Friday, September 24, 2010

Guru Girls

Coretan kenangan bersama teman-teman seperjuangan satu anugerah yang paling bermakna dalam hidup aku. Tidak sesekali aku nikmati kenangan ini di hari muka, kerana perencanaan Allah SWT sudah diatur. Aku perlu akur andai saat perpisahan terjadi. Hanya kiriman doa mengiringi teman-teman semua walau di mana jua mereka berada. Mungkin hanya facebook menjadi medium ukhuwah kita semua.

aku, imah, rao, yan, hanis & fiza

eating is no 1


wajah-wajah kekenyangan+kegembiran (dapat makan free)


bila time bergambar, masing-masing over


ketika menikmati discussion


Kenangan Abadi =)

Guru Girls

Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam),
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sesi 2007/2008

Thursday, September 23, 2010

Alkisah kek coklat

Sebelum balik bercuti aidilfitri lagi memang FL dah niat di hati nak buat kek coklat raya nanti. Nasib FL memang baik. Serbuk koko yang digunakan untuk buat biskut raya, ada lebih. Cukup untuk bikin kek coklat. Ketika hari terakhir puasa, FL mengalami sedikit selesema dan demam. Memang tak larat nak buat kerja. Selepas solat zohor, FL terus tidur. Badan memang letih sebab sebelum tu terpaksa habiskan simpul kasih (popia simpul inti serunding). Mak cakap : "kita tak payah buat ketupat (ketupat palas) la. Lagipun bukan nak makan sangat. Beli ja lemang empat batang. Senang." Alhamdulillah, selepas tidur sekejap, badan kembali terasa segar. Tolong mak siapkan apa yang patut.

sekadar gambar hiasan


Malam raya baru FL mula buat kek coklat. FL memang suka makan kek. Terutama kek coklat. Kawan FL, Hanisah namanya, pernah dua hingga tiga kali bawak kek coklat yang dia buat ke kampus. Sejak daripada itu, FL mintak resepi daripada dia. Alhamdulillah, hari raya pertama FL dapat makan kek coklat yang dibuat sendiri. hehehehe...


gambar hiasan


Sebelum pulang ke kampus, sekali lagi FL nak buat kek coklat untuk dibawa pulang. Makan ketika main facebook best jugak. Tapi lain pula yang berlaku pada malam tersebut. Kisahnya begini, pada petang tersebut, FL keluarkan susu sejat daripada peti sejuk. Kata mak, kalau bahan-bahan untuk buat kek, sejuk, kek tersebut tidak menjadi. Tiba ja waktu nak masukkan susu sejat dalam adunan, tak cukup sukatan satu cawan. Patut la masa angkat tin susu, ringan ja. Rupanya, ada orang dah guna sedikit. Bengang giler!! Adik FL dah guna sedikit untuk campur dengan kopi. Silap FL jugak, tak pesan awal-awal. Apabila tak cukup sukatan, adunan pon jadi sedikit 'liat'. FL tanya mak. Macam mana nak buat ni? Mak cakap, tambah satu biji telur. Ah..!!! lantaklah. Nak jadi macam mana pon kek coklat aku ni, jadilah. FL masukkan jugak adunan dalam oven. Selepas masak, FL cuba potong. Jadi jugak kek coklat FL walaupun tak macam yang FLbuat raya pertama hari tu la. Apa-apa pun, boleh jugak dimakan.

Sunday, September 19, 2010

Assingment list

Tugasan yang perlu disiapkan :
  1. Fiqh al-Usrah - slide & paper work.
  2. Fiqh Mawarith - presentation slide.
  3. Penilaian dalam Pendidikan BA - ID & IK soalan objektif & JSU.
  4. Sosiologi Persekolahan - sentuhan terakhir (paper work).
  5. Teknologi dalam PI - bina modul, slide p&p.
  6. Pengajaran Mikro PI - RPT (pend. islam form 3).

p/s : FL perlu bertungkus lumus siapakan item-item di atas.

Welcome back!!!

Alhamdulillah...dah selamat tiba di kampus. Terima kasih Mara Liner. Esok tanggal 20 sept, rutin campus lifeku bermula. Hati masih belum puas lagi bercuti, beraya di kampung halaman. Tapi, apa boleh buat, tanggungjawab sebagai pelajar sentiasa menanti.


~balik kampus makan epal...hehe~

Balik kampus kena siapkan assingment, slide tuk present, test fiqh mawarith dan macam-macam lagi la. Syukur ada yang dah siap. Tq my notebook. Kalau takdak dia, tak menjadi jugak aku punya kerja...