehe. Tapi digagahi jugak buka mata sebab ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ops...sori. Terpuji diri sendiri lak. Sapa yang rasa meluat, sila blah..hehe.

Lepas habis ngajar, mata masih jugak mengantuk. Aishhh..!!! alangkah bestnya kalau time cenggini dapat balik rumah terus. Hari ni hari rabu. Ada ko-kurikulum lak sebelah petang. Minggu ni, unit beruniform...aku dah ambil langkah selamat. Aku pilih join puteri Islam. Senang tak payah nak kawad2...lepak2 dulu kat bilik tempat guru2 praktikal. Sebab tak tahu nak kumpul kat mana. Bertuah punya cikgu..hehe!

Saturday, June 11, 2011

Kami juara!!!

Salam semua...korang sihat ke??? sakit??? ye, aku tengah sakit kaki sekarang sebab main tak hingat dunia petang tadi. Tak mau miss punya pasala...ye laa...peluang hanya sekali, tak mo akuexcuse2 ni...lagipun dah lama aku tak main tuju tin ni...seingat aku, kali terakhir aku main masa aku kecik2 dulu...haaa...lama kan???

Alhamdulillah setelah berhempas pulas...lari sana sini, akhirnya aku berjaya jugak susun tin2 tu...nasib baik tin2 tak berterabur...kalo tidak tak juara lah kumpulan aku...hehe. Aku main kejap jer...lebih kurang 5 minit...mana nak puas...aku pun pindah ke game lain lak. Korang penah main rounders? alaa...lebih kurang macam besbol tu. Kali ni kitaorang guna kayu kecik jer...besar skit daripada kayu mop kat rumah korang tu...haaaa...leh bayangkan tak besar mana. Kalo tak leh bayangkan...sila tengok gambar kat bawah...hehe. Tapi apa2pon, game petang tadi memang happening gilerr!!!...juara tak juara tu tak kisah sangat...yang penting badan sihaaaattt...!!!hehe.


kamilah juara!!!
amacam..??? ada gaya tak..hehe

Friday, June 10, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Kawan kembar aku kawin dah...

Kawan kembar aku dah selamat nikah jumaat lepas...weddingnya pula keesokkan harinya..kebetulan hari tu jugak birthday diaorang...aku sempat pegi wedding dia pon dah petang sebab sepupu aku tunang pada hari yang sama...so, antara kawan dan sedara, mstilah aku utamakan sedara kan...=))

Yang dah kawin ni si kakak...adiknya tak lama lagi kot akan menyusul sebab dia pon dah tunang...apa2 pun tahniah buat kawan aku, Ayu dan pasangan...hope happy alwayz..!!

Sebbek sempat bergambor ngan pengantin sebab diaorang ada outdoor shooting...=))

kiri : Masita, Roshaya, Roshayu & Masiha.

Monday, May 30, 2011

Jumpa kembar cilik

Tengah hari tadi lepas solat zohor, aku siap2 nak pergi kenduri. Lapar nasi kenduri pon ader...macam orang tak jumpa gulai kawah bertahun-tahun...hehe. Aku makan sungguh2 sampai kembung perut...weh..aku ni jenis yang tak leh lepaskan peluang. Ada lauk kegemaran aku lak tu...pajeri nanas dan kerabu pucuk paku. Berpeluh-peluh aku makan...mana taknya, aku duduk sebelah cahaya matahari...hehe.

Rezeki aku kali ni dapat jumpa diaorang...sedang aku dok melilau tengok2 kat luar umah (sebab aku dalam rumah ziarah orang sakit), tetiba ternampak sepasang kembar lelaki...nama diaorang Ikmal dan Iqbal... umor 2 tahun lebih..ni pertama kali aku jumpa diaorang..sebelom ni aku hanya dapat info yang budak kampung aku lahir anak kembar. Dua2 lelaki...hehe..ramai kan geng kembar kat kampung aku.??

Aku sempat tengok aksi diaorang tadi...ceritanya begini, sorang tengah minum air sirap...dan sorang lagi nak jugak...yang sedang minum tu tak bagi la sebab dia tengah minum...apa lagi, berlakukalah adegan rebut-merebut...mak diaorang terpaksa leraikan...kalo tidak tak tahu apa jadi...maybe ada yang mandi ngan air sirap tu..hehe

Tapi sayangnya, aku tak bawak kamera ataupun hp...dah tabiat aku pegi kenduri kat kampung tak bawak hp..so, tak dapat la nak snap gambar diaorang...dah la comel2..macam upin ipin aku tengok..hehe...kalo ada peluang nanti, aku snap gambar diaorang nih.

Wednesday, May 18, 2011

Aku, kembar dan cikgu!!!

Aku masih ingat lagi 6 tahun yang lalu..."kak chik tak minat la jadi cikgu"...kembar aku selalu merungut yang dia memang tak minat jadi cikgu sebab pak cik kitaorang memang suruh apply cikgu. Lepas SPM, alhamdulillah, result kitaorang memang layak nak apply kursus pendidikan di UM. Kitaorang pon letak la kos Pendidikan Islam sebagai pilihan utama. Beberapa bulan lepas tu, result UPU pon kuar...alhamdulillah, aku dapat tawaran ke Asasi Pendidikan Islam di UM Nilam Puri, Kelantan. Tapi, kembar aku dapat kos lain lak...Asasi Usuluddin. Tempat yang sama jugak...Tu la kan..mulut masin betul...dok cakap tak mau jadi cikgu, akhirnya termakbul!

Mula2 tu, kembar aku lemah semangat jugak..dia tak happy sebab aku dan kawan2 yang lain dapat kos Pendidikan Islam. Hanya dia sorang je dapat kos Usuluddin. Tapi, aku tetap di sisi dia, bagi semangat untuk terima jer tawaran tu...alhamdulillah, akhirnya dah grad pon...hehe

Tuesday, May 17, 2011

Hari pertama ke sekolah sebagai guru...

Hallu semua..baru ada masa nak update entri dalam belog nih...hehe...maklumlah, sekarang dah mula masuk sekolah. Lagipun, celcom broadband kat area sini agak lembab skit. Aku pon taktau apa sebab. Padahal aku sewa umah area pekan jer...

Hari pertama masuk sekolah, agak nerves woo...tido malam pun sampai termimpi-mimpi sekolah...hehe...macam ni la agaknya cikgu2 praktikal yer...kebetulan aku lapor diri pada 16 Mei. Ada sambutan hari guru kat sekolah. Lepas dengar taklimat daripada tuan pengetua, kuar dari office jer, terus kena tarik masuk team cikgu2 senior. Aku apa lagi..hentam je la...ada 4 aktiviti semua...aku join aktiviti musang berjanggut...wah..!! ada harapan jadi menantu pilihan..ekekeke...pulun habis asingkan kacang hijau, sagu yg kecik2 tu...dan macam2 lagi la...tapi, bab gubahan dan anyam ketupat tu...aku serender...memang bukan kepakaran aku..cewaaahhh!!! ayat takleh blah..hehe

Thursday, May 12, 2011

Bila hujan turun, perut pon lapor..!!

Hujan jugak petang tadi..dah banyak hari aku duduk dalam bilik yang dah macam mirowave...tido malam pon tak best...sebab panas...habis basah dengan peluh walaupun kipas pusing2 kat atas aku...kalau aku berdiri, sure kepala aku tergolek jatuh bawah...ngeri wooo...tapi, alhamdulillah, aku masih bernyawa hingga ke hari ni.

Asyik layan tenet tak sedar dah kol 4 petang lebih...nak tido pon dah rasa malas...perot pun tetiba lapar..biasa la..time hujan gini, perot tergedik2 nak minta itu ini...teringat bihun sup utara la...tom yam la...makan panas2,sedap jugak...tapi, nak carik mana hujan2 gini anak dara oi..

Pastu, dapat sms daripada abang aku...dia nak datang amik sticker dan roadtax...sambil2 tunggu tu, tetiba ternampak cikedis yang aku beli 2-3 hari lepas...terus aku capai. Masuk je dalam mulut, aduhaiii...dah lemau pon...masuk angin. Tapi aku still maintain mengunyah...sebab perot bebenor lapornyer.

Sepupuku kembar..!!

nak bergendang ke apa tu..hehe

Jom, kali ni aku nak kongsi pulak gambar2 dua pupu aku yang kembar...kiut kan..?? Gambar2 ni semua, kembar aku yang amikkan...kebetulan diaorang datang kenduri kawin adik ipar mak sedara aku...aku tak dapat join sebab hari tu jugak aku balik UM...nak final exam...

Nama diaorang El-Fatma dan El-Aisyah...aku pon tatau yang mana satu Fatma dan yang mana Aisyah...cuma aku boleh describekan kat sini, yang besor dan tinggi tu, kakak...si adik yang kecik skit tu...hehe

Kembor aku citer lagik, diaorang ni susah skit nak amik gambar berdua, sebab masing2 dok main sendiri...cetengok gambar2 kat bawah ni...sorang main itu...sorang lagi main ini...ermmm...puas mak diaorang kawal...nak wat camna...dah nama pon budak2...nakal tu biasala kan..hehe

Kalau raya nanti diaorang datang umah arwah nenek aku, leh la aku bergambor skali ngan diaorang...pastu, nak picit2 pipi diaorang sebab tembam sangat...geram aku tengok...dan kalo ada rezeki lagi, boleh bergambar ngan sepasang lagi dua pupu aku...Syazwani dan Syazwana...hurmmm..best..!! best..!!

Jom layan lagi gambor2 diaorang..zasssss!!!!

Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini!!!

Tadi sedang aku dok melayan Kosmo Online, ternampaklah satu tajuk yang menarik minat aku nak baca..."Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini"...fuh!!! dah la aku fanatik kereta sport...sesiapa pemilik lambor, mesti bangga kan...maknanya bukan calang2 orang yang dapat beli lambor..klo artis, setakat ni yg aku tau, Yusry KRU je yang ada lambor...Jejai tu bukan artis...hehe

Takhta kereta sport paling mahal boleh bertukar tangan sebab Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelom ni...iaitu Bugatti Veyron...cayalah lambor..hehe. Sebuah Lamborghini Sesto Elemento ni dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta). Mahal kan...

menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.


Tapi, dari sudut kelajuan, kereta Lamborghini Sesto Elemento (yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam) masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman sebab kelajuan maksimum Bugatti adalah 407 kilometer sejam. Hurm...macam mana tu...


Kereta Bugatti Veyron adalah keluaran Molsheim, Alsace, Perancis.

Wednesday, May 11, 2011

Melayang duit aku seratus lebih...

Habis melayang duit aku seratus lebih...capai sana...capai sini...sampai kat kaunter cashier...nah..!! amik kau...RM270 lebih...tapi tu jumlah untuk dua owner...hehehe...aku dan kawan aku...bukan barang aku sorang ja...pagi tadi memang kami belanja sungguh...semuanya barang2 persediaan untuk praktikum nanti...barang2 harian lagi...beli banyak2 senang...nanti tak yah carik kat kedai...lagipun, borong kat Mydin...tak mahal sangat...hehe..boleh jimat.

Thanks to my dad sebab bagi duit belanja...terpaksa guna duit diaorang buat belanja sebab duit ptptn takder untuk semester khas...

Balik dari Mydin, terus pegi makan...perut pun dah lapar..pekena ikan keli bakar & kari kawah...fuh..!! nikmat...lepas makan, apa lgi...mula mataku berat...carik bantal, terus tido...kekeke..

Tuesday, May 10, 2011

Adakah surat cinta masih releven zaman sekarang..??

Korang setuju tak ngan statement " surat menyurat ni dah tak releven lagi zaman sekarang ni"...bagi aku, ada benarnya jugak...sekarang ni dah takder orang nak antar surat cintan2 ni...dah tak pakai surat menyurat lagi...maklumlah, zaman dah maju ke depan...canggih...orang pakai fesbuk...email...sms...twitter dan lain-lain lagi la.

Aku tak nafikan yang kemodenan sekarang ni, banyak menyenangkan kita...dapat jimat masa...jimat kos...tapi, kenangan tu takder...sebab sms kita akan delete...email plak, dah tentu kita akan malas nak baca dah...

Teringat zaman aku bercintan2 dulu, berbalas-balas surat nih...memang best...seronok ja bila pagi2 sampai sekolah ada surat bawah meja...wah...!!! pakwe kasi tu..hehe...biasa la...waktu remaja dulu2, seronok bila ada orang sayang kat kita...korang pon mesti penah lalui kenangan macam ni kan.

Sampai sekarang aku masih simpan surat2 tu walaupun kami dah lost contact...aku tak kasi mak aku buang...sayang nak buang...dah 10 tahun usia surat2 aku tu...bukannya apa, saja nak wat kenangan...bila aku baca balik surat2 tu, seronok...lucu pun ada...ye la...budak2 sekolah...ayat2 cintan bukan main jiwang lagi...meremang bulu roma aku baca...hehe

Monday, May 9, 2011

Kitakan satu...

Asaalaamualaikum..hai selamat malam....dok wat pe tengah2 malam cenggini..??? pakat jadi burung hantu dah ka....hihi (gelak sopan sket)..

Kali ni entri pasal jalan2 cari makan lak...kembor aku datang dari Melaka ngan geng umah sewa dia...dia rojer2 aku...ajak join sekali...aku apa lagi...hati gumbira tak terkata...rezeki jangan ditolak beb...

Seperti kebiasaan, pengembaraan kami dimulakan dengan makan2...restoran anggerik seksyen 24 menjadi pilihan kami...dapat pekena tomyam feveret aku...sampai meleleh2 ayaq mata...baru puas...pedas tu tatau nak habaq la...muka dah tukaq jadi warna merah dah...sebbek lom meletop ja...ngeeee~

Saturday, April 30, 2011

Kembar aku belanja

hai...kabare? hehehe...amik mood jawo skit sbb nak menetap di kawasan yang ramai org jawa ...apa kaitan lak jawo ngan tajuk entri ni kan..kan...

eh..!!! ada kaitan pa...sbb lepas antar barang kat umah sewa, aku and the geng konvoi jalan2 cari makan...macam rancangan makan2 kat tv tu...hehehe (hekelehhhh...perasan lebih). akhirnya, sampai jugak kami semua ke destinasi yang dituju...

ayuh..!!! jom reramai masuk tajuk entri nih...toksah dok melalut tak tentu arah...hehe...sebenarnya aku nak citer yang kembar aku belanja kami semua makan...maklumlah, bukan selalu belanja kami semua makan...nak jugak merasa duit gaji dia...hehehe...kecil tapak tangan, tasik aku tadahkan...rezeki...aku takkan tolak punya..!!

Thursday, April 28, 2011

Lagi geng kembar


Suka2 hati aku ja kan nak post banyak2 entri dalam sepetang cenggini...hahaha...tangan dah naik ulat bulu nak post kat belog yg tak berapa nak femes macam Anuar Zain...bukannya apa, selepas menggodek folder gambar aku...buat2 terjumpa sekeping gambor si kembar yang sempat aku snap raya haji lepas...

Ini pon, kebetulan depa2 dok main depan umah aku...nampak ja depa, terus aku panggil melalak macam tarzan...hahaha...mak aku pon keloi (panggil *loghat utara*) gak...hukhuk...malu2 kuching sarawak depa dua orang nih...tp hati mau jugaaaa....

Tuesday, April 26, 2011

Idea yang kreatif

Setiap manusia dianugerahkan bakat yg pelbagai. Macam org yg reka benda2 gini, bagi aku sgt2 lah kreatif sbb tak dak org len yg buat mcm ni...diaorg pandai menggunakan bahan2 disekeliling diaorg utk memuaskan minat diaorg...aku jumpa gamba2 ni smua kat satu website omputih..tp aku dah tak ingat url dia...so, layan ja la...



pita ukur buat umah ni...dah ada bnyk kaki daaaa..


Friday, April 22, 2011

New look


Ni adalah blog beading aku...hampir 2 jam jugak aku dok edit sana sini...just guna adobe photoshop...aku ni tak berapa reti sangat nak beradobe...so, just letak gambar jarum & text...dah cukup..hehe

Yang paling penting simple & smart...tak gitu...cewaaahhh..!!

Burung pun ada perasaan

Peristiwa sangat menakjubkan dan menyentuh jiwa...Ceritanya bermula apabila...


Seekor burung betina telah cedera akibat dilanggar oleh sebuah kereta dan terdampar di tepi jalan...


Thursday, April 21, 2011

Geng2 kembar...jom layanzzzZZ~

Aku memang la dah kembar...tp kawan2 aku pun ada yg kembar jugak tau...dari aku sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, mesti ada kawan kembar...kat kampung aku sendiri pon ramai jugak...kira2 semua 7 pasang termasuk aku. Yang best lak tu, jiran sebelah umah pon dapat anak kembar sepasang. Berjangkit kot...hehe

Jom nengok...pasti korang kagum punya...hehehe..gambar2 ni ada yg aku cilok dr fesbuk diaorang dan koleksi aku sendiri...ada yg pasangan diaorg takder fesbuk...so, pandai2 korang la emagine ya...kan kembar..mesti muka pasangan diaorang sama...=)

Apabila dilahirkan sepasang kembar...kena la jawab beberapa soklan...

Hujan lebat + kilat + guruh yg kuat, masih lg berani nak on9 ya...hehehe...aik..!! pa susah...laptop pakai bateri ja...kuikuikui...yg penting wireless dapat...saja nak isi masa petang2 cenggini nih...adha aku keyshah...pengaruh Raja Lawak la nih....ish...ish...apa nak jadi budak zaman sekarang ni ya...

Ekcelli, aku nak kongsi skit pengalaman jd kembar nih...biasalah kan...dilahirkan sepasang kembar nih...slalu kena jawab soklan yg sama berulang-ulang kali...hehe

Bermusafir ke daerah terasing



Tajuk n3 ni macam tajuk lagu lak noh...tajuk tak leh blah...gempaq ja lebih...hehe...ekcelli, kami geng GURUGIRLS (macam pelik ya bila sebut...apa2pon, layanzz) akan start praktikum pada 16 mei nnti...di satu kawasan yg terasing bagi kami...ke mana tu..?? biarlah rahsia...cewwaaahh..~

Semoga perancangan yang dibuat, dipermudahkan olehNya...dan yg paling penting, keselamatan kami semua bakal2 guru pelatih ni selamat hendaknya...bak kata pepatah "malang tidak berbau"...apa2 pun, jaga diri bebaik...insyaAllah, everything ok..!!

Study ke..studo...haha


Tak perlu citer panjang2...gambar kat atas tu cukup nak menggambarkan aku skrg tgh pulun study...hehe...macam rajin je eh...tapi kadang2 tu...studo jugak...tak tahan ngantok weh...

Minggu depan dah start final exam...insyaAllah nak buat yang terbaek punya...kasi result gempaq skit...biar bergegar UM...haha

Sunday, April 17, 2011

Tomyam dalam rice cooker..??

Burpppp!!!..Eeeeee..tak senonoh betul...ada plak sendawa kuat2...anak dara tak elok macam tu...nanti tak der orang nak buat menantu....aishhh!!!

Korang2 semua jgn buat macam tu ek...tak manis orang nengoknya...aku tak per la...sendawa dalam bilik...tak der orang...hahahaha~



sumber : google

Saja gedik2 nak masak tomyam tadi...kononnya tak selera la nak makan kat dewan makan...eksyen weh petang tadi...ajak 2-3 orang join...skali skala tunjuk skill masak...apa salahnya kan...kan...bahan2 semua kawan aku yang pegi shopping...aku tolong potong sayur2...then, campak2 jer dalam rice cooker...hampir sejam lebih...akhirnya jadilah tomyam utara...hahaha

Friday, April 15, 2011

Pejam dan celik

Pejam celik, pejam celik...rupanya dah habis aku blajar kat UM ni...sempat nonton drama air mata tadi lepas kuliah akhir...masing2 bersalam-salaman memohon ampun maaf andai ada salah dan silap...sebak jugak hati aku yang sebegitu brutal ni...cuma air mata tu tak meleleh...melimpah tepi2 je...sob..sob...

Mula2 masuk UM, 4 tahun rasa lama yang amat...skunk lak...macam nak tambah lg setaun dua...sayang nak pisah ngan kawan2...tp tak boleh jugak macam tu...setiap pertemuan, pasti ada perpisahan ye tak..??

Apa2 pun..jom layan gambar kat bawah...sedikit momen2 indah bersama kawan2 di akhir semester...semoga ukhuwah kita semua berkekalan...amin..~

Thursday, April 14, 2011

Mood sentimental...adussss~

Tetiba aku jadi sensetif lak bila tgk video yg di'tag' oleh kawan aku kat fesbuk...hukhuk...rasa cam nak nangis...sebbek lom meleleh ayaq mata lg...

Mana tak sedeynya...tinggal 2 hari je lagi nak habis kuliah...4 tahun mengaji kat UM ni...banyak kenangan yg tak dapat dilupakan...kawan2...kuliah...fakulti...pensyarah...bas Mara Liner yg aku dok ulang-alik dari Kedah ke KL...semua la...

Lepas ni semua pakat buat haluan masing2...balik negeri masing2...dah la jauh2...susah dah nak jumpa macam time balajaq ni...uwaaaaa~

Makan2 & lepak2 kat kafe...

Buat esaimen sama2...

P kuliah sama2...

Main bowling sama2....

Outing Mid Valley sama2...

Shopping tudung kat Masjid India sama2...

Semuanya sama2 la...oh kawan2 ku...aku akan merindui kenangan kita semua...sob...sob...sob...

Wednesday, April 13, 2011

Final sem...anugerah..~

sebahagian 52 org pelajar SMPI yg mendapat anugerah


Orang lain dok sibuk layan mood sedey2...aku nak layan mood hepi lak...maklumlah la baru lepaih mkn nasi ayam...ada orang belanja...hehehe

Mana aku dapat makan free tu ye...??hehe...apa lagi...aku join majlis la...biasala lepas sesuatu majlis pasti ada sediakan makanan...ye tak...?? hehehe...

Ekcelli..majlis tu diadakan nak raikan student2 yg mendapat PNG atau GPA dekan bg semester 1 sesi 2010/2011...kiranya PNG 3.7 dan ke atas...di antara penerima2 anugerah tu, geng2 SMPI yg paling ramai dapat...semuanya 52 orang...wah..!!! hebat...(tp sebenarnya...dah student SMPI yg paling ramai dalam APIUM...sbb tu ramai yg dapat dekan)..apa2 pun..TAHNIAH!!!! MABRUK ALAIKUM!!!

Kepada rakan2 yg lain kita cuba lg sem last dan sem khas nanti...bikin dekan lagi..AYUH!!!!!~

*SMPI = Sarjana Muda Pendidikan Islam

Tuesday, April 12, 2011

Rumah sewa....nenek tua...apa kisahnya?

Entri kali ni nak citer peristiwa yg berlaku petang tadi...al-kisahnya aku & 3 org kawan lagi pegi ke tempat yg kami akan praktikum..niatnya nak carik umah sewa...maka, jadilah kami macam musang dok usha ayam...klo orang nengok pon, macam pencuri dok aim umah pon ada...

Lepas satu taman ke satu taman kami pusing...jumpa...tp tak berkenan...umah tu busuk la...yg elok skit tu tak kasi sewa untuk 3 bulan...aduyaaaa...fening jugak kami td...gamaknya macam ni la org dok cari umah sewa...susah jugak rupanyer...

Tapi, aku nak citer kat sini bukanlah kisah umah sewa tu sangat...ada yg lebih menarik...apa tu...???hahaha...suspen skit ek...

Friday, April 1, 2011

Twin story : mukaddimah


Masiha (kiri) & Masita (kanan)

Hai...tetiba kali ni nak buat story tentang pasangan kembar...maklumlah baru kenal dgn blogger2 yg ada anak kembar...excited maaa...hehehe

So, aku pon nak kongsi skit story pengalaman hidup aku selama ni...hehehe...just nak share mcm mana perasaan dilahirkan kembar...best wooo...~

Penah suatu hari, mulut aku gatal nak tanya kat mak...mcm mana pengalaman dia mengandungkan aku & adik kembar aku...mak aku cakap, memang agak susah...pewot berat...ye la..ada dua org skali...alhamdulillah sepanjang kehamilan dan saat kami dilahirkan, mak kami tak mengalami apa2 masalah...kami pon sihat...lahir normal tu kat rumah...bidan yg sambut (al-fatihah buat bidan yg sambut kami)...aku 3 kg & adik aku 2.85 kg...

Tuesday, March 29, 2011

Tarian poco-poco @ senaman poco-poco haram bagi umat Islam


Teringat masa aku mula2 masuk ke Universiti Malaya dulu...tahun 2007...seminggu aku di haluan siswa, tarian ni sangat femes...tiap2 hari aku dan kawan2 yg lain menari poco-poco a.k.a senaman poco-poco (masa ni tak tahu lg yg tarian ni haram)...sehingga sekarang aku masih ingat step2 tarian ni...

Tapi bila aku di tahun tiga, ada seorang kawan aku bagitahu yg tarian ni haram sebab menyerupai tarian orang Kristian...sejak tu aku dah tak buat...hehehe...alhamdulillah, baru-baru ni mufti Perak telah mengeluarkan fatwa bahawa tarian poco-poco atau senaman poco-poco haram...so, orang kat luar sana tu, tak yah lagi nak menari poco-poco ni...nak senaman ke..ape ke...carik jer senaman lain...yg none-muslim plak jgn melenting ye bila kenyataan ini dikeluarkan...bg diaorang tak haram la...yg haram tu bagi orang Islam jer...

Sunday, March 27, 2011

7 sunnah Rasulullah S.A.W.

  1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahjjudnya.
  2. Membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahlan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.
  4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  6. Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk.
  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan.

Family Day


Hai...ehem2..baru ada masa nak post entri dalam blog yg dah hampir penuh sawang nih..hehehe...maklumlah, banyak program dan assingment yg kena siapkan. Entri kali ni aku nak citerkan skit tentang family day 19 Mac yg lepas...walaupun hujan renyai2, tapi tetap happening sbb hujan yg disangka akan tak berhenti tu, rupa2nya panas di tengah hari. Apa2 pon sempat main hujan...teringat zaman kanak2 dolu...wakakaka..!!

Program bermula dengan senamrobik yg diketuai oleh junior SMPI yg memang sempoi...tergelak-gelak kami semua...ye la...senamrobik yg lain daripada yg lain (mcm mana tu erk..??)...berpeluh jugak la aku...emmm...dpt jugak menyihatkan badan daripada dok melingkar atas katil pagi2 sabtu tu...hehehe

Monday, March 14, 2011

Salahuddin al-Ayubi - part II

ilustrasi pelukis- Salahuddin al-ayubi



Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu pada jihad di jalan Allah. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa, semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad, ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini, ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad, akan mendapat kepercayaannnya.

Thursday, March 10, 2011

"Perjuangan Belum Selesai"

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Friday, February 25, 2011

Orang kaya yang bakhil

Assalaamualaikum...hai semua...kali ni aku nak share satu kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita semua. Kisah ini diceritakan oleh seorang murobbi aku, Dr. Ghazali Darussalam iaitu seorang pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan UM. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini.

. . . . . .

Di kota Baghdad, Iraq, terdapat seorang yang amat kaya. Mempunyai harta yang tidak terhitung nilainya. Walaupun beliau seorang yang kaya, tetapi beliau mempunyai sifat bakhil. Sangat kedekut orangnya. Pada suatu hari, beliau didatangi seorang yang fakir lagi miskin.

"Wahai tuan, berilah aku sedikit makanan kerana aku sangat lapar", si fakir itu berkata.

"Tidak ada makanan untuk kamu. Pergi kamu dari sini!", katanya dengan begitu angkuh sekali.

Namun, si fakir itu tidak berputus asa. Kali kedua beliau meminta pula segelas minuman. "Kalau begitu, berilah aku segelas minuman buat penghilang dahaga", katanya lagi.

"Segelas minuman pun tidak ada untuk kamu di sini. Nyah kamu dari rumahku!", orang kaya itu berkata tanpa rasa belas kasihan.

Fakir miskin itu tidak juga berputus asa. "Kalau begitu, tuan berilah apa saja harta yang tuan miliki dalam rumah ini".

Jawab orang kaya tersebut : "Baiklah. Adakah kamu nampak sepohon pokok di sebelah pagar rumahku? Maka si fakir itu pun menjawab : "Ya! aku nampak pohon yang dimaksudkan oleh tuan".

"Engkau panjatlah dan ambillah sehelai daun yang paling hujung di pucuk pohon tersebut", kata orang kaya itu lagi.

Maka, si fakir itupun panjatlah pohon tersebut dan memetik sehelai daun yang dimaksudkan oleh orang kaya yang sombong dan kedekut itu. Setelah turun dari pohon itu, si fakir itu pun menunjukkan daun tersebut pada orang kaya itu sambil berkata :

"Inikah daun yang tuan maksudkan itu?", si fakir bertanya.

"Ya! Engkau ambillah daun itu dan aku ikhlas memberikannya pada engkau", orang kaya itu pun menjawab.

Maka, pulanglah si fakir itu dengan daun sehelai di tangannya.

. . . . . .

Ditakdirkan, pada suatu malam, orang kaya itu bermimpi. Beliau bermimpi seolah-olah beliau sudah meninggal dunia. Jenazahnya dimandikan, dikafankan dan disemadikan di tanah perkuburan. Kemudian, selepas itu beliau didatangi malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoalnya. Ketika malaikat-malaikat hendak memukulnya, sehelai daun telah melayang datang kepadanya lalu menepis pukulan malaikat Munkar dan Nakir itu. Dipukul sebelah kanan, daun itu menepis, didukul sebelah kiri, daun itu juga menepis. Begitulah berlaku seterusnya. Maka, orang kaya itu pun terselamat daripada terkena sebatan malaikat-malaikat tersebut. Rupanya, daun yang menolongnya itulah yang diberi kepada fakir miskin itu.

Apabila terjaga daripada mimpi, beliau berasa insaf akan sifatnya yang kedekut dan sombong sebelum ini. Setelah itu, orang kaya yang bakhil lagi sombong itu menjadi seorang yang paling dermawan di Baghdad sehingga hartanya yang bertimbun habis disedekahkan kepada fakir miskin di negerinya.

Itulah nilainya sedekah yang disertai dengan keikhlasan hati. Walaupun sedikit, tetapi ia sangat bermakna. Seperti mana hadis Rasulullah SAW, iaitu ketika anak-anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalan, kecuali 3 perkara iaitu salah satunya adalah sedekah jariah. Oleh itu, aku menyeru kepada diri aku sendiri dan semua, bersedekahlah walaupun sedikit dan ikutlah kemampuan kita. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah kerana kita tak tahu bila kita akan mati. Sekarang...esok...ataupun lusa...kita pun tak tahu. Semoga kita semua menjadi muslim yang mukmin..