Sunday, December 5, 2010

PC korang JANTAN atau BETINA?



Memang agak kelakar juga bila aku baca satu e-mail yang di'foward'kan oleh kawan internet aku. Tajuknya pun dah buat aku jadi tak sabar-sabar nak baca. Jantan atau betina PC korang? Memang pelik kan? Benda yang tak hidup ni, ada ker jantan betinanya. Hairan aku. Kalau korang semua nak tahu, try baca artikel pendek kat bawah ni :

. . . . . . . . . . . . .


Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

So, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

Buat je step kt bwh ni...

  1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad : CreateObject("SAPI.SpVoice"). Speak "I love YOU"
  2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
  3. Save as = love u.vbs
  4. Close notepad apabila habis save. Then double click file tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....


Macam mana? Korang nak cuba kat PC korang ker? Kalau dah cuba, please leave ur comment kat bawah yer....hehe.

Saturday, December 4, 2010

Kisah Benar: Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Mati


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksudCahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...


21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...

Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam

Di tahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.




Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....

Bagaimana untuk elakkan keracunan


Makanan boleh menjadi racun jika ia didatangi sejenis mikro-organisma, toksin dan bahan-bahan kimia. Berikut disenaraikan makanan yang paling mudah diserang bakteria.

  1. Susu atau makanan tenusu seperti keju dan krim.
  2. Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya.
  3. Roti dan kuih muih.
  4. Makanan laut seperti kerang.
  5. Daging lembu, ayam dan ikan.
  6. Makanan dalam tin yang telah kemik atau berkarat. Makanan yang luput tarikh juga boleh menyebabkan keracunan.
Kredit dari majalah Rapi, bil.146/08/2010

KPLI/j-Qaf


Jam menunjukkan angka 1.14 pagi, tapi mataku masih belum mengantuk. Kenapa? Kerana hatiku tersangat gembira. Mengapa? Alhamdulillah adik kembarku berjaya melepasi ujian MTeST untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI/j-Qaf). Bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Sudah tertulis rezeki adikku berjaya dalam ujian tersebut. Ini semua kerana perancanganNya. Mulut dan hati berkata tidak meminati bidang perguruan, tetapi ketentuan Allah SWT mengatasi segalanya.
Petang sehari sebelum ujian MTeST, adikku menerima panggilan daripada bapa saudara kami. Katanya, adikku berjaya mendapat tawaran menduduki ujian tersebut. Kelam kabut jugak adikku waktu itu. Beliau hanya membuat persediaan ala kadar sahaja sebab masa terlalu suntuk. Itulah yang dinamakan rezeki. Kita merancang, tapi Allah SWT yang tentukan.
Berbekalkan niat yang ikhlas dan tawakkal kepada Allah SWT, adikku dengan penuh keyakinan melangkah juga kaki ke Institut Pendidikan Guru kampus Darul Aman, Jitra. Katanya, semua berjalan lancar semasa hari ujian tersebut. Syukur sekali lagi kepada Allah SWT dipermudahkan segalanya dalam tempoh 2 jam 30 minit. Adikku berjaya menjawab kesemua soalan yang diberi.
Beberapa minggu menanti, baru hari ini (3 Disember 2010) keputusan ujian tersebut keluar dan alhamdulillah adikku berjaya. Aku lantas menghubunginya untuk menucapkan tahniah. Bila ditanya, apa rahsia hang? Dia hanya tergelak kecil. Menjawab secara bergurau, "tengok orang la". Tapi aku dapat membuat kesimpulan bahawa tawakkal dan yakin sahaja kepada Allah SWT, insya-Allah semua lancar.
Selepas ini, adikku perlu pula menempuhi satu temuduga MEDSI 22 Disember nanti. Ia dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk menapis calon-calon yang betul-betul berkelayakan menjadi seorang guru sebab cabaran guru dalam bidang pendidikan pada masa sekarang sangat mencabar kewibawaan. Pelbagai anasir-anasir luar sudah menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu, sebelum menjadi guru, wajib bagi setiap guru pelatih membuat persediaan dari aspek mental dan fizikal. Lengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu selagi mampu semoga kita tenang menghadapi situasi getir dan berjaya menangani masalah yang berlaku.
Aku doakan semoga adikku berjaya dalam temuduga itu nanti dan menjadi seorang pendidik yang berkualiti. Begitu juga dengan aku kerana mendidik anak bangsa merupakan satu kebajikkan sebagai hambaNya dan wajib bagi aku untuk menunaikannya sebaik mungkin selagi terdaya. Bukan ganjaran gaji yang menjadi keutamaan aku, tetapi tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu menjadi matlamat yang paling utama kerana aku percaya, setiap perkara yang kita lakukan ke jalan Allah SWT, pasti ada ganjaran yang akan diperolehi. Oleh itu, betulkan niat dan ikhlaskan hati semoga kita menjadi guru yang berkualiti serta memberi manfaat untuk pembangunan ummah.

Friday, December 3, 2010

Beli tiket


Lebih kurang jam 8.40 malam, aku mula bergerak menuju ke Hentian Duta menaiki kenderaan empat roda untuk membeli tiket balik ke kampung 6 haribulan nanti. Inilah pertama kali aku beli tiket di saat akhir. Kebiasaannya, lagi 2 hingga 3 minggu nak balik, aku dah beli. Mungkin sebab sekarang ramai pelajar IPT dah pulang ke kampung halaman masing-masing. So, aku tak perlu risau tentang kehabisan tiket bas.
Sampai saja di Hentian Duta, aku pun terus menuju ke kaunter tiket Mara Liner. Alhamdulillah tak berlaku kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan. Tapi, abang yang kat kaunter rehat/solat pulak. Hampir sejam jugak aku tunggu. Sedang asyik menunggu, kawanku ternampak ada satu lagi kaunter yang jual tiket bas dari KL ke Pendang dan Kuala Nerang. Oh...itu lah bas ekspres baru yang sepupu aku selalu sebut. Bas Cosmic berwarna merah delima. So, aku pun ke kaunter tiket tersebut dan terus membelinya. Nasib baik ada kosong lagi pada hari tersebut. "Berapa harganya kak?", aku pun bertanya. "RM43 dik", jawab penjual tiket tersebut. Wah, murah sikit daripada Mara Liner! Cuma beza RM0.80 ja. Inilah 1st time aku naik bas lain selain Mara Liner pulang ke kampungku di negeri Kedah. Harap-harap semua berjalan dengan lancar.

Sorry yer Mara Liner. Bukan nak beralih kasih, tapi dah lama tunggu orang kat kaunter tak datang-datang jugak. So, aku pun beli la tiket bas lain. Dah memang rezeki company bas Cosmic.
Selama 7 semester aku belajar, hanya bas Mara Liner sahaja menjadi pilihan aku sebab ia satu-satunya bas ke destinasi yang paling dekat dengan rumah aku, Kuala Nerang. Uniknya bas ni, sebelum memulakan perjalanan, doa akan dibaca dengan tujuan perjalanan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam selamat sampai ke destinasi.

TAMMAT


Tamatnya peperiksaan petang tadi, bermakna semester ke-7 pun dah selesai. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sepanjang 14 minggu kuliah (belum campur cuti). Suka dan duka bersama-sama rakan seperjuangan menimba ilmu di bumi UM membuat diriku lebih matang.
Selepas ni, aku akan bercuti selama 3 minggu. Masa cutiku akan aku habiskan di kampung. Bermula semula rutin kebiasaanku; mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya.
Di samping itu, sempena cuti persekolahan hujung tahun, memenuhi jemputan kenduri kahwin sudah menjadi kemestian. Kesedapan gulai kawah boleh membuatkan aku jadi mengidam. Ditambah pula dengan batang pisang (bahagian dalam batang yang lembut) yang dicampur dengan gulai daging, membuatkan sesiapa pun tidak akan melepaskan peluang menikmatinya sebab time kenduri kendara sahaja dimasak sebegitu. Nak masak harian kat rumah, alamatnya kempunan la. Bukannya apa, kena rajin banyak. Nak tebang pokok pisang lagi, nak proses ambil bahagian dalam batang yang lembut tu, memang amat-amat menguji kerajinan seseorang. So, bila ada jemputan kahwin, jangan lepaskan peluang ye. Perlu diingat, menghadirkan diri ke kenduri jiran merupakan satu kewajipan kita selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Wednesday, December 1, 2010

Jom jadikan amalan


Minggu terakhir kuliah yang lepas, pensyarah aku telah memberi sedikit tazkirah atau dikatakan juga perkongsian ilmu yang bagiku cukup bermakna. Pensyarah aku namanya Dr Lukman seorang pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Orangnya kecil molek dan berasal dari Kelantan. Kata beliau : "Kita beri tazkirah sikit la sempena hari jumaat ni". Selepas mendengar katanya, kami semua tersenyum senang. Teruja kali.
Di sini aku dengan senang hatinya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang aku dapat pada hari tersebut. Antara perkongsian yang diberi oleh ustaz ialah tentang amalan membaca surah al-Waqiah dan juga surah al-Kahfi :

1. Membaca Surah al-Waqiah di setiap malam Jumaat. Fadhilatnya, dia akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

2. Membaca Surah al-Kahfi selepas solat subuh pada tiap hari jumaat. Fadhilatnya, mukanya akan berseri-seri sehingga jumaat akan datang.

Walaupun, hanya sekelumit cuma, aku harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Sama-samalah kita menjadikan ia satu amalan harian disamping bacaan-bacaan ayat al-Quran yang lain, yang mana ianya mempunyai pelbagai keistimewaan.