Thursday, August 19, 2010

Istiqomah dalam Bersedekah

Alhamdulillah, sehingga hari ini, aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan solat sunat tarawih. Seperti kebiasaan, selepas rakaat keempat, seorang insan yang tidak dikenali (bagi Muslimat di balik tirai) akan memnyampaikan sedikit tazkirah atau peringatan buat jemaah di surau. Aku tertarik dengan isi kuliahnya iaitu berkaitan sedekah.

"Jika anda mempunyai RM1000, sedekahkanlah kepada fakir miskin RM100.."
"Jika anda mempunyai wang RM100, sedekahkanlah kepada mereka RM10..."
"Jika anda mempunyai wang RM10, sedekahkanlah kepada mereka RM1..."
"Begitu juga jika anda mempunyai wang RM1, sedekahkanlah kepada mereka RM0.50..."

Berapapun wang ringgit yang kita miliki, sedekahkanlah sebahagian daripadanya walaupun sedikit. Yang penting, kita istiqomah (tetap) dalam bersedekah kerana orang miskin akan berasa gembira dengan sedekah jariah kita, kita tidak akan dipandang serong oleh mereka dan sudah pasti ia melatih kita supaya bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan. Di bulan ramadhan ini, sama-samalah kita 'up'kan amalan kita. Mudah-mudahan ganjaran syurga kepada orang yang istiqomah dalam bersedekah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!